Friday, November 14, 2008

Cuti bermula

My holiday will start on 15/11/2008 and will last on 3/1/2009...indahnyer bila detik cuti itu bermula....apa-apa pun aku hanya akan menjejakkan kaki di rumah pada 19/11.. insyaAllah... why??? ini kerana aku bakal melibatkan diri dengan Program Bakti Siswa anjuran kelab Pembimbing Rakan Guru....so....even sebenarnyer dh lama pn bercuti dari ada kelas dan assignment namun cuti dalam erti kata sepenuhnyer bercuti dengan berada dirumah akan hanya bermula pada 19/11..... Dah ade beberapa perkara yang dirancang untuk dilakukan waktu cuti ni... hopefully tercapai la....

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN....JUMPA LAGI TAHUN DEPAN





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, November 13, 2008

Apakah milik kita?

Sawah kita yang punya
padi jadi hak orang
padi di kepuk kita
berasnya diambil orang
nasi di pinggan kita
kenapa dimakan orang?

Laut di negeri kita
bot dimiliki orang
pukat kita yang punya
ikan pulak disesah orang
pengkalan kita yang bina
tapi menjadi laluan orang

Dusun di kebun kita
Tanahnya milik orang
benih kita yang tanam
buahnya dikebas orang
hutan kita yang tebang
kenapa dangau dipunyai orang?

Telaga di laman kita
Timbanya dimiliki orang
Kita jenuh gali telaga
Airnya menjadi hak orang
Kenapa yang elok dapat kat orang
Yang teruk dapat kat kita
Kenapa hak orang tak kena ke kita
Hak kita pun tak dapat ke kita

Lantas kalau nak pujuk hati kita
Kenalah insaf bahawa segalanya
Bukanlah hak mutlak sesiapa jua
Kerana dunia ini sebenarnya
Adalah persinggahan sementara
Menjalani ujian Allah Yang Maha Esa!


-AZIM (MAJALAH UJANG)




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, November 12, 2008

Nothing but nothing

Walaupun sudah sekian lama bercuti dari kelas dan assignment...namun itu semua masih tidak juga boleh memungkinkan aku untuk mengupdate setiap hari....ini kerana aku sering diganggu oleh kekangan yang tidak aku ingini.....satunyer yang paling menyakitkan hati adalah internet.....time-time bosan mcm ni la internet nak wat hal..... nseb baik masih bersabar...... hehehehe.... apa-apa pun...selepas ni mungkin aku akan kembali sibuk untuk seminggu kerana malam ni akan bermulanya persediaan untuk program Bakti siswa @ anak angkat yang akan bermula 15/11 ni di Kuala Lipis... nak kena practice persembahan.... instead of masuk pantomin (btl ke x ejaannyer) aku telah memilih untuk masuk dikir barat je.... at least aku tak payah nak wat banyak movement....just pergerakan tangan je.... then kena la settle semua benda2 yang nak dibawa ke sana.... nak kena balut hadiah... and make sure semua kelengkapan yang nak digunakan lengkap... hopefully semuanyer akan berjalan lancar sama ada dari segi persediaan or aktiviti sepanjang kami di sana....Semoga perjalanan kami pergi dan pulang selamat....







.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, November 6, 2008

Mengisi kebosanan PArt 2

Hari ni sekali kali dek kerana kebosanan, aku dan 3 lagi rakanku iaitu, Liza, Hasliza and Warul decide untuk main bowling....patutnyer semalam tapi tunda ke hari ni...kami telah menerjah Ampang Superbowl di Times Square....sebelum main ktorg sempat makan di food court times square....lepas dah kenyang and dapat tenaga....baru gerak untuk main....since ktorang dh lama tak main bowling..so decide la untuk main dua game....but lenguh jgak la tangan nak habiskan dua game tu....masuk game ke-2...prestasi masing-masing dah menurun....hehehehe.....game pertama aku menang......hahahaha......kononnyer mcm terror je main....game kedua telah dimenangi oleh Hasliza.....whatever....kalah ke menang ke....yang penting adalah ktorg enjoy.....banyak jugak gelak ketawa especially bila banyak balingan yang masuk longkang.....lepas jer habis main ktorg jalan-jalan sekejap then terus balik....x sempat nak buang masa lama-lama kt Times Square tu since ktorg ade meeting plak untuk Bakti Siswa petang tu....kalau tak...memang lama lagi la melepak kat situ....xpe la...lain hari time boring ktorg datang lagi....

lieza and warul (warul selaku photographer tak rasmi coz die die tak nak main)


tiga bowler beraksi... liza,hasliza and me



gaya seorang bowler ;-p



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

22 tahun dulu

Tanggal 6 november.... 22 tahun dulu tepat jam 10.30 pm, lahirlah aku puteri sulung buat penyeri ayah dan ibu....merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Allah buat Mohd Yusof dan Umi Kalsom....padaku disandarkan harapan agar aku akan menjadi contoh kepada adik-adikku kelak.....oleh itu asuhan demi asuhan...didikan serta belaian kasih sayang diberikan....diajarkan segala kepayahan dan kesusahan agar aku menjadi anak yang bersyukur...



Begitu pantas masa berlalu....kini genaplah usiaku 22 tahun....Alhamdulilah...berkat didikan dan asuhan dari kedua orang tuaku...aku berada di tahap seperti sekarang....terima kasih buat keduanyer kerana telah berjaya mendidik dan mengasuhku..... Walaupun usiaku telah menjangkau 22 tahun...perhatian mereka tidak pernah pudar terhadapku....masih terasa kehangatan kasih sayang mereka....moga aku dan kedua ibu bapaku dipanjangkan usia agar dapat kucurahkan segala bakti....Syukur dipanjatkan juga ke hadrat Allah s.w.t kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.....untuk menyambut hari lahir ke 22.....tanpanya siapalah aku insan yang serba kekurangan ini....





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, November 4, 2008

Mengisi kebosanan


Dah beberapa hari ni asyik buat aktiviti yang sama je setiap hari...bangun tido, makan, tgk movi, tido...so untuk mengisi kebosanan me n my rumate decide la untuk kuar hari ni...tujuan utama adalah untuk menyelesaikan bil broadband...but dah alang-alang kuar tu ktorg pn decide la untuk tgk wayang di times square....x byk pilihan movie untuk ditonton...xtau nak tgk movi ape...but last2 lpas pening2 pikir...ktorg pn decide la untuk tgk "Bangkok Dangerous"...not bad la cite ni...at least dapat mengubat kebosanan kami berdua....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, November 3, 2008

Jiwa Kebosanan

Hattanyer apabila assignmnet telah berjaya disiapkan...
Aku berasa amat bahagia....
NAmun Kebahagiaan itu hanyalah sementara....
KErana sekarang ini aku dalam kebosanan...
Tidak tahu ape yang perlu dilakukan...
terutama sekali apabila masih berada di dalam sangkar ini....
Ketika orang lain sibuk mentelaah untuk peperiksaan...
Aku termanggu-manggu...
Xtau ape yg perlu dilakukan...
Segala mcm movie telah ditonton...
Ape lg yg belum aku lakukan untuk menghilangkan kebosanan...
Namun hati kecilku tetap mengucapkan syukur dengan keadaan ini...
Dengan takdir aku ditempatkan dalam kursus ini...
Tambahan apabila melihat orang lain masih berhempas pulas...
Sedangkan aku sudah mampu untuk tersenyum dengan kelapangan ini....
Kepada rakan-rakan yang akan menjalani peperaiksaan...
Selamat menempuh peperiksaan dan semoga berjaya!!!

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, November 2, 2008

Bersyukurlah

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.
Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.
Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu.
Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, November 1, 2008

Quote

Education is what remains after one has forgotten everything he learned in school
-Albert einstein-
Imam al-Ghazali berkata:
"RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa."


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Aduhai November

November menjengah lagi...
Aku gembira....
Kerana November membawa bersama detik gembira...
Juga membawa bersama permulaan cuti...
Indahnya bersama November...
tidak dapat diungkapkan dengan kata....
Kuharapkan Yang Maha Esa akan memanjangkan usiaku...
untuk terus bersama November....
~Amin~





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.