Wednesday, August 19, 2009

Diari praktikum: Kelas pendidikan jasmani pertama


Semalam dengan rasminya aku dah mula mengajar Pendidikan Jasmani (PJ) untuk kelas 4D...kelas pertama untuk PJ sebab praktikum yang pertama aku mengajar matematik... kebetulan waktu PJ untuk kelas 4D sama dengan waktu kelas 4S yang diajar oleh Liza....jadi kami gabung kedua-dua kelas... mula-mula ingat nak buat chicken dance dan senam si tommy...tapi speaker tak cukup kuat la pulak...nak buat dalam dewan risau murid-murid kami tu bising dan mengganggu kelas yang tengah belajar.... jadi kami pun buat la simple game yang dah kami belajar di kelas Performance Skills dulu.... nak tunggu budak-budak tu turun dan berkumpul di padang pun dah hampir 15 minit.... jadi tinggal lebih kurang 45 minit je lagi nak buat aktiviti....

Aktiviti berjalan lancar....cuma budak-budak nampak macam susah nak dengar arahan...mungkin sebab sebelum ni...waktu PJ mereka dibenarkan untuk main apa saja...sebab ada yang bawak raket la..... bola la..... dah la gabung dua kelas....nampak macam kecoh sikit la...sebab masing-masing nak bercakap....


Lebih kurang 30 minit buat aktiviti....tiba-tiba hujan plak....Sekarang ni asal petang je mesti hujan.... jadi kami pun arahkan mereka masuk ke dewan.... bila dah masuk ke dewan....Ya Allah...bising ya amat....masing-masing berlari...menjerit....bila aku jerit suruh duduk baru nak duduk.... bila dah duduk....mulut masih bercakap....aku suruh letak jari di bibir.... tak jadi jugak...masih ada yang bercakap.....last-last....aku warning....sape bercakap....aku kan panggil ke depan untuk bercerita....aku bagi satu perkataan....bercerita la sampai aku suruh berhenti.... terus semua sekali senyap....berjaya jugak bagi diorang senyap akhirnya.... baru la tenang sikit keadaan dalam dewan.....dari kelas hari ni...kami simpulkan memang tak boleh nak gabung dua kelas....walau ada dua orang cikgu nak kawal.... budak-budak jadi excited nak bergembira bila gabung kelas....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, August 17, 2009

Diari praktikum: Minggu pertama selesai..... minggu kedua menjelma

Alhamdulilah..minggu pertama praktikum sudah pun berlalu. Tinggal lagi 11 minggu...lama lagi tu...dan hari ni dah masuk ke minggu yang kedua... minggu ni aku agak bersemangat dari minggu lepas....


Kenapa aku bersemangat?? Kerana hujung minggu ni cuti sekolah seminggu akan bermula.... jadinya mesti la aku tak sabar nak balik kampung.... uish...aku memang jenis yang tak sabar kalau sebut pasal balik kampung ni.... bagi aku...selagi mak abah aku masih ada plus aku masih belum kahwin ni la nak menikmati keseronokan balik ke kampung sendiri....lagi pun cuti kali ni aku akan terus dapat sambut Ramadhan dengan family.... menyambut awal ramadhan bersama keluarga sangatlah indah....




Rasanya terlebih la plak bercerita pasal balik kampung...padahal ada lagi 4 hari aku nak habiskan masa di sekolah tanpa buat apa-apa (buat masa sekarang la) selain dari relief.... Tapi rasanya hari ni kami akan dapat jadual kot... baru nak dapat padahal orang lain dari minggu lepas dah dapat jadual.... tu pun tak tahu la akan mula mengajar ke tak.... buku RPH aku kosong lagi ni...harap baru berbalut jer....


Lupa plak...nampaknya kami akan kekal di sesi petang.... setelah dinilai dari segala sudut....mungkin ada baiknya kami kekal di sesi petang sahaja... mungkin dengan keputusan ni kami akan dapat membantu meringankan kesusahan beberapa pihak.... Sesi petang pun ok jer setakat ni.... rilek je.....sekarang ni bangun pagi tak la aku kelam kabut....boleh rilek-rilek....sambung tidur semula ke.... cuma mungkin malam lepas balik dari sekolah jer penat sikit.... penat macam mengajar je gayanya padahal bukan aku buat apa kat sekolah....selain dari masuk kelas untuk relief.... Penat tetap penat kerana tenaga tetap digunakan...hehehe....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, August 12, 2009

Diari praktikum: Bertukar sesi

Lupa plak aku....sekarang ni dah masuk bulan Ogos.... dalam bulan Ogos ni....selain daripada bulan kemerdekaaan...bulan ogos juga adalah bulan aku akan memulakan sesi praktikum aku yang kedua....masuk hari ni dah 3 hari aku mula praktikum kedua ni..... mood nak menulis baru datang... makanya baru hari ni aku rasa nak bercerita tentang praktikum..... praktikum kali ni sangat berbeza....hari ni dengan rasminya aku telah memulakan praktikum di sesi petang persekolahan....walau masih di sekolah yang sama...tapi aku dan praktikum mate aku menjadi seperti baru nak kenal dan biasakan semula dengan keadaan ni.... ye la dah sedap-sedap di sesi pagi....kena tukar ke sesi petang....makanya banyak la rutin yang nak kena ubah... semalam macam nak berjuang untuk dapatkan sesi pagi.... hari ni plak datang sekolah dengan keinginan nak cuba rasa berada di sesi petang...lepas ni tak tau la apa keputusan bakal dibuat oleh kami berdua....sama ada kekal di sesi petang atau berjuang untuk ke pagi.... tapi aku rasa macam ada hikmah je aku diberi sesi petang ni.... adakah aku cuba untuk berfikiran positif di situ?? tak tau la..... sekarang ni jadual tak dapat lagi.... sebabnya kami kena tunggu junior opsyen KH yang tengah praktikum jugak ni abis minggu depan....jadi sekarang ni agak rilek berada di sekolah...hanya dapat relief beberapa waktu...... owh...nikmatnya buat sementara waktu ni... RPH pun tak perlu tulis lagi.....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sesudah Asar

Dapat ni dari email seorang rakan..... untuk renungan bersama....

I
ni adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya..


TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, August 8, 2009

Menghitung detik


Alhamdulilah....hari ni demam aku dah betul-betul kebah....cumanya batuk masih lagi bersisa....hari rabu dan khamis lepas dapat MC...jadinyer kelas terakhir untuk semester ni aku tak dapat gi..... rasa macam rugi tapi kesihatan lagi penting...... Hari ni hari sabtu....bermakna tinggal esok je nak berehat-rehat sebelum melangkahkan kaki semula ke sekolah untuk menjalani internship ataupun praktikum yang kedua..... lepas ni tentunya hari-hari yang agak sibuk akan mengisi hari-hari aku.... dan kali ni lebih lama dari dulu....kalau dulu 2 bulan....kali ni 3 bulan.... harap-harap segalanya berjalan lancar..... walau pergi ke sekolah yang sama namun mungkin keadaannya akan sedikit berbeza juga...... Moga dipermudahkan segalanya..... Insyaallah...Amin




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, August 4, 2009

Demam di kala perlu siapkan assignment


Patut la hari ahad aku rasa letih dan lesu semacam jer.... rupanyer semalam aku diserang demam.... bangun pagi masa mandi boleh plak menggigil.... tak pernah aku mandi kat hostel sampai menggigil sebab airnyer tak la sesejuk kat rumah aku. sampai boleh buatkan aku menggigil... jadi sah la demam ni.... badan memang rasa panas semacam jer.... seharian aku tidur sebab tak larat.... lepas makan ubat jer...terus selubung badan dengan selimut....harap-harap berpeluh dan kebah la demam aku.... tapi macam tak jadi jer....sebab perpeluhan tak berlaku sangat.... ikhtiar seterusnyer....malam semalam....lepas makan ubat....aku ambil kain dan basahkan letak kat atas kepala dan selubung lagi dengan selimut.... harap-harap dapat turunkan suhu badan.... risau gak aku...dah la time nak kena siapkan assignment ni.... tambahan masa genting sekarang yakni H1N1 tengah berleluasa.... lagi la aku risau kalau demam.... tapi alhamdulilah..... bangun pagi ni....dah rasa ok...cuma batuk masih belum reda.... dan aku rasa lega sebab sekarang aku boleh teruskan proses nak siapkan assignment terakhir......



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.