Wednesday, October 3, 2007

Monday, October 1, 2007

KEBAIKAN...


KaLAu mEnAnAM kEbAiKaN
SiRaMiLaH dEnGaN kEiKhLaSaN
AgaR iA mEMbUaH kEbAhAgIAaN...
Ungkapan di atas memang manis sekali. Namun tidak ramai dari kita melakukan kebaikan tanpa mengharapkan balasan. Sekurang-kurangnya pun kita mengharapkan agar kebaikan kita itu dikenang. Tidaklah seperti kacang yang melupakan kulit ataupun bagai melepaskan anjing tersepit. Setelah kita memberikan kebaikan kita dibalas pula dengan kejahatan. Namun jika hal demikian berlaku, kesabaranlah yang paling tinggi nilainya saat itu. Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman. Persoalannya...sebagai manusia biasa, kesabaran kita juga ada batasnya. Sampai bilakah kita perlu bersabar??? Tepuk dada tanyalah iman..jangan tanya hati. Kerana hati rosaklah diri...hanya iman yang teguh dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya...Insyaallah...berdoalah agar kita dikurniakan dengan kesabaran yang tinggi. Amin.

BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH..

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.
Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

WANITA ACUAN AL-QURAN



WANITA ACUAN AL-QURAN
wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu

Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala

Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya

Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar

Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu…..


Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita

Yang Menjaga Tuturkatanya

Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya

Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya

Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh YangBersifat Jembalang…….

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga

Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga

Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam

Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan

Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat…..

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya

Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah…..SAW

serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah

Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara

Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya…..

Wanita Acuan Al-Quran

Tidak Pernah Membazirkan Masa

Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca….

Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir

Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan

Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan

Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan…

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati

Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat

Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga

Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki…

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona

Dengan Buaian DuniaKerana Dia Mengimpikan Syurga

Di Situlah Rumah Impiannya

Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT.