Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

Warna -warni Sambutan Hari Guru

Sudah beberapa hari berlalu baru la sempat nak update...nak cerita tentang sambutan Hari Guru..Ini merupakan sambutan HAri guru yang pertama sebagai seorang guru..Sebelum ni sambut HAri Guru sebagai guru pelatih..Bagi tahun pertama ni ada dua sambutan.. Yang pertama jamuan Hari Guru pada hari ahad 16 Mei di Hotel Selesa, Pasir Gudang dan sambutan kedua di sekolah bersama murid-murid..

Jamuan sempena Hari Guru di Hotel Selesa sangat menyeronokkan...tidak hanya diisi dengan makanan yang sedap-sedap tetapi juga aktiviti dalam kumpulan...terdapat dua aktiviti..yang pertama peras otak iaitu aktiviti menyusun semula sajak atau syair dan kemudian mendeklamasikannya mengikut kreativiti masing-masing...waktu mendeklamasikan sajak atau syair tu lah yang membuatkan kami tak kering gusi...ada macam-macam gaya yang sangat kelakar..ada yang buat versi sengau, versi jawa, versi omputih dan macam-macam lagi la...Untuk aktiviti pertama kumpulan aku berjaya mendapat tempat pertama...memang benar kata seorang ahli kumpulan aku...biar sedikit asal berkualiti...kumpulan aku mempunyai ahli kumpulan yang paling sedikit tapi berjaya juga kami mengalahkan kumpulan lain yang lebih ramai...

kumpulan yang paling sedikit ahli..kumpulan lain 10 orang



Aktiviti kedua pula menyusun puzzle...utuk aktiviti ni kumpulan aku dapat tempat terakhir...ini adalah disebabkan halangan lampu yang membuatkan kami keliru warna ditambahkan pula jumlah ahli yang rabun adalah lebih ramai...tapi walau apa pun tetap masih seronok...hadiah tetap dapat...

ahli-ahli kumpulan aku yang sedang tekun menyusun puzzle

Kek coklat yang mervellous

kek aiskrim yang delicious

Sambutan yang kedua pun tak kurang menyeronokkan...persembahan murid-murid yang sangat menarik...boleh tengok macam-macam gaya dan aksi...ada yang nyanyi lagu kanak-kanak..tak kurang juga yang menyanyi lagu-lagu indonesia...siap penonotn pun menyanyi beramai-ramai sampai bergema sekolah...rakan-rakan guru yang lain juga sangat sporting...dan semuanya sangat gila bergambar..i was really enjoyed it...

penonton: murid sesi petang tahun 1 hingga tahun 3

penonton yang sangat kusyuk



murid tahun 1

cikgu-cikgu berposing

p/s: SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK...

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Pekerja


Tanpa sedar rupanya esok kita bakal melangkah ke hari pertama bulan Mei..dan bakal bercuti sempena Hari Pekerja...jika tahun-tahun sebelum ni aku tidak berapa merasai cuti hari pekerja..tapi tahun ni buat pertama kalinya aku bercuti sempena hari pekerja sebagai seorang pekerja...aktiviti yang bakal dilakukan?? Esok rasanya mahu berehat di rumah sambil mengemas rumah dan membasuh kereta..selain itu rasanya nak masak laksa penang...dari minggu lepas tertangguh...minggu ni mesti masak juga laksa tu...sudah tak tahan...teringin sangat nak makan...kalau nak beli tak tahu pulak kat mana yang sedap kat Pasir Gudang ni...lebih baik la buat sendiri...puas hati sikit kot walau belum tentu sedap...hehehe


Hari Ahad pulak nak ke kenduri kahwin jiran mak sedara aku...dan usaha mencari tukang jahit untuk menempah baju kurung...ada dua pasang kain yang belum ditempah...sepasang aku dapat masa praktikum dulu dan sepasang lagi kain untuk baju seragam sekolah...mungkin kena pakai waktu sambutan Hari Guru 16 Mei nanti...jadi kena cepat-cepat tempah...dapat dh dekat sebulan...tapi disebabkan tak tahu tukang jahit yang ok..jadi tersimpan saja la baju tu...tukang jahit yang selalu aku hantar kat kampung pula tengah berehat dari menjahit sekarang...yang aku dengar dari cikgu sekolah aku RM45...sangat mahal la untuk baju kurung...selalu aku tempah di kampung baru RM18...nak cuba cari tukang jahit yang ambil lebih murah nanti...harap-harap ada...

p/s: Kepenatan...Selamat hari pekerja kepada semua rakyat Malaysia...Have a nive weekend




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, February 12, 2010

Image dr google

Hari ahad ni merupakan sambutan Tahun baru Cina dan di kesempatan ni aku nak mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua penganut agama Buddha..Aku akan pulang ke kampung esok sempena cuti umum Tahun Baru Cina...akan melepak dan berehat di rumah selama seminggu....alhamdulilah setelah 6 minggu berada di Pasir Gudang...aku diberikan cuti yang sedikit panjang yang membolehkan aku pulang untuk melepaskan rindu kepada keluarga di kampung...doakan perjalanan aku pulang dan kembali nanti selamat...aku akan singgah di KL untuk berehat dan tidur selama satu malam....penat nak memandu terus ke kampung...tambahan pula aku bertolak dari sini selepas zohor esok...sudah tentunya aku akan melalui perjalanan pada waktu malam jika meneruskan perjalanan ke kampung....insyaallah akan menyambung semula perjalanan pulang ke kampung pada hari ahad...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, October 15, 2009

Bukan lagi harus tapi wajib

Cuti Deepavali bermula esok sampai isnin...
Jadi 4 hari la sekolah aku akan bercuti...
Ikutkan tidaklah terlalu lama...
Jika nak diingatkan kerja yang masih bersisa...
Tapi aku kena dan wajib balik juga ke kampung
Disebabkan nak angkut separuh daripada barang-barang
yang dah tidak digunakan....
Malas nak susahkan mak abah aku datang ambil nanti..
Segala aktiviti aku kat insitut dijangka akan tamat pada 25 November ni..
dan kemungkinan besar aku kan mula posting pada 1 Disember
Bila dah kemas barang ni...mula aku rasa tidak sabar nak habis dan tamatkan pengajian ni..
Ada lebih kurang sebulan lagi...
Hati aku berdebar menunggu keputusan di mana aku bakal diposting...
Moga ketabahan dan kesabaran menjadi teman aku untuk melalui sisa masa yang tinggal ni...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru






Selamat hari guru kepada semua warga pendidik....terutama guru-guru dan pensyarah yang pernah mendidik aku sehingga bakal bergelar seorang guru.... juga kepada rakan-rakan yang sedang menjalani praktikum yang hampir sampai ke penghujung....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, May 10, 2009

Selamat hari ibu






Anda perlu membaca...sebesar mana pengorbanan anda kepada ibu anda....sebagai renungan bersama:

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak



Selamat hari ibu kepada my mom...

dan juga semua ibu, mama, mummy, mak, umi dan ami


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, March 8, 2009

Maulidur Rasul


Esok, 9 Mac bersamaan 12 Rabiulawwal 1430 merupakan Hari Keputeraan Rasullulah s.a.w. atau lebih dikenali sebagai Hari Maulidur Rasul. Di Malaysia Maulidur Rasul disambut dengan mengadakan perarakan, syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Selain itu 12 Rabiulawal setiap tahun juga telah diisytiarkan sebagai cuti umum. Tujuan sambutan Maulidur Rasul diadakan adalah untuk untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Semoga dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kita kepada baginda serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangan baginda. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430 KEPADA SEMUA UMAT ISLAM



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, January 6, 2009

Permulaan yang baik

Alhamdulilah....aku masih dipanjangkan umur untuk melangkah ke tahun 1430 Hijrah dan 2009 Masihi....masih sempat kiranya untuk mengucapkan selamat tahun baru Hijrah dan Maisihi....dan masih lagi diberi peluang untuk update blog yang dah lama tak diupdate ni....boleh dikatakan 2008 meninggalkan macam-macam nostalgia dan kenangan... tirai 2008 ditutup dengan agak cemerlang kerana alhamdulilah bagi semester lepas aku berjaya mendapat keputusan yang agak di luar jangkaan... alhamdulilah.... Segala pahit dan ranjau yang telah dilalui sepanjang 2008 mahu kutinggalkan jauh kebelakang agar ianya tidak mengganggu langkahku untuk maju di tahun 2009 ini... tirai 2009 dibuka agak baik dengan kejayaan aku lulus dalam ujian memandu kelas D..... Permulaan yang agak baik bagi tahun 2009 namun disambut pula dengan musibah food poisoning....syukur kerana tidak terlalu serius....selain itu aku juga telah kembali ke bumi institut perguruanku untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar....semestinya semester tahun ini menjanjikan lebih cabaran untukku kerana aku bakal menjalani praktikum mengajar....harapnya 2009 akan meninggalkan seribu kenangan manis kerana aku bakal menamatkan pengajianku tahun ini......Moga ditabahkan hati untuk terus mengharungi segala dugaan....Amin...

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, November 6, 2008

22 tahun dulu

Tanggal 6 november.... 22 tahun dulu tepat jam 10.30 pm, lahirlah aku puteri sulung buat penyeri ayah dan ibu....merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Allah buat Mohd Yusof dan Umi Kalsom....padaku disandarkan harapan agar aku akan menjadi contoh kepada adik-adikku kelak.....oleh itu asuhan demi asuhan...didikan serta belaian kasih sayang diberikan....diajarkan segala kepayahan dan kesusahan agar aku menjadi anak yang bersyukur...



Begitu pantas masa berlalu....kini genaplah usiaku 22 tahun....Alhamdulilah...berkat didikan dan asuhan dari kedua orang tuaku...aku berada di tahap seperti sekarang....terima kasih buat keduanyer kerana telah berjaya mendidik dan mengasuhku..... Walaupun usiaku telah menjangkau 22 tahun...perhatian mereka tidak pernah pudar terhadapku....masih terasa kehangatan kasih sayang mereka....moga aku dan kedua ibu bapaku dipanjangkan usia agar dapat kucurahkan segala bakti....Syukur dipanjatkan juga ke hadrat Allah s.w.t kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.....untuk menyambut hari lahir ke 22.....tanpanya siapalah aku insan yang serba kekurangan ini....





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, October 30, 2008

DNT'S GALA NIGHT

Semalam telah berlangsungnyer DNT"S Gala Night....sgt meriah dan paling penting hilang segala ketensionan assignment....semua nmpknyer sgt enjoy dalam majlis tu....Majlis yang bermula pada pukul 9.15 malam dan berakhir pada 12 malam itu telah dihadiri oleh lbh separuh daripada pelajar DNT....Pelbagai jenis makanan telah dihidangkan. Antaranya makaroni goreng, nasi goreng, bbq, puding.


bergambar di pintu masuk



sibuk menghidangkan makanan



Tema mlm tu adalah black and white...aku mmg xde mood semalam...xtau r nape...tapi Gala night tlh berjaya menukarkan mood aku yg ntah ape2 tu...really enjoy it..Paling menghiburkan adalah persembahan band dari pelajar2 DNT sendiri....cikgu2 yg sgt berbakat diorg ni....main muzik...nyanyi....kire hilang la segala gundah hati aku dengan persembahan dr diorg....Selain tu..ade jgak sesi karaoke....semuanyer x lepaskan peluang utk tunjuk bakat...sampaikan majlis terpaksa dipanjangkan sebab ramai sgt nk tunjuk bakat2 terpendam tu....hehehehe...


persembahan band


Selain tu...ade jgak bebrapa kategori anugerah tlh dipertandingkan iaitu...most active man and women...most easygoing man and woman...most kind and friendly man and woman...most wise and intelligent man and woman...most masculin/ feminine man and woman....then ade jgak anugerah utk DNT most ideal couple in our course...and anugerah kemuncak adalah queen and king of the night....Paling x disangka adalah...diriku hamba yg serba kekurangan ini tlh menang most kind and friendly for woman......sungguh tak kusangka....kind and friendly ke aku ni???


anugerah or title yg aku dpt mlm tu (batch yg so sweet)



most kind and friendly man and woman...me n mayie


king and queen of the night


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, October 29, 2008

Party

Malam ni ade prom nite....
For B.ed Design and Technology only...hehehehe
Temanyer black and white...
Ok la...sebab color tu senang nk cr...
Mcm2 jenis makanan dengarnyer....
It's time to kumpul lemak....hahahaha
Petang ni kena turun tolong masak sebbnyer....
Kelasku telah dipertanggungjawabkan untuk masak bersama dengan kelas DNT1
Dengarnyer macam meriah jer...
Tunggu je la ape yg telah diorg rancang utk mlm ni...
Hopefully semuanyer berjalan lancar la malam ni....


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, October 22, 2008

Balik kampung

Oleh kerana tekanan dua assignment yg agak horrible ini...maka aku dengan rasa serba salahnyer telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung sempena cuti depavalli ini... kemungkinan besar juga aku akan pulang ke kampung pada hari ini bersempena dgn kelas yg dh xde ni....tujuan lainnyer aku balik kampung juga adalah untuk menikmati buah rambutan yg sedang masak ranum di kampung selain daripada balik untuk menghantar kad ATM adikku yg tlh terbawa balik oleh aku...sian die xdpt kuarkan duit gajinyer....huhuhu...maka akan kukhabarkan berita kepulanganku kepada keluargaku kerana nnt tiada siapa pula yg akan menjemputku di simpang jalan... aku harap aku akan memperolehi ketenangan apabila pulang ke kampung.....akan kutinggalkan sementara segala tekanan di kl ini....bukannyer untuk melarikan diri namun hanya untuk mencari ruang buat bernafas dengan menyedut udara kg yg segar bugar.......kampung....tunggu kepulanganku...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, October 15, 2008

Sambutan Raya di institut


Today ade sambutan raya peringkat institut......thn ni buat dpn kafeteria....bgus jgak ubah suasana...klu x...selalunye akn wat kt dewan.....or kt dataran muafakat.....malas sebenarnyer nk cite psl smbutan raya thn ni....frust ckt r.....sbbnyer ade makanan yg dh mcm nk basi.....lps tu nk amek makanan pn mcm berebut......aku ni klu bab mkn nk kn berebut ni mls btl.....lps blk dr sambutn tu mkn maggi sbbnyer lapo...ape kes tu??? whatever pn ade la jgak bnde yg menghiburkn.......ade ucapan and persembahan yg menghiburkan....terubat la jgak....ok je la.....tgk je la gmbo2 time smbtn tu...

meja makanan



beratur atau berebut ambil makanan??

wif member2

wif my rumate


wif my bestfriend..

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, October 7, 2008

corat-coret raye

oleh sebab blk kg agak lewat jgak n bebanan asgnmnt yg menimbun...n my mom pn dh wat biskut...so i cuma buat cornflakes madu, mini popia and kek batik je...tu pn buat sehari sblm raye......dengan bantuan adik bongsu lelakiku yg sgt rajin....hehehe....
pagi raye pertama g umah my grandma yg hnya 2 km je dr umahku... seronoknye raye thn ni coz ramai yg blk beraya kt umah my grandma......thn ni x kesunyian coz kembar siam aku blk...hahaha...kembar ke???...meriah....mmg meriah.....makanan plak mcm2 blh rasa....mcm2 jenis biskut raye.....dan yg penting.....thn ni dpt byk duit raye....hahahaha.....dh besar2 pn still dpt duit raye.....tu yg best...sementara rezki nk dpt duit raye tu ade....terima je la....nnt2 giliran aku plak bagi duit raye...pagi raye mcm biasa la....wajib g kubur datuk sblh my mom....lps tu br wat aktiviti2 len....ni pic yg smpt disnap di umah my grandma di pagi hari raya pertama....


sesi memohon ampun dan maaf dan jugak mengumpul duit raye ;-)




time to eat





seperempat drp cucu pompuan hajjah chik



seperempat drp cucu lelaki hajjah chik


ni dia kembar siam aku...hehehe....actually sepupu yg plng n sgt rapat dgn aku....disebabkan kami sebaya..so kami blh berkongsi ape saje...and seingt aku ktorg xpenah bergaduh sejak kecik...klu yg x ingt tu xtau la.....thn ni sedara semua kecoh...nk tgk sape antara ktorg yg akn naik pelamin dl....no comment....wait n see je la...hehehe.....


so...raye pertama byk diluangkn kt umah my grandma...smpai umah ktorg terpaksa ditutup sbb penghuninye lesap....blk dr umah my grandma....tghari plak berjalan ke umah pak lang aku di Nibong Tebal....first time g umah die...sblm ni my parent je slalu g...so since dh ade lesen moto skrg...blh la jln2 ke cna....konvoi 3 buah moto...me bonceng my sis...my parent n jugak my cousin...cuak jgak nk bwk sejauh tu tp alhamdulilah sebenarnyer ok jer...ptg br blk umah....then adik-adik my mom plak serbu....mmg dh jd tradisi family ktorg...even dh jmpe kt umah my grandma tp adik2 tetap akn berkunjung ke umah kakak2....penuh satu umah...layan diorg plak...penat mmg penat but it's a great moment...bkn selalu dpt kumpul mcm tu...

tu kisahnyer raye pertama...raye kedua plak....kawan lama kt sekolah teknik dtg...dh 4 thn lbh gak x jmpe die ni...sblm ni lost contact...skrg ni br contact blk.....die dtg beraye ke umahku....then die ajak g beraya kt umah member2 lama...since xde wat pe...so ikut la....dpt la g dua buah umah je kt bkt merah n taiping,perak.... sbbnyer kuar umah pn dh pkl 3 ptg....blk plak smpai umah pkl 8....





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Kad Raye



Balik je dr cuti raye...tgk2 dpt kad raye....thanks yeee...ingt jgak kt diri ku ini...hehehe...

this one from eazy


this one from kak iza......



dpt duit raye jgak dr kak iza














.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Rasanya x terlalu awal untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI....tinggal x brp lm lg ramadhan akan meninggalkan kita......

today...insyaallah....aku akan pulang ke kampung halamanku....

Kepulangan yang membawa bersama assignment yg kena dihantar selepas raya...

so, di kesempatan ni jugak, nak mohon ampun dan maaf di atas segala ketelanjuran dan kekhilafan yang telah dilakukan....





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, October 3, 2007