Friday, February 27, 2009

Jom menonton wayang


Hari ni akhirnya dapat juga menonton filem Geng: Pengembaraan bermula walaupun filem ni dh ditayangkan selama 2 minggu dan mungkin ada yang dah menonton dua kali pun. Bukan kerana tiket habis atau ape... Tapi kerana banyak sangat kekangan... Sejak filem ni ditayangkan asyik dengar semua orang bercerita je tentang keseronokan menonton filem animasi pertama Malaysia ni...dalam hati memang dah tak sabar-sabar nak menonton sendiri. Alhamdulilah hari ni berjaya juga menonton.. Filem geng ni adalah filem animasi yang buat julung kalinya aku tengok di panggung. Mungkin yang membuatkan keterujaan aku untuk menonton adalah kerana filem ni adalah hasil usaha anak tempatan. Selain itu filem ni melibatkan watak Upin dan Ipin dimana aku rasa ceritanya diikuti oleh kebanyakan daripada penonton televisyen ketika mula disiarkan pada bulan Ramadhan. Salah satu strategi promosi yang berjaya menarik penonton yang suka akan keletah Upin dan Ipin untuk terus menonton filem pula. Filem ni memang banyak unsur komedi yang berjaya membuat penonton ketawa. Ditambah pula dengan unsur suspen yang juga berjaya. Keseluruhannya boleh dikatakan filem ni sangat berjaya dan diharapkan juga akan ada lagi produk sebegini dari hasil usaha anak tempatan.




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, February 18, 2009

Balik kampung


Dah agak lama juga aku tak balik kampung ketika cuti hujung minggu....Bukan kerana tidak berkeinginan untuk balik tapi memikirkan perjalanan yang agak lama...tidak berbaloi untuk aku pulang hanya untuk 1 atau 2 hari....Namun minggu ni aku tak dapat menahan diri untuk balik ke kampung...aku pun tak tahu kenapa....ada yang cakap 'homesick'...MUNGKIN....hati sangat meronta-ronta untuk balik sedangkan baru beberapa minggu aku balik bercuti tahun baru cina....jadi akhirnya aku telah membuat keputusan untuk balik...tambahan lagi aku kuliah tak ada sehingga hari rabu...jadi agak lama juga aku akan berada di kampung....aku akan balik esok dan mungkin akan kembali semula ke institut pada hari isnin atau selasa.....moga aku dapat menenangkan hati dan jiwa apabila berada di kampung setelah menatap wajah-wajah kesayangan hamba.....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, February 13, 2009

Puteri Gunung Ledang The Musical


Akhirnya semalam alhamdulilah terlaksana juga impian nak tengok Puteri Gunung Ledang The Musical setelah lama sangat teringin nak menonton. Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah berusaha mendapatkan tiket....Oleh kerana show mula pukul 8.30, jadi kami telah bertolak dari institut ke Istana Budaya pada pukul 7 dan menunaikan solat maghrib di sana...



Walaupun PGL ni merupakan teater ke-3 yang aku dah pernah tonton tapi masih tetap tidak rasa rugi melabur duit untuk tengok...memang sangat berbaloi....dengan lakonan yang sangat mantap dari pelakon-pelakonnya, lagu-lagu, props dan segalanya yang menjadikannya hampir sempurna. Mungkin setelah kali ketiga pementasannya menjadikan pementasan kali ketiga ni sangat menakjubkan dan memukau penonton yang hadir.



Babak yang paling aku suka adalah babak Sultan Mahmud menari...sangat comel. dan menghiburkan..dan lakonan Adlin Aman Ramlie juga aku sangat suka di samping Tiara sebagai Gusti Puteri.. Setelah menonton lakonan Adlin dalam PGL ni memang aku rasa dia bukanlah seorang pengkritik yang cakap tidak serupa bikin...Ini memang terbukti melalui lakonannya sebagai Sultan Mahmud... Tiada apa lagi yang dapat disangkal. Lakonannya mampu membuatkan penonton terhibur.... Sekalung tahniah patut diberikan kepada semua pelakon dan tenaga kerja yang terlibat dengan PGL ni.... Usaha keras mereka telah berjaya membuatkan penonton tidak merasa rugi membeli tiket dan menontonnya.








.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, February 11, 2009

Tingkatkan keupayaan otak

(Artikel ni dipetik dari sebuah akhbar tapi dah lupa akhbar mana)


Betapa kuat sekalipun otak berfungsi, sesekali kita tetap lupa sedangkan otak juga perlukan ‘penyelengaraan’. Bukan pembedahan atau melakukan sesuatu yang berbahaya kerana kajian mendapati otak mampu dipertingkatkan keupayaannya hanya menerusi beberapa langkah mudah.

Berikut beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk membantu meningkatkan fungsi otak:


Makan badam

Badam dipercayai boleh meningkatkan ingatan. Kombinasi minyak badam dan susu yang diambil sebelum tidur atau selepas bangun tidur dikatakan boleh menguatkan kuasa ingatan. Susu badam boleh disediakan dengan menghancurkan badam tanpa lapisan luarnya dan ditambah air dan gula.

Minum jus epal

Kajian Universiti Massachusetts Lowell, Amerika Syarikat menunjukkan jus epal meningkatkan pengeluaran pemancar system saraf yang penting, acetylcholine di dalam otak sekaligus meningkatkan kuasa ingatan.

Tidur dengan baik

Kajian mendapati ingatan jangka panjang diperkuat apabila seseorang itu memperoleh tidur yang baik.

Nikmati aktiviti mudah yang digemari

Tekanan boleh mengeringkan kekuatan otak. Amalkan aktiviti mudah yang digemari setiap hari untuk menyingkirkan tekanan daripada fikiran.

Sesetengan daripada aktiviti mudah ini bukan sahaja baik untuk otak malah tubuh dan jiwa seperti mendengar muzik yang digemari, bermain dengan anak dan melahirkan penghargaan kepada orang lain.

Selain itu, berlari beberapa kilometer setiap hari, mengayuh basikal atau berenang juga elok diamalkan.

Senaman minda

Senaman fizikal memang penting untuk membina tubuh yang kuat namun senaman mental juga sangat diperlukan. Sedar atau tidak, kanak-kanak mempunyai kekuatan otak yang jauh lebih tinggi berbanding golongan dewasa. Si kecil sentiasa bermain dengan fikirannya. Fikiran sedemikian menunjukkan kekuatan ingatan yang baik.

Untuk membuatkan fikiran aktif, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti bermain silang kata, berinteraksi atau melakukan kerja sukarela. Selain itu, mulaka hobi seperti menulis blog, membaca, melukis atau mempelajari kemahiran baru.

Mengurangkan pengambilan gula

Gula bukanlah makanan. Ia sejenis karbohidrat yang memberikan tenaga khayalan. Pengambilan gula berlebihan boleh mengakibatkan gejala kebimbangan yang eterlaluan.

Gula yang berlebihan juga boleh menyebabkan rasa takut apabila berada di tempat sempit, hilang ingatan dan masalah saraf lain.

Jika boleh, nikmati makanan tanpa perlu menambah gula.

Khasiat gandum penuh

Gandum penuh mengandungi lecithin. Bahan ini membantu untuk mengurangkan masalah pengerasan saluran darah yang lazimnya merosakkan fungsi otak.

Makan hidangan ringan pada waktu malam

Hidangan berat boleh menyebabkan seseorang itu sukar tidur dan tekanan emosi sewaktu tidur. Elok menikmati hidangan berat waktu siang ketika tubuh melakukan banyak pergerakan, sekaligus memanfaatkan pengambilan yang banyak itu.

Pada waktu malam, nikmati hidangan ringan beserta buah-buahab untuk memudahkkan tidur. Tidur yang baik boleh menguatkan otak.

Berimaginasi

Orang Yunani cukup mahir dari segi prinsip imaginasi dan kaitannya utuk mengingati apa saja. Teknik berkenaan memerlukan seseorang itu mencipta imaginasi dan kaintannya untuk mengingati apa saja. Teknik berkenaan memerlukan seseorang encipta imaginasi jelas dan berwarna warni yang boleh dikatikan dengan objek yang diketahui.

Jika proses imaginasi itu turur disertai deria sentuh, rasa, bau, dengar dan melihat, seseorang itu boleh mengingatinya dengan lebih baik.

Kelebihan vitamin B kompleks

Vitain B kompleks menguatkan ingatan. Justeru, nikmati makanan termsuk sayur-sayuran yang mempunyai kandungan vitamin B kompleks yang tinggi.





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, February 9, 2009

Memilih atau dipilih

Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi di mana rakyatnya berhak memilih namun dalam sesetengah perkara kita mungkin tidak mempunyai kuasa memilih sepenuhnya.. Sebagai seorang perempuan mungkin kita tidak mempunyai kuasa memilih pasangan sepenuhnya kerana kuasa memilih tersebut adalah sepenuhnya dikuasai lelaki. Mungkin kita hanya boleh menetapkan ciri-ciri pasangan yang kita ingini namun kita mungkin tidak menjadi pilihan lelaki dengan ciri-ciri tersebut. Sesetengah orang pula boleh berkata bahawa jika seorang perempuan telah menemui lelaki yang menepati ciri-ciri untuk menjadi suami yang boleh memimpin keluarga, wanita tersebut boleh mengikut contoh Saidatina Khatijah dan Rasullullah namun sebagai seorang wanita Melayu perkara tersebut adalah agak mustahil.

Oleh kerana trend sekarang di mana ramai wanita berkerjaya masih membujang mungkin membuatkan keluarga atau saudara mara risau jika mempunyai anak dara yang masih tidak mempunyai pasangan. Bagi aku perkara tersebut masih terlalu awal untuk difikirkan kerana walaupun umur memungkinkan aku untuk berkahwin namun aku masih mempunyai perjalanan yang panjang untuk mencapai cita-cita. Namun apabila ke mana saja pergi semua membicarakan tentang hal tersebut, sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan mungkin sedikit sebanyak perkara tersebut akan mengganggu fikiran. Jikalah mencari pasangan semudah membeli ikan di pasar...pastilah masalah tersebut tidak akan wujud.....masalahnya sebagai wanita kita menjadi orang yang dipilih bukan yang memilih.

Mungkin juga ada yang akan berkata wanita terlalu memilih apabila masih tidak mempunyai pasangan. Namun sebagai wanita kita juga masih perlu mencari pasangan yang setaraf agar tidak timbul masalah di kemudian hari kerana perkahwinan bukanlah hanya untuk sehari dua tetapi seumur hidup. Jika sudah terang-terang lelaki tersebut tidak boleh memimpin keluarga dengan baik adakah kita masih perlu menerimanya?? Sebaliknya jika ada lelaki yang menepati ciri namun tidak boleh menerima kita, semestinya kita tidak boleh memaksanya untuk menerima kita sebagai pasangan. Namun sebagai manusia kita perlu percaya jodoh, pertemuan adalah di tangan Allah. Sebagai makhluk dan hambanya kita perlu menerima segala qada' dan qadar-Nya dan percaya segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, February 6, 2009

Madu dibalas tuba

Kata pepatah buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali mungkin perlu disematkan dalam fikiran sebaik-baiknya kerana kadang kala kebaikan yang kita taburkan namun kejahatan yang akan orang lain nampak. Sebagai manusia kita mungkin tidak sanggup melihat seorang yang dalam kesusahan yang datang kepada kita pulang dengan hampa tanpa apa-apa bantuan daripada kita. Kita akan seboleh mungkin akan membantu sekadar yang mampu. Namun dalam pada kebaikan yang diberikan masih ada yang tidak berpuas hati atau marah. Sebagai manusia biasa kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang dalam satu masa. Manusia yang diberi pertolongan juga kadang kala membalas madu yang telah diberikan dengan balasan tuba atau racun yang sangat mampu membunuh. Mungkin manusia seperti ini boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Jika tidak berkemampuan untuk membalas kembali dengan kebaikan cukuplah sekadar ingatan tentang kebaikan tersebut disematkan difikiran mereka. Bagi aku manusia seperti ini sebenarnya lebih bisa dari ular kerana mereka ini tanpa kita sedari akan menikam kita dari belakang. Sebagai langkah berhati-hati elakkanlah diri dari golongan seperti ini dan simpanlah kebaikan kita untuk orang yang lebih memerlukan dan mengenangnya dari mencurahkan kebaikan kepada golongan seperti ini.


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Unic - Ke makam bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria

Wangi berseri puspa kemboja

Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri

Dua nisan terkapar mati

Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat

Mesra kasih bonda menatap

Sedang lena di dalam rahap

Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu

Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami

Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan

Tiada sama bonda melahirkan

Kasih bonda tiada sempadan

Kemuncak murni kemuliaan insan





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Cuti dan Assignment lagi


Agak lama juga aku tak update blog ni. Penuh sawang dah gamaknya. Selain baru balik dari bercuti di kampung aku juga sibuk menyiapkan assigment. Jadi, mood untuk update pn memang tak berapa nak ada. Tentang balik kampung. Apa yang aku buat? Tentunya sepanjang cuti tu aku mengadap assignment. Nasib baik la mak aku bercuti seminggu masa aku balik kampung. Jadi aku tak perlu la buat banyak sangat kerja rumah. Paling tidak pun aku hanya tolong sapu sampah dan kemas rumah atau sidai dan lipat kain. Masak tu ada dalam sekali dua. Lega sikit la rasanya sebab aku boleh tumpukan untuk buat assigment yang agak memeningkan tu. Apa-apa pun sekarang ni dah rasa ringan sikit sebabnya satu assigment dah hantar. Tinggal satu je lagi yang nak kena edia apa-apa yang patut. Actually, dah hantar tapi dipulangkan balik untuk murnikan lagi. Jadinya sempena cuti hujung minggu dan disambung pula dengan cuti thaipusam ni aku masih lagi akan mengadap assignment.



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.