Sunday, November 15, 2009

Bilakah???

Sangat tiada mood dan idea untuk bercerita di sini...
Walau sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini...
Terutama sekali event terakhir kursus kami iaitu...
B.ED QUT Gala Nite pada 13 November....
Disebabkan ramai sangat yang dah upload gambar di Facebook..
Aku rasa tak perlu la aku upload lagi...
Tambahan pula hasil tangkapan dari kamera aku yang tidak seberapa...
sejak terkena hujan hari tu....
Bercerita di sini???
Masih tiada idea nak mengarang....
Mungkin fikiran aku sekarang hanya memikirkan untuk menghabiskan
Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia....
dan juga....
tempat aku bakal dipostingkan.....
yang lain-lain sudah tidak mempunyai priority lagi...
Bila agaknya keputusan posting bakal diketahui???
aku masih lagi sabar menanti...
walau malamku kadang termimpikannya...
Aku mangajar dah melatih hati
untuk redha dengan segala kemungkinan...
Kerana setiap perkara yang sudah ditentukan
tentunya adalah yang terbaik untuk aku...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, November 5, 2009

Selamat tinggal SKTM


Alhamdulilah, setelah 11 minggu berada di SKTM hari ini merupakan hari terakhir aku di sini. SKTM aku tinggalkan dengan seribu satu kenangan dan pengalaman selama 11 minggu pada internship kedua dan 8 minggu pada internship pertama. Pelbagai ragam dan kerenah murid aku hadapi dan berjaya membuatkan aku menjadi seorang yang lebih sabar. Moga pengalaman yang ditimba sepanjang praktikum ni akan menjadi ilmu yang berguna kepada aku suatu hari nanti.

p/s: Meninggalkan SKTM hari ini dan kembali ke institut untuk Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia yang akan bermula esok


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, November 2, 2009

Diari praktikum: Sambutan Hari Kanak-kanak

Tarikh: 30 Oktober
Tugas aku untuk hari kanak-kanak adalah melatih murid-murid untuk persembahan iaitu dikir barat. Dalam pada aku sangat risau akan performance mereka pada hari tersebut, akhirnya mereka telah berjaya memberikan persembahan yang sangat baik dan memuaskan hati aku dan liza...Sebelum tu..acara sambutan bermula pada pukul 3.30 petang. Sebelum itu adalah jamuan kelas. Makanya kami telah menjelajah dari kelas ke kelas untuk menjamu selera. Dan ianya membuatkan kami kekenyangan sebelum acara di dewan bermula. Lihatlah gambar sekitar sambutan hari kanak-kanak yang tidak berapa banyak aku sempat ambil..Persembahan lain aku tak sempat nak ambil gambar sebab tengah sibuk siapkan budak-budak dikir barat..
Guru-guru menjamu selera

Aku dan liza bersama murid-murid 4S

Dikir barat


p/s: Update waktu tiada kelas...Isnin adalah hari bahagia sebab tiada kelas untuk diajar

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, November 1, 2009

Hari pertama di bulan November

Alhamdulilah...hari ni kita dah melangkah masuk ke bulan november.
Banyak yang akan berlaku di bulan November ni. ANtaranya:
  • Selesai praktikum..Tinggal 4 hari je lagi nak ke sekolah...
  • Bulan aku dilahirkan
  • Kursus KISSM
  • Aku habis belajar di IPGM kampus teknik
  • HAri raya Aidiladha..
Bulan Oktober dah berlalu. Tapi aku ada beberapa cerita yang berlaku di bulan OKtober yang belum sempat nak story...Kemudian je la aku story...aku baru je balik dari rumah PAk Njang aku kat Wangsa MAju...nak selesaikan laundry yang bertimbun sebabnya ketiadaan air....Hari ni air dah ada...jadi boleh la aku buat laundry...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.