Wednesday, March 25, 2009

Dilema posting

Amat sukar sekali membuat keputusan terutama sekali apabila keputusan tersebut bakal melibatkan orang lain. Bukan hanya perlu memikirkan diri sendiri tetapi juga orang-orang yang terlibat. Memandangkan tahun ni merupakan tahun akhir pembelajaran aku di maktab, jadinya sudah tentu aku perlu memikirkan tempat atau negeri untuk posting. Mungkin ada yang berkata tak semestinya kita akan mendapat negeri yang kita pilih, namun sekurang-kurangnya aku telahpun berusaha. Yang lain-lainnya berserah dan tawakal saja. Dalam hal posting ni aku perlu memikirkan mak dan abah kerana sebagai anak sulung sudah tentunya aku punya tanggungjawab terhadap keluarga. Kiranya aku diposting ke Sabah Sarawak, aku memikirkan bagaimana jika sakit atau demamnya mereka kerana mereka semakin tua dan berusia. Tentunya sukar untuk pulang walaupun dengan adanya AirAsia 'Everyone can fly'. Namun aku redha andainya aku dihantar ke sana nanti kerana sebagai kakitangan kerajaan aku perlu terima keputusan itu....bak kata pak njangku yang juga seorang guru. Selain itu rasanya aku pun belum cukup kuat mental dan fizikal untuk hidup terlalu jauh di perantauan di Malaysia timur sana. Akhirnya, hasil dari perbincangan dengan keluarga aku membuat keputusan untuk mengisi Perak sebagai negeri pilihan. Moga pilihan aku ini adalah yang terbaik untukku dan diperkenan oleh-Nya. Amin.



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

5 comments:

  1. ooo, tgh tunggu posting ek?

    mst berdebar kan? :)

    ReplyDelete
  2. actually bkn tgh tunggu posting...
    br dok isi borang posting...hehehe..

    ReplyDelete
  3. moga itulah pilihan yang paling tepat. saya doakan semoga semuanya berjalan lancar... hehehhee...

    ReplyDelete
  4. wah! kalo kat perak, bley la kite datin'2 nnti, ek! ;)

    ReplyDelete
  5. ~saya---> thank for the pray..really appreaciate it ;-)

    ~areleez--->blh saje nk datin'2...tp doakan saya dpt negeri pilihan ye

    ReplyDelete