Tuesday, March 10, 2009

Doa si sepet yang makbul

Kisah teladan yang dipetik dari sebuah laman web

Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.

MORAL & IKTIBAR
  • Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.
  • Kehendak Allah mengatasi segala.
  • Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah.
  • Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya.
  • Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.
  • Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, March 8, 2009

Maulidur Rasul


Esok, 9 Mac bersamaan 12 Rabiulawwal 1430 merupakan Hari Keputeraan Rasullulah s.a.w. atau lebih dikenali sebagai Hari Maulidur Rasul. Di Malaysia Maulidur Rasul disambut dengan mengadakan perarakan, syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Selain itu 12 Rabiulawal setiap tahun juga telah diisytiarkan sebagai cuti umum. Tujuan sambutan Maulidur Rasul diadakan adalah untuk untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Semoga dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kita kepada baginda serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangan baginda. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430 KEPADA SEMUA UMAT ISLAM



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, March 7, 2009

Hujung minggu yang panjang

Hari jumaat tak de kelas...
Hari isnin pula cuti Maulidur Rasul...
Maknanya 4 hari cuti...
Nak balik kampung tak berbaloi
kerana minggu depan dah mula cuti sekolah seminggu..
Jadinya...aku hanya memerap di asrama...
Nasib baik hari jumaat dah digunakan untuk berjumpa sepupuku..
Hari ni plak diisi dengan menonton movie...
Dan mencantikkan baju kurungku dengan manik-manik..
Tinggal lagi dua hari untuk dihabiskan..




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, March 5, 2009

Kelakar atau pelik?

Signboard atau papan tanda ni rasa korang kelakar atau pelik. Tapi agak melucukan jugak la klu dibaca dan difahami betul-betul...












.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, March 4, 2009

Usah Hirau Kerenah Manusia

Kisah yang dipetik dari sebuah laman web

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung".

Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."

Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."

Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!"

Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."

MORAL & IKTIBAR
  • Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang
  • Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.
  • Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.
  • Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, March 3, 2009

Indahnya menjadi bayi...


Alangkah indahnya hidup seorang bayi..
lahir ke dunia tanpa setitik dosa dan noda...
ibarat kain putih yang suci bersih...
anugerah Allah yang tak terhingga...
kepada kedua ibu dan bapa...



Alangkah indahnya hidup seorang bayi...
Kala lapar menangis hiba...
pasti ada yang menghulur makanan...
buat mengisi perut yang lapar..



Alangkah indahnya hidup seorang bayi...
Wajah comel ditatap semua...
tanpa jemu tanpa paksa...
menjadi kesayangan setiap hamba...



Alangkah indahnya hidup seorang bayi...
Kala duka didakap mesra..
dipeluk ibu dan juga bapa..
dibelai manja menangkis duka...


Alangkah indah menjadi bayi...
Tak perlu memikir tipu daya dunia..
Serta permainan manusia...
yang mungkin dusta belaka...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, February 27, 2009

Jom menonton wayang


Hari ni akhirnya dapat juga menonton filem Geng: Pengembaraan bermula walaupun filem ni dh ditayangkan selama 2 minggu dan mungkin ada yang dah menonton dua kali pun. Bukan kerana tiket habis atau ape... Tapi kerana banyak sangat kekangan... Sejak filem ni ditayangkan asyik dengar semua orang bercerita je tentang keseronokan menonton filem animasi pertama Malaysia ni...dalam hati memang dah tak sabar-sabar nak menonton sendiri. Alhamdulilah hari ni berjaya juga menonton.. Filem geng ni adalah filem animasi yang buat julung kalinya aku tengok di panggung. Mungkin yang membuatkan keterujaan aku untuk menonton adalah kerana filem ni adalah hasil usaha anak tempatan. Selain itu filem ni melibatkan watak Upin dan Ipin dimana aku rasa ceritanya diikuti oleh kebanyakan daripada penonton televisyen ketika mula disiarkan pada bulan Ramadhan. Salah satu strategi promosi yang berjaya menarik penonton yang suka akan keletah Upin dan Ipin untuk terus menonton filem pula. Filem ni memang banyak unsur komedi yang berjaya membuat penonton ketawa. Ditambah pula dengan unsur suspen yang juga berjaya. Keseluruhannya boleh dikatakan filem ni sangat berjaya dan diharapkan juga akan ada lagi produk sebegini dari hasil usaha anak tempatan.




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.