Sunday, March 29, 2009

Ramai guru sakit jiwa


Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental


Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan erdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga bole membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerengah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

(Dipetik dari akhbar Kosmo)


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

3 comments:

  1. aduhh risau gak jd gini .. MIL, SIL , BIL kebnykannya guru2 pendidik .. anak2 murid zaman nie .. mencabar kot .... ;-)

    ReplyDelete
  2. hehehhe..kerja apa pon kalo tak ditangani dengan baik mmg boleh mendatangkan sakit jiwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  3. ~kak diana-->btl tu...skrg ni perangai anak murid dah macam2..

    ~saya-->betul tu...
    tapi yang lebih terdedah adalah guru kerana perlu bekerja dengan manusia yang mempunyai 1001 perangai di samping tugasan yang seperti seorang kerani ;-)

    ReplyDelete