Showing posts with label Rakan-rakan. Show all posts
Showing posts with label Rakan-rakan. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

Harapnya

B.ed QUT-IPTKL

Penat sangat...
Sungguh...aku tidak sabar nak menghabiskan praktikum...
dan juga sisa masa sebagai seorang pelajar...
Mungkin dunia sebenar sebagai guru lebih mencabar...
Namun aku masih berharap sisa masa yang ada ni cepat berlalu...
yang paling penting sekarang adalah...
nak habiskan semua tanggungjawab dan tugas yang tinggal sebagai seorang pelajar...
Semakin hampir nak habis semakin aku tidak sabar...
Ya Allah...
Moga perjuangan aku dan rakan-rakan seperjuangan selama 5 setengah tahun ni akan diakhiri dengan sesuatu yang terbaik untuk kami....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, October 6, 2009

Cuci the Muzikal


Aku dah berjaya dapat tiket Cuci the muzikal setelah kali kedua ke Istana Budaya untuk mendapatkannya... Tidak sabar mahu menonton pementasannya nanti...
Bersama 7 orang lagi rakan-rakan..

Pementasannya dalah dari 23 Oktober hingga 8 November...
dan kami memilih 30 Oktober...
Tarikh di mana berkemungkinan akan menjadi hari terakhir praktikum kami..

Membuatkan aku lagi tidak sabar....
Tidak sabar mahu menghabiskan keletihan sepanjang menjalani praktikum ni...
Dan teater ni akan aku anggap sebagai hadiah kepada kepenatan aku itu...
Mungkin juga teater ni menjadi teater terakhir kami sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing nanti... Tapi harapnya tidaklah....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, September 7, 2009

Majlis berbuka puasa SMTTPG

Hari Sabtu yang lepas aku berpeluang join majlis berbuka puasa dengan budak sekolah menengah teknik aku dulu iaitu SMT Taiping...Tempatnya?? Di Chop and Steak Kg baru...thanks to organizer yang bersusah payah merancang dan melaksanakan event ni... hampir-hampir jugak aku tak jadi pi... nasib baik akhirnya membuat keputusan untuk pi...kerana sangat enjoy dan seronok dapat berjumpa dengan mereka yang dah lama aku tak jumpa...ada yang dah lost contact...ramai jugak ex-classmate aku yang datang....dan tak sangka rupanya ramai jugak budak SMTTPG kat KL ni....


AKu sampai sangat awal...dalam pukul 5 dah tercegat kat Kg baru...orang lain belum sampai...sempat la jalan di bazar...pukul 6 lebih baru la ada orang lain yang sampai....nasib baik aku dan Elia gerak awal...kalau tak nasib jadi macam mereka jugak kot...tersekat dalam jam dan memusing nak cari parking....


Bila dah semua sampai...keriuhan pun mula la memenuhi ruang dewan kat Chop and Steak tu...sambil makan pun mulut tak henti bercakap....macam-macam perkara jadi topik perbualan...lama jugak kami lepak kat situ....dalam pukul 9 lebih plak gerak ke dataran merdeka...tapi aku lepak kejap jer kat situ....balik awal...memandangkan aku dok hostel dan ada limit masa untuk masuk plus mata aku yang mengantuk....so, tinggal la mereka-mereka yang masih tak mahu meninggalkan kawan-kawan... harapnya akan ada la next event dan harap lagi ramai dapat join....










.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, July 27, 2009

Hujung minggu di Klang dan Putrajaya

Kalau minggu lepas aku habiskan hujung minggu di dataran, minggu ni plak aku abiskan hujung minggu aku di Klang.... Hari sabtu minggu ni aku ke Klang menghabiskan masa bersama classmates aku di rumah our tutor yang dah macam ayahanda kami sendiri...his wife pun kami panggil mama... boleh dikatakan aktiviti wajib setiap semester adalah melepak di rumah ayahanda kami ni.... kalau tak pergi rasa macam tak lengkap jer semester....cuma kali ni boys planning wat BBQ....


Aku dan 4 girls yang lain gerak dari Bdr Tun Razak ni lebih kurang pkl 8.30 pagi.... dengan jalan nak ke sana yang agak samar-samar.... coz sebelum ni kami follow boys... kali ni main redah nak pi sendiri sbb boys ade yang pi awal sgt dan ade yang lambat sgt.... tapi alhamdulilah selamat sampai tanpa sesat.... sampai-sampai jer tengok boys tgh gotong-royong bersihkan rumah our beloved ayahanda.... kami yang girls ni pun tolong la pape yang patut....


Menu kami hari ni adalah.... untuk breakfast ada cendol dan rojak... untuk lunch plak ada nasi beriani gam dan lauk pauknyer plus BBQ... then sebelum balik plak ada minum petang... goreng pisang dan teh O panas.... lengkap menu seharian kami kat rumah ayahanda kami... sebelum balik sempat lagi tapau apa-apa yang patut sebab ada banyak lebih.... ada la macam-macam aktivit yang kami lakukan kat umah ayahanda ni selain dari wat BBQ.... ada yang main ping pong... kait buah mangga... tengok je la picture kat bawah ni.... selain tu ada gak lagi cerita dan gambar kat sini....













Lepas jer balik dari rumah our tutor aku dan Liza terus ke Putrajaya.... nasib baik ada bawak baju lebih... so sempat la tukar baju yang dah berbau asap tu... buat ape aku kat Putrajaya?? kalau minggu lepas aku jadi volunteer untuk Siemens run... minggu ni plak untuk Shape & Men's Health - Night Run 2009.... actually hari jumaat lagi aku dah ke sana... jumaat tu macam biasa la buat packaging... kali ni kerja packaging sangat teruk... dengan barangnyer yang banyak dan agak berat.... sampai sakit pingang dan tangan aku... walau penat tapi aku anggap ni sebagai pengalaman berharga dan menyedarkan aku betapa susah mak abah aku mencari duit nak membesarkan aku dan adik-adik.... hari jumaat tu aku dan 14 orang yang lain mula kerja dari pukul 10 lbh sampai la 7.30 mlm.... memang sangat memenatkan... kalau tak kuat rasanya aku tak sanggup kot drive ke Klang plak pagi sabtu tu.... then drive lagi ke Putrajaya lepas tu....


Hari sabtu plak... start keje dari pkl 6 ptg sampai 11 malam... hari sabtu kerja kami adalah distribute goodie bag yang dah dipacking hari jumaat... kali ni ada penaja yang jaga bersama-sama kami kat dalam khemah goodie bag tu... agak kecewa la kali ni sebab dah kerja teruk-teruk tapi tak dapat plak goodie bag... dah la bag cantik.... so..malam tu balik dengan perasaan yang sedikit kecewa..... untuk hari ahad aku habiskan masa kat hostel jer....berehat sepuas-puasnyer....



p/s: baru berkesempatan nak update sebab penat plus line internet yang lembab


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, July 8, 2009

Menebus kekecewaan


Disebabkan ahad lepas aku kecewa dengan dua benda...maka minggu ni aku akan tebus kekecewaan aku....esok pagi-pagi aku akan drive balik kampung.... esok sampai la selasa minggu depan aku takde kelas.... rabu baru ada....lama tu...baik aku balik kg.... ada beberapa orang classmates aku akan follow...dan ada la beberapa aktiviti yang kami dah rancang.... harap perjalanan pergi dan balik kami selamat..... Actually kekecewaan aku ahad lepas dah agak tertebus dengan result semester lepas yang agak memuaskan hati aku.... aku rasa apa yang aku dapat tu setimpal la dengan hasil usaha aku.... Tapi apa-apa pun aku akan menikmati waktu balik kampung kali ni....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Kecewa dan sedih berbaur-baur


Alkisahnyer dengan majlis perkahwinan kawan aku kt ipoh tu.... hari sabtu aku dapat call dari kawan aku cakap tak blh pergi sebab dia kena keje...standby H1N1 kat KLIA....adui....virus haiwan yang menyusahkan manusia....menyebabkan manusia semakin lemah....dan aku sangat kecewa sebab tak dapat pergi....ditambah pulak dengan kecewa dan sedih sebab aku terlepas cuti 6 hari...dan sepatutnyer dengan keadaan cuti selama tu...aku boleh balik kg....tapi sebab dh janji nak pergi wedding tu dengan member aku....maka aku sanggup tak blk kg... nak drive sorang2 dari KL ke ipoh...aku tak berani sebab jalan kat ipoh tu bkn ak tau sgt pn...silap-silap sesat ntah mana-mana....member yang ada pn xtau jln.... waaaaaaa......ye....saya sangat kecewa....dan kesian member aku yang kawin tu.... mesti sedeh sebab member tak datang majlis die....


Klu la aku tau awal-awal tak jadi...baik aku blk kg....dapat jugak aku pergi wedding tu dengan family aku.....huhuhu..... last-last dua perkata terus aku terlepas....buat pertama kalinya aku rasa aku buat keputusan yang salah tentang blk kg.....hanya aku saja yang tau betapa sedihnyer aku hari ahad hari tu...dah la member semua blk kg.... tak pasal-pasal aku drive sorang-sorang dan kuar....for the first timenyer sejak aku drive kt KL ni...tapi takpe...sebab dgn cara tu aku dapat develop keyakinan aku utk drive alone kat KL ni.... agak-agak lps ni...aku rasa klu drive sorang-sorang blk kg pn aku berani....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, May 10, 2009

Selamat bertunang

Semalam aku sempat menghadiri majlis pertunangan kawan aku yang sama-sama belajar di sekolah teknik dulu...nama kawan aku tu...Aida... rumahnya kat Ampang...dekat je dengan sekolah tempat aku buat praktikal...jadi dah alang-alang dekat... aku lapangkan jugak masa untuk pergi....walau sebenarnya aku ada banyak kerja bertimbun.... tak pe la...bukan selalu pun kan....


Aku sampai rumah Aida agak awal...dalam pukul 10.45 pagi macam tu.... rancangannya dia akan bertunang lepas zohor.... aku saje jer gi awal....takda la ramai sangat orang masa tu.... aku pun tak segan...dah la gi sorang-sorang.... sampai je aku kat umah dia....mak dan sedara mara dia tengah masak kat depan rumah....aku pun salam dengan mak dia.... mak dia langsung tak cam aku....bila Aida bagitau baru dia perasan.... sebabnya???.... kata mak Aida aku dah kurus berbanding masa aku jumpa dengan dia beberapa tahun dahulu.....hehehehe....ye ke??


Oleh kerana aku sampai awal....jadinya aku jadi peneman Aida la....teman dia make-up dan bersiap.... pihak lelaki plak tibe-tibe sampai awal...jadi sebelum zohor dah mula majlis.... nasib baik aku datang awal.....


Lepas sarung cincin segala.... aku pun terus serbu khemah untuk makan...nasib baik masa ni ada dua orang kawan kolej dia dah datang...aku pun join diorang la....klu tak agak keseorangan aku di situ.... dan masa makan ni...aku telah terjumpa dengan orang yang kalau boleh aku nak elakkan dari jumpa....Actually orang tu tak cam pun aku.....sebabnya peampilan aku pun dah sedikit berubah berbanding dulu.....4 tahun lepas.....tapi disebabkan kepandaian cik Aida....makanya telah membuat orang tu cam la aku.... agak geram aku di situ.... tapi terlajak perahu bolah diundur...terlajak kata???? lu pikir la sendiri...


Lepas makan dan borak-borak kejap...aku pun balik....terima kasih kepada dua kawan Aida yang sudi menghantar aku sampai ke maktab....walau baru je kenal....thak you very much....kepada kawan-kawan yang tak dapat datang tu....layan je la gambar-gambar ni ek....ada banyak lagi...tapi malas aku nak upload...sape-sape nak tengok meh r datang jumpa aku....hehehehe....atau tunggu la Aida upload dalam FS dia....










p/s: SELAMAT BERTUNANG AIDA DAN KAMAL

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, April 21, 2009

Takziah


Hari ahad baru je aku melawat mak classmate aku kat hospital...hari ni dapat berita bondanya telah kembali ke rahmatullah. Sebak jugak aku bila dengar berita tu tadi.
Takziah diucapkan kepada classmate aku, Azwan serta keluarga di atas pemergiaan bonda yang tercinta ke Rahmatullah pagi tadi... Semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan ini....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, April 19, 2009

Please pray for her



Pagi tadi dalam pukul 4 pagi macam tu aku dapat mesej ni from one of my classmate.. Azwan or nama gelarannya Wak Sarai....


"My mom is dying. Please for her. I am begging"

Tersentak kejap aku.... tambahan baru terjaga dari lena.... fikiran tengah dok analisis balik maklumat.... Pulak tu dia ni dah la memang kaki lawak but dalam kes ni aku pikir-pikir tak kan la dia nak bergurau...nak reply aku tak tau nak cakap apa... ye la mesti la dia tengah sedih kan... so aku pun sambung balik tidur.... Dalam pukul 10 pagi macam tu aku pun telefon one of my classmate yang rapat dengan dia... Bila tanya...memang betul mak dia tengah sakit.... sekarang ni ada kat hospital Serdang.... dalam CCU... So, terus decide untuk pergi melawat....


Kami gerak dua buah kereta dari institut lebih kurang pkl 12.30.... dan sampai kat sana lebih kurang pukul 1 lebih...terus ke CCU.... dan dia memang ada kat sana...kwalaupun kami tak boleh masuk nak mellawat... tapi harapan kami dengan kehadiran kawan-kawan kat sana akan memberikan semangat untuk dia menghadapi dugaan ni.... sepanjang berbual tu boleh nampak la mata dia dah macam bergenang.... siapa tak sedih kan... masa ni bolah nampak la he's totally different dari diri dia yang sebenar...Lama jugak la berbual-bual kat depan CCU tu... sampai la dia nak masuk untuk jaga maknya menggantikan kakak dia yang mungkin dah lama kat dalam....sempat la jumpa ayah dia sebelum balik.. Harapnya mereka sekeluarga akan tabah menghadapi dugaan ni.... Semoga his mom cepat sembuh....





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, April 1, 2009

Sepetang di Bukit Tinggi

Oleh kerana baru lepas beban assigment, rakan-rakan aku telah merancang untuk terjah ke Bukit Tinggi. Disebabkan rancangan yang mengejut jadi kami gerak ke sana selepas Zohor. Mungkin juga ini akan menjadi aktiviti sempena akan bermulanya praktikum pada 2/4 ni. Mungkin selepas ni masing-masing akan lebih sibuk dengan tugasan-tugasan menyiapkan rancangan mengajar dan alat bantu mengajar. Agak lama juga kami menghabiskan masa di sana. Aku agak seronok dan teruja melihat struktur binaan....cantik. Kami bermula dengan berjalan-jalan di Colmar Tropicale.


Setelah puas bergambar dan rehat jap sambil makan-makan makanan yang dibawa, kami pun gerak ke Japanese Garden. Ternyata nasib kami kurang baik kerana Japanese Garden akan ditutup dalam 10 minit lagi semasa kami tiba. Namun tetap juga kami terjah ke dalam garden tu...dapat la jugak berjalan-jalan dalam 20 minit dan bergambar. Lepas turun dari Bukit Tinggi pula kami telah terjah Seoul Garden di Bangsar...agak kenyang dan sendat perut makanan pelbagai makanan yang dihidang secara buffet...Akhirnya pulang dengan penuh keletihan dan kekenyangan.


Colmar Tropicale






Penjelajah Bukit Tinggi

Japanese Garden



Makan-makan di Seoul Garden

Aktiviti makan yang hampir ke penghujung


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, February 27, 2009

Jom menonton wayang


Hari ni akhirnya dapat juga menonton filem Geng: Pengembaraan bermula walaupun filem ni dh ditayangkan selama 2 minggu dan mungkin ada yang dah menonton dua kali pun. Bukan kerana tiket habis atau ape... Tapi kerana banyak sangat kekangan... Sejak filem ni ditayangkan asyik dengar semua orang bercerita je tentang keseronokan menonton filem animasi pertama Malaysia ni...dalam hati memang dah tak sabar-sabar nak menonton sendiri. Alhamdulilah hari ni berjaya juga menonton.. Filem geng ni adalah filem animasi yang buat julung kalinya aku tengok di panggung. Mungkin yang membuatkan keterujaan aku untuk menonton adalah kerana filem ni adalah hasil usaha anak tempatan. Selain itu filem ni melibatkan watak Upin dan Ipin dimana aku rasa ceritanya diikuti oleh kebanyakan daripada penonton televisyen ketika mula disiarkan pada bulan Ramadhan. Salah satu strategi promosi yang berjaya menarik penonton yang suka akan keletah Upin dan Ipin untuk terus menonton filem pula. Filem ni memang banyak unsur komedi yang berjaya membuat penonton ketawa. Ditambah pula dengan unsur suspen yang juga berjaya. Keseluruhannya boleh dikatakan filem ni sangat berjaya dan diharapkan juga akan ada lagi produk sebegini dari hasil usaha anak tempatan.




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, February 13, 2009

Puteri Gunung Ledang The Musical


Akhirnya semalam alhamdulilah terlaksana juga impian nak tengok Puteri Gunung Ledang The Musical setelah lama sangat teringin nak menonton. Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah berusaha mendapatkan tiket....Oleh kerana show mula pukul 8.30, jadi kami telah bertolak dari institut ke Istana Budaya pada pukul 7 dan menunaikan solat maghrib di sana...



Walaupun PGL ni merupakan teater ke-3 yang aku dah pernah tonton tapi masih tetap tidak rasa rugi melabur duit untuk tengok...memang sangat berbaloi....dengan lakonan yang sangat mantap dari pelakon-pelakonnya, lagu-lagu, props dan segalanya yang menjadikannya hampir sempurna. Mungkin setelah kali ketiga pementasannya menjadikan pementasan kali ketiga ni sangat menakjubkan dan memukau penonton yang hadir.



Babak yang paling aku suka adalah babak Sultan Mahmud menari...sangat comel. dan menghiburkan..dan lakonan Adlin Aman Ramlie juga aku sangat suka di samping Tiara sebagai Gusti Puteri.. Setelah menonton lakonan Adlin dalam PGL ni memang aku rasa dia bukanlah seorang pengkritik yang cakap tidak serupa bikin...Ini memang terbukti melalui lakonannya sebagai Sultan Mahmud... Tiada apa lagi yang dapat disangkal. Lakonannya mampu membuatkan penonton terhibur.... Sekalung tahniah patut diberikan kepada semua pelakon dan tenaga kerja yang terlibat dengan PGL ni.... Usaha keras mereka telah berjaya membuatkan penonton tidak merasa rugi membeli tiket dan menontonnya.








.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, January 20, 2009

Sesi interview robotic di sekolah

Oleh kerana salah satu assigment dalam subjek robotic memerlukan aku membuat research. Maka dengan rasa berat hati dan terpaksa, aku tlh pn menjalankan interviewh dengan guru robotic daridua buah sekolah pada hari isnin yang lalu bersama-sama 3 lagi ahli kumpulan aku. Kami telah menjalankan kajian di SK Seri Bintang Utara dan SMK Seri BIntang Selatan. Pada fikiran aku kumpulan kami amat bernasib baik kerana guru robotic di SK Seri Bintang Utara merupakan senior kepada salah seorang ahli kumpulan aku. Jadi ini sedikit sebanyak membantu kami dan memudahkan lagi kerja kami. Menjejakkan kaki ke SK Seri BIntang Utara membuatkan aku kagum dengan kemudahan yang disediakan di sana. Walaupun aku mungkin tidak berpeluang melawat seluruh sekolah namun kekaguman itu adalah daripada pemerhatian aku kerana kemudahan di sana mungkin lebih baik dari institut perguruan sendiri yang melahirkan guru-guru.

Sesi interview bersama guru robotic di SK Seri Bintang Utara telah membuka mata kami bahawa robotic hanyalah merupakan kelab di sekolah bukanlah salah satu komponen pelajaran seperti yang kami fikirkan. Oleh itu, robotic masih lagi bukan merupakan salah satu komponen yang berkembang jika ianya hanyalah menjadi salah satu aktiviti ko-kurikulum pelajar di mana waktu untuk mempelajarinya adalah terhad. Bakat dan prestasi pelajar dalam mempelajari robotic hanyalah terhad kepada kelompok kecil yang terpilih dan penilaiannya adalah melalui pertandingan yang diadakan antara sekolah-sekolah yang mendapat peruntukkan pembelajarannya iaitu Lego Mindstrom. Selain itu juga tidak terdapat silibus yang khusus untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga hanya bergantung kepada manual yang telah sedia ada di dalam set lego tersebut. Guru hanya akan mengajar pelajar asas iaitu pemasangan dan penggunaan software. Selebihnya pelajar akan meneroka dan menjelajah sendiri melalui pengalaman dan kreativiti mereka sendiri.

Oleh kerana itu, tidak banyak data yang dapat kami kumpul. Keadaan tersebut juga sama apabila kami melakukan kajian di SMK Seri Bintang Selatan. Kami berjaya mendapatkan temujanji untuk interview guru tersebut adalah di atas bantuan guru robotic yang telah kami interview di SK Seri Bintang Utara. Selagi kami bernasib baik. Mungkin cara pembelajaran bagi robotic ini di SMK Seri Bintang Selatan masih lagi menggunakan pendekatan yang sama seperti di SK Seri Bintang Utara namun kelebihan bagi pelajar di sekolah menengah adalah kerana mereka lebih kreatif dan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada pelajar di sekolah rendah. Dan kerana itu sekolah ini telah memenangi beberapa pertandingan.

Temuramah yang bermula sekitar jam 10.30 di Sk Seri Bintang Utara berakhir pada 1.30 petang di SMK Seri Bintang Selatan. Walaupun data dan maklumat yang dikumpulkan tidak banyak namun ianya akan sedikit sebanyak membantu kami bagi menulis laporan kajian kami nanti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah membantu kami dalam kajian kami ini.

Set lego yang sama digunakan di sekolah


Litar untuk pertandingan


Sesi interview bersama guru robotic SK Seri Bintang Utara


Guru yang bertanggungjawab terhadap robotic di SK Seri Bintang Utara


Sesi interview bersama guru robotic SMK Seri Bintang Selatan

National Robotics Competition (SIlver) 2007 yang dimenangi oleh SMK Seri BIntang Selatan


NAtional Robotic Competition 2007 (Gold) yg tlh dimenangi oleh SMK Seri BIntang Selatan


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, January 19, 2009

Misi yang telah berjaya

Semalam akhirnya setelah beberapa kali misi gagal, akhirnya dapat juga aku mengumpulkan beberapa org dormate yg sgt rapat dengan aku ms di sekolah teknik dl...aida, elia and tiqah....ak plng lama x jmpa elia...dlm 5 thn kot..dia ni plng jauh la kirenyer...skrg kebetulan die wat praktikal kt kl so dpt la jmpa.....aida plak even dekat je kt pandan indah tapi dh 2 thn xjmpa....minah ni skrg busy dengan kerjaya and impian membina keluarga x lama lg kot...hehehe...tiqah plak sthn jgak la even die blajar kt UM je pn....plannyer berkumpul di mid pkl 11.30.....tapi ak org yg pertama sampai pd pkl 11.45.....tunggu sorg2 akhirnya pkl 2 br dpt kumpul 3 org...
Then gerak gi kajang di mana aida tgh menunggu dengan kete di sana sbbnyer ari ahad die kn keje kt kajang.....ktorg smpai di kajng lebih kurang pkl 3.15 bersama perut yang lapar....smpai2 jer terus gerak ke alamanda untuk makan....smbil makan sembang2 and mengimbau balik kenangan zaman sekolah dl....rs mcm nk kembali ke alam persekolahan plak....walaupun masing2 dh ade jalan masing2 tapi bl jmpa masih sama mcm dl...happening and gila2.....really enjoy this moment wif them.......lama jgak la spend time dgn diorg ari ni...even kena tunggu lama kt mid tu...tapi berbaloi la dgn keseronakan jmpa dgn diorg ni....release segala tension aku yg tgh tension dgn dua research paper aku sem ni....lepak and jalan-jalan kt alamanda...then ktorg dihantar pulang sorg2 oleh cik aida yg berkereta....

elia, me, tiqah and aida













.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.