Friday, February 6, 2009

Madu dibalas tuba

Kata pepatah buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali mungkin perlu disematkan dalam fikiran sebaik-baiknya kerana kadang kala kebaikan yang kita taburkan namun kejahatan yang akan orang lain nampak. Sebagai manusia kita mungkin tidak sanggup melihat seorang yang dalam kesusahan yang datang kepada kita pulang dengan hampa tanpa apa-apa bantuan daripada kita. Kita akan seboleh mungkin akan membantu sekadar yang mampu. Namun dalam pada kebaikan yang diberikan masih ada yang tidak berpuas hati atau marah. Sebagai manusia biasa kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang dalam satu masa. Manusia yang diberi pertolongan juga kadang kala membalas madu yang telah diberikan dengan balasan tuba atau racun yang sangat mampu membunuh. Mungkin manusia seperti ini boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Jika tidak berkemampuan untuk membalas kembali dengan kebaikan cukuplah sekadar ingatan tentang kebaikan tersebut disematkan difikiran mereka. Bagi aku manusia seperti ini sebenarnya lebih bisa dari ular kerana mereka ini tanpa kita sedari akan menikam kita dari belakang. Sebagai langkah berhati-hati elakkanlah diri dari golongan seperti ini dan simpanlah kebaikan kita untuk orang yang lebih memerlukan dan mengenangnya dari mencurahkan kebaikan kepada golongan seperti ini.


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

2 comments:

  1. ya betul tu pqah. Aku stuju dgn pendapat ko tu. Manusia ni ada mcam-macam jenis y allah ciptakan. Terpulanglah kpd mereka apa jenis manusia yang mereka nak jadi. Org baik, jahat, busuk hati & mcm2 lg.

    Anyway, bleh bg cadangan tak? Ko nye wording kt blog ni, ade yang susah untuk dibaca kerna warnanya ya= tidak sesuai. Hrp dpt betulkan. Snang skit nak bc.

    ReplyDelete
  2. terima kasih utk cadangan ko tu...nnt ak akan betulkan...

    ReplyDelete