Thursday, November 5, 2009

Selamat tinggal SKTM


Alhamdulilah, setelah 11 minggu berada di SKTM hari ini merupakan hari terakhir aku di sini. SKTM aku tinggalkan dengan seribu satu kenangan dan pengalaman selama 11 minggu pada internship kedua dan 8 minggu pada internship pertama. Pelbagai ragam dan kerenah murid aku hadapi dan berjaya membuatkan aku menjadi seorang yang lebih sabar. Moga pengalaman yang ditimba sepanjang praktikum ni akan menjadi ilmu yang berguna kepada aku suatu hari nanti.

p/s: Meninggalkan SKTM hari ini dan kembali ke institut untuk Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia yang akan bermula esok


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, November 2, 2009

Diari praktikum: Sambutan Hari Kanak-kanak

Tarikh: 30 Oktober
Tugas aku untuk hari kanak-kanak adalah melatih murid-murid untuk persembahan iaitu dikir barat. Dalam pada aku sangat risau akan performance mereka pada hari tersebut, akhirnya mereka telah berjaya memberikan persembahan yang sangat baik dan memuaskan hati aku dan liza...Sebelum tu..acara sambutan bermula pada pukul 3.30 petang. Sebelum itu adalah jamuan kelas. Makanya kami telah menjelajah dari kelas ke kelas untuk menjamu selera. Dan ianya membuatkan kami kekenyangan sebelum acara di dewan bermula. Lihatlah gambar sekitar sambutan hari kanak-kanak yang tidak berapa banyak aku sempat ambil..Persembahan lain aku tak sempat nak ambil gambar sebab tengah sibuk siapkan budak-budak dikir barat..
Guru-guru menjamu selera

Aku dan liza bersama murid-murid 4S

Dikir barat


p/s: Update waktu tiada kelas...Isnin adalah hari bahagia sebab tiada kelas untuk diajar

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, November 1, 2009

Hari pertama di bulan November

Alhamdulilah...hari ni kita dah melangkah masuk ke bulan november.
Banyak yang akan berlaku di bulan November ni. ANtaranya:
  • Selesai praktikum..Tinggal 4 hari je lagi nak ke sekolah...
  • Bulan aku dilahirkan
  • Kursus KISSM
  • Aku habis belajar di IPGM kampus teknik
  • HAri raya Aidiladha..
Bulan Oktober dah berlalu. Tapi aku ada beberapa cerita yang berlaku di bulan OKtober yang belum sempat nak story...Kemudian je la aku story...aku baru je balik dari rumah PAk Njang aku kat Wangsa MAju...nak selesaikan laundry yang bertimbun sebabnya ketiadaan air....Hari ni air dah ada...jadi boleh la aku buat laundry...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, October 27, 2009

Diari praktikum: Mari berdikir barat

Minggu lepas Kak Ita...salah seorang cikgu kat SKTM bagitau aku bahawasanya aku dan liza kena prepare satu persembahan sempena hari kanak-kanak 30 Oktober ni...Ingatkan nak buat la koir ke ape ke..sekali dia bagitau semula...kami kena buat dikir barat...ambik kau....aku dan liza dah la dua-dua orang utara...aku pernah la masuk dikir barat...tapi tu dah berapa tahun yang lepas...memang ingat-ingat lupa la...


Disebabkan dua-dua macam bingung dan bengong je nak mulakan rentak...akhirnya surf internet dan cari dalam youtube macam mana orang berdikir...dan hasilnya kami berjaya buat lirik dengan menggunakan melodi lagu wau bulan....dan kelas yang malang yang telah jadi pilihan kami adalah 4 Semangat...nasib baik ada dua orang yang sukarela nak jadi tukang karut nak mengarut menggunakan bait-bait lirik yang ntah apa-apa yang kami cipta tu...


Walau mula-mula rasa macam...eh..boleh ke ni??...tapi lama-lama kami cuba je la buat yang terbaik...latih murid-murid 4S mana-mana yang patut...yang lain nanti terserah la pada diorang waktu atas pentas...nak berdikir ke berzikir ke...kami cuma cuba latih diorang mana yang patut...


Berdebar jugak aku nak tengok performance diorang setelah berhempas pulas tapi lebih banyak main-main aku rasa....tepuk pun tak sama...macam tahi lembu jatuh je...aku yang dengar pun jadi pening....tapi tak pe...ada lagi dua hari nak perah diorang berlatih bersungguh-sungguh...lepas ni siapa-siapa yang suka main-main agak-agaknya kena la ketam batu aku kot...Walaupun agak tension kena melatih budak-budak ni yang kadang-kadang sangat tidak mendengar kata...tapi aku anggap ni sebagai pengalaman....yang mungkin akan berguna pada masa akan datang....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, October 23, 2009

Diari praktikum: Selesai sudah observation

Sangat lega
Hari Rabu lepas dah selesai observation dengan pensyarah..
Hari ni pula selesai observation dengan guru pembimbing...
lepas ni dapat la mengajar dengan lebih tenang..



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, October 15, 2009

Bukan lagi harus tapi wajib

Cuti Deepavali bermula esok sampai isnin...
Jadi 4 hari la sekolah aku akan bercuti...
Ikutkan tidaklah terlalu lama...
Jika nak diingatkan kerja yang masih bersisa...
Tapi aku kena dan wajib balik juga ke kampung
Disebabkan nak angkut separuh daripada barang-barang
yang dah tidak digunakan....
Malas nak susahkan mak abah aku datang ambil nanti..
Segala aktiviti aku kat insitut dijangka akan tamat pada 25 November ni..
dan kemungkinan besar aku kan mula posting pada 1 Disember
Bila dah kemas barang ni...mula aku rasa tidak sabar nak habis dan tamatkan pengajian ni..
Ada lebih kurang sebulan lagi...
Hati aku berdebar menunggu keputusan di mana aku bakal diposting...
Moga ketabahan dan kesabaran menjadi teman aku untuk melalui sisa masa yang tinggal ni...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, October 13, 2009

Pengalaman berharga yang sangat memenatkan

Alkisahnya pada hari jumaat yang lepas, aku dan 80 orang murid tahun 4 dan 5 telah bertolak ke Kuala PAngsun untuk perkhemahan unit uniform. Tapi bukan la perkhemahan dalam erti kata yang sebenar kerana murid-murid tidur dalam asrama.

HARI PERTAMA

Sebaik sampai je kami disambut oleh seorang pakcik yang pada tanggapan aku adalah ketua fasilitator. Lepas sedikit taklimat, murid diarahkan makan, solat dan seterusnya tukar baju untuk aktiviti mandi di sungai. Sehingga saat tu aku masih tak nampak seorang pun fasilitator melainkan pakcik tersebut. Sampailah murid dah siap mandi. Selain daripada pakcik tu...makanya aku dan liza la yang menjaga dan mengawasi murid-murid tu masa mandi. Dah la banyak batu...aku pula yang risau sedangkan murid-murid aku selamba je berdiri atas batu tu...

Malam pula ada night walk...laluan untuk night walk ni boleh aku katakan sebagai agak jauh untuk murid sekolah rendah. Dengan titi yang berlubang...sangat bahaya. Tapi alhamdulilah...tiada sebarang kecederaaan atau kemalangan berlaku sepanjang aktiviti tersebut...

Malam tu...budak-budak tu sangat la bising. Sedangkan masa night walk masing-masing diam membisu sambil mulut terkumat kamit berzikir disebabkan takut.




HARI KEDUA

Tidur aku dikejutkan oleh kekecohan pada pukul 5... aku terdengar ada murid lelaki seperti mencari kawan mereka yang hilang.. Kelam kabut aku sarung baju dan tudung mana yang sempat. Sekali bila aku dah keluar rupanya murid perempuan yang sengaja mengecohkan keadaan sedangkan kawan mereka yang disangka hilang tu ada dalam bilik air.

Alang-alang dah bangun terus aku kejutkan semua sekali untuk ambil wuduk dan sedia untuk solat subuh...Bila dah kumpul dalam surau mulut masing-masing masih tak berhenti bercakap. Aku dan liza pun suruh berzikir sampai la ustaz datang untuk mengimamkan solat subuh.

Lepas solat subuh, terus arahkan semua murid bersedia untuk senaman pagi. Sampai ke saat tu aku masih tak nampak seorang pun fasilitator. Sehinggalah senaman pagi selesai. Baru la datang seorang pembantu dan arahkan murid bersedia untuk mandi di sungai... Tiada fasilitator perempaun yang aku nampak setakat ni...makanya tugas menyelia murid-murid perempuan tersandar ke bahu aku dan liza...

Lepas mandi murid bersiap pula untuk jungle tracking...laluan untuk jungle tracking ni pun boleh dikatakan agak jauh untuk murid sekolah rendah. dengan aku langsung tak bawa kasut sukan. Nasib baik la yang aku pakai adalah kasut getah yang agak mencengkam...Kalau tidak aku rasa memang aku dah malu beberapa kali dek kerana jatuh tergelincir macam nangka busuk.

Setelah agak lama berjalan, kami berhenti di sebuah kawasan lapang untuk aktiviti memasak dalam buluh. Setelah selesai kami berjalan pulang ke chalet pada pukul 12.30 tengah hari.








Petang selepas solat zuhur dan makan tengah hari pula adalah sesi pertolongan cemas. Dan selepas solat asar dan minum petang murid-murid bermain sayang si buta. Sesi sayang si buta ni aku dan liza tak join pun. Disebabkan penat sangat kami telah tertidur dalam bilik lepas solat asar.


Waktu makan malam untuk hari kedua ni adalah dimasak dalam buluh. Ada ikan keli, ayam, telur, pisang dan nasi goreng. Kecuali nasi goreng....yang lain adalah dimasak dalam buluh. Agak sedap makanan pada malam tu ditambah pula makan di tepi sungai beramai-ramai. Siap ada murid yang bertambah makanan lagi...Lepas makan budak-budak pun masuk tidur. Selepas dah pastikan semuanya ok aku dan liza pun sambung la lepak di tepi sungai. Tak sampai setengah jam dengar bunyi bising dan ada murid perempuan datang menangis-nangis...dan waktu tu aku telahpun menjadi ahli pecut secara tak langsung. Berlari ke asrama murid perempuan...rupanya ada yang semput...keadaan agak mencemaskan juga la...namun alhamdulilah selepas beberapa minit keadaan murid tu kembali ok.

Selepas dah pastikan semuanya selamat...guru-guru dibawa mandi sauna. Indah sungguh saat tu dapat berehat. Dan malam tu dapat tidur dengan nyenyaknya.






Untuk hari terakhir selepas solat subuh, makan dan mandi...sekali lagi murid-murid dibawa jungle tracking. dan aku sendiri sudah tak mempunyai banyak tenaga di hari terakhir ni. Kami bergerak balik ke sekolah lebih kurang pukul 11 pagi...











Ini merupakan pengalaman pertama aku membawa murid mengikuti perkhemahan. Banyak yang telah aku perolehi dan pelajari sepanjanjang 3 hari 2 malam tersebut. Badan adalah sangat penat namun segala pengalaman yang diperolehi mungkin tidak dapat dibeli di mana-mana....


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.