Tuesday, October 27, 2009

Diari praktikum: Mari berdikir barat

Minggu lepas Kak Ita...salah seorang cikgu kat SKTM bagitau aku bahawasanya aku dan liza kena prepare satu persembahan sempena hari kanak-kanak 30 Oktober ni...Ingatkan nak buat la koir ke ape ke..sekali dia bagitau semula...kami kena buat dikir barat...ambik kau....aku dan liza dah la dua-dua orang utara...aku pernah la masuk dikir barat...tapi tu dah berapa tahun yang lepas...memang ingat-ingat lupa la...


Disebabkan dua-dua macam bingung dan bengong je nak mulakan rentak...akhirnya surf internet dan cari dalam youtube macam mana orang berdikir...dan hasilnya kami berjaya buat lirik dengan menggunakan melodi lagu wau bulan....dan kelas yang malang yang telah jadi pilihan kami adalah 4 Semangat...nasib baik ada dua orang yang sukarela nak jadi tukang karut nak mengarut menggunakan bait-bait lirik yang ntah apa-apa yang kami cipta tu...


Walau mula-mula rasa macam...eh..boleh ke ni??...tapi lama-lama kami cuba je la buat yang terbaik...latih murid-murid 4S mana-mana yang patut...yang lain nanti terserah la pada diorang waktu atas pentas...nak berdikir ke berzikir ke...kami cuma cuba latih diorang mana yang patut...


Berdebar jugak aku nak tengok performance diorang setelah berhempas pulas tapi lebih banyak main-main aku rasa....tepuk pun tak sama...macam tahi lembu jatuh je...aku yang dengar pun jadi pening....tapi tak pe...ada lagi dua hari nak perah diorang berlatih bersungguh-sungguh...lepas ni siapa-siapa yang suka main-main agak-agaknya kena la ketam batu aku kot...Walaupun agak tension kena melatih budak-budak ni yang kadang-kadang sangat tidak mendengar kata...tapi aku anggap ni sebagai pengalaman....yang mungkin akan berguna pada masa akan datang....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, October 23, 2009

Diari praktikum: Selesai sudah observation

Sangat lega
Hari Rabu lepas dah selesai observation dengan pensyarah..
Hari ni pula selesai observation dengan guru pembimbing...
lepas ni dapat la mengajar dengan lebih tenang..



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, October 15, 2009

Bukan lagi harus tapi wajib

Cuti Deepavali bermula esok sampai isnin...
Jadi 4 hari la sekolah aku akan bercuti...
Ikutkan tidaklah terlalu lama...
Jika nak diingatkan kerja yang masih bersisa...
Tapi aku kena dan wajib balik juga ke kampung
Disebabkan nak angkut separuh daripada barang-barang
yang dah tidak digunakan....
Malas nak susahkan mak abah aku datang ambil nanti..
Segala aktiviti aku kat insitut dijangka akan tamat pada 25 November ni..
dan kemungkinan besar aku kan mula posting pada 1 Disember
Bila dah kemas barang ni...mula aku rasa tidak sabar nak habis dan tamatkan pengajian ni..
Ada lebih kurang sebulan lagi...
Hati aku berdebar menunggu keputusan di mana aku bakal diposting...
Moga ketabahan dan kesabaran menjadi teman aku untuk melalui sisa masa yang tinggal ni...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, October 13, 2009

Pengalaman berharga yang sangat memenatkan

Alkisahnya pada hari jumaat yang lepas, aku dan 80 orang murid tahun 4 dan 5 telah bertolak ke Kuala PAngsun untuk perkhemahan unit uniform. Tapi bukan la perkhemahan dalam erti kata yang sebenar kerana murid-murid tidur dalam asrama.

HARI PERTAMA

Sebaik sampai je kami disambut oleh seorang pakcik yang pada tanggapan aku adalah ketua fasilitator. Lepas sedikit taklimat, murid diarahkan makan, solat dan seterusnya tukar baju untuk aktiviti mandi di sungai. Sehingga saat tu aku masih tak nampak seorang pun fasilitator melainkan pakcik tersebut. Sampailah murid dah siap mandi. Selain daripada pakcik tu...makanya aku dan liza la yang menjaga dan mengawasi murid-murid tu masa mandi. Dah la banyak batu...aku pula yang risau sedangkan murid-murid aku selamba je berdiri atas batu tu...

Malam pula ada night walk...laluan untuk night walk ni boleh aku katakan sebagai agak jauh untuk murid sekolah rendah. Dengan titi yang berlubang...sangat bahaya. Tapi alhamdulilah...tiada sebarang kecederaaan atau kemalangan berlaku sepanjang aktiviti tersebut...

Malam tu...budak-budak tu sangat la bising. Sedangkan masa night walk masing-masing diam membisu sambil mulut terkumat kamit berzikir disebabkan takut.




HARI KEDUA

Tidur aku dikejutkan oleh kekecohan pada pukul 5... aku terdengar ada murid lelaki seperti mencari kawan mereka yang hilang.. Kelam kabut aku sarung baju dan tudung mana yang sempat. Sekali bila aku dah keluar rupanya murid perempuan yang sengaja mengecohkan keadaan sedangkan kawan mereka yang disangka hilang tu ada dalam bilik air.

Alang-alang dah bangun terus aku kejutkan semua sekali untuk ambil wuduk dan sedia untuk solat subuh...Bila dah kumpul dalam surau mulut masing-masing masih tak berhenti bercakap. Aku dan liza pun suruh berzikir sampai la ustaz datang untuk mengimamkan solat subuh.

Lepas solat subuh, terus arahkan semua murid bersedia untuk senaman pagi. Sampai ke saat tu aku masih tak nampak seorang pun fasilitator. Sehinggalah senaman pagi selesai. Baru la datang seorang pembantu dan arahkan murid bersedia untuk mandi di sungai... Tiada fasilitator perempaun yang aku nampak setakat ni...makanya tugas menyelia murid-murid perempuan tersandar ke bahu aku dan liza...

Lepas mandi murid bersiap pula untuk jungle tracking...laluan untuk jungle tracking ni pun boleh dikatakan agak jauh untuk murid sekolah rendah. dengan aku langsung tak bawa kasut sukan. Nasib baik la yang aku pakai adalah kasut getah yang agak mencengkam...Kalau tidak aku rasa memang aku dah malu beberapa kali dek kerana jatuh tergelincir macam nangka busuk.

Setelah agak lama berjalan, kami berhenti di sebuah kawasan lapang untuk aktiviti memasak dalam buluh. Setelah selesai kami berjalan pulang ke chalet pada pukul 12.30 tengah hari.








Petang selepas solat zuhur dan makan tengah hari pula adalah sesi pertolongan cemas. Dan selepas solat asar dan minum petang murid-murid bermain sayang si buta. Sesi sayang si buta ni aku dan liza tak join pun. Disebabkan penat sangat kami telah tertidur dalam bilik lepas solat asar.


Waktu makan malam untuk hari kedua ni adalah dimasak dalam buluh. Ada ikan keli, ayam, telur, pisang dan nasi goreng. Kecuali nasi goreng....yang lain adalah dimasak dalam buluh. Agak sedap makanan pada malam tu ditambah pula makan di tepi sungai beramai-ramai. Siap ada murid yang bertambah makanan lagi...Lepas makan budak-budak pun masuk tidur. Selepas dah pastikan semuanya ok aku dan liza pun sambung la lepak di tepi sungai. Tak sampai setengah jam dengar bunyi bising dan ada murid perempuan datang menangis-nangis...dan waktu tu aku telahpun menjadi ahli pecut secara tak langsung. Berlari ke asrama murid perempuan...rupanya ada yang semput...keadaan agak mencemaskan juga la...namun alhamdulilah selepas beberapa minit keadaan murid tu kembali ok.

Selepas dah pastikan semuanya selamat...guru-guru dibawa mandi sauna. Indah sungguh saat tu dapat berehat. Dan malam tu dapat tidur dengan nyenyaknya.






Untuk hari terakhir selepas solat subuh, makan dan mandi...sekali lagi murid-murid dibawa jungle tracking. dan aku sendiri sudah tak mempunyai banyak tenaga di hari terakhir ni. Kami bergerak balik ke sekolah lebih kurang pukul 11 pagi...











Ini merupakan pengalaman pertama aku membawa murid mengikuti perkhemahan. Banyak yang telah aku perolehi dan pelajari sepanjanjang 3 hari 2 malam tersebut. Badan adalah sangat penat namun segala pengalaman yang diperolehi mungkin tidak dapat dibeli di mana-mana....


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, October 9, 2009

Hujung minggu bakal dihabiskan bersama murid-muridku


Minggu ni sekali lagi aku sibuk...
Sampaikan bersambung ke hujung minggu....
Hari ni aku akan bertolak ke Kuala PAngsun...
untuk perkhemahan unit uniform...
dan akan berada di sana sehingga ahad...
nama je la perkhemahan tapi murid tidur dalam dorm..
manakala cikgu tidur dalam chalet...
Boleh dianggap cuti sambail bekerja fikirku...
kerana sekolah menggunakan khidmat fasilitator luar..
Jadi tugas cikgu di situ hanyalah memantau...
Ahad ada jemputan kahwin salah seorang cikgu SKTM di Jenjarom...
Jika keadaan mengizinkan...insyaallah aku akan menghadirkan diri...
Jika tidak...maaf jua dihulurkan...
Harapnya ini adalah aktiviti terakhir aku di hujung minggu..
sebelum aku menamatkan praktikumku hujung bulan ni....


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, October 7, 2009

Harapnya

B.ed QUT-IPTKL

Penat sangat...
Sungguh...aku tidak sabar nak menghabiskan praktikum...
dan juga sisa masa sebagai seorang pelajar...
Mungkin dunia sebenar sebagai guru lebih mencabar...
Namun aku masih berharap sisa masa yang ada ni cepat berlalu...
yang paling penting sekarang adalah...
nak habiskan semua tanggungjawab dan tugas yang tinggal sebagai seorang pelajar...
Semakin hampir nak habis semakin aku tidak sabar...
Ya Allah...
Moga perjuangan aku dan rakan-rakan seperjuangan selama 5 setengah tahun ni akan diakhiri dengan sesuatu yang terbaik untuk kami....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, October 6, 2009

Semoga berjaya


Esok dah mula peperiksaan PMR..
Tahun ni aku ada beberapa orang sepupu..
yang akan ambil PMR...
4 orang ke 5 orang aku dah lupa..
banyak sangat sepupu...
Lupa plak aku nak tanya persiapan masing-masing masa raya hari tu...
maklum la sibuk sangat beraya...
Jadi di kesempatan ni aku nak mengucapkan semoga berjaya
kepada semua adik-adik sepupu aku
Dan juga kepada semua calon PMR 2009...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Cuci the Muzikal


Aku dah berjaya dapat tiket Cuci the muzikal setelah kali kedua ke Istana Budaya untuk mendapatkannya... Tidak sabar mahu menonton pementasannya nanti...
Bersama 7 orang lagi rakan-rakan..

Pementasannya dalah dari 23 Oktober hingga 8 November...
dan kami memilih 30 Oktober...
Tarikh di mana berkemungkinan akan menjadi hari terakhir praktikum kami..

Membuatkan aku lagi tidak sabar....
Tidak sabar mahu menghabiskan keletihan sepanjang menjalani praktikum ni...
Dan teater ni akan aku anggap sebagai hadiah kepada kepenatan aku itu...
Mungkin juga teater ni menjadi teater terakhir kami sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing nanti... Tapi harapnya tidaklah....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, October 3, 2009

Minggu yang penat

Amali solat Kem Bestari Solat


Minggu ni adalah minggu yang paling memenatkan rasanya. Kenapa minggu ni menjadi minggu yang paling memenatkan?? Sebabnya adalah kerana
  1. Hari ahad baru balik dari kampung...jadi isnin menjadi hari untuk mengembalikan mood setelah bercuti hari raya...
  2. Rabu, khamis dan jumaat adalah hari observation oleh pensyarah dan guru pembimbing...
  3. Hari rabu mungkin menjadi hari paling melucu dan mencuakkan sepanjang praktikum kerana aku dikunci dalam blok sekolah dengan pensyarah kerana turun lewat lepas habis observation...Nasib baik penyelia petang belum balik....agaknya diingatnya semua cikgu dah turun...
  4. Selain itu, hari rabu juga aku dah terpacak di sekolah pukul 10 pagi kerana ada kokurikulum....
  5. Aku berpuasa enam...walau penat tapi seronoknya adalah waktu sangat pantas berlalu dek kerana kesibukan aku di sekolah...
  6. Hari khamis pensyarah datang observe pendidikan jasmani yang mana aku sangat penat menjerit di padang nan luas itu...rasanya seperti rumput-rumput dan pokok di padang boleh jadi pekak dek jeritan aku....padahal murid aku boleh buat tak dengar dengan jeritan aku yang bagai nak putus urat kerana kenakalan mereka itu....
  7. Hari jumaat aku ada dua kelas masing-masing dua waktu dan setengah jam kelas relief...selalunya jumaat aku takkan ada relief....
  8. Hari ni iaitu sabtu pula...aku ke sekolah lagi...untuk Kem Bestari Solat.....
  9. Lepas balik dari Kem Besteri solat...aku ke Istana Budaya...niatnya nak membeli tiket Cuci The Muzikal...malangnya orang yang menjual tiket baru je balik...yang ada hanya orang yang menjual tiket teater GAMAT...itu pun kerana pementasan masih berjalan pada hari ni....terpaksa la datang semula hari isnin ni...
  10. Ahad??? Hari aku nak berehat dan menyiapkan kerja berkaitan sekolah....

Pameran di Istana Budaya


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.