Tuesday, November 2, 2010

Ilmu yang berguna

Bismillahirahmanirahim...

Saat ini aku masih lagi berkursus di Hotel Seri Malaysia Mersing. Alhamdulilah telah masuk hari kedua dan hanya tinggal sehari sahaja lagi iaitu esok sebelum kursus tamat. Syukur kerana penginapan dan kemudahan yang disediakan di sini adalah sangat selesa. Terasa seperti bercuti pula di sini. Sudahlah tempatnya tepi laut, dapat penginapan yang selesa dan makanan yang sedap.

Selain itu, ilmu yang diperolehi sepanjang kursus setakat ini juga insyaallah amat berguna untuk aku gunakan dalam pengajaran aku nanti. Memandangkan aku yang merupakan guru opsyen Kemahiran Hidup yang mengajar Bahasa Melayu maka kursus ini dirasakan dapat memberikan ilmu baru untuk aku. Harapnya aku akan terus diberikan peluang untuk belajar dan menimba ilmu dan pengalaman.

p/s: Cuti sempena Deepavali 3-7 NOvember

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

3 comments:

  1. moga kursus kali ini menggembirakan dan dapat pengalaman dan ilmu yang dapat dimanfaatkan dalam p&p...salam ziarah

    ReplyDelete
  2. sambil b'kursus, sambil coti2 m'sia. sambil menyelam minum air, gitu..! ;)

    ReplyDelete
  3. salam...first nak tanya kat mana nak cari buku rujukan utk robotics ni?

    kedua,,,jom jemput layari blog saya
    http://kanzaenterprise.blogspot.com

    tahniah cikgu...saya jaga budak2 sek menengah lagi pening kpala....sabar jer la insan bernama guru...

    ReplyDelete