Thursday, November 6, 2008

Mengisi kebosanan PArt 2

Hari ni sekali kali dek kerana kebosanan, aku dan 3 lagi rakanku iaitu, Liza, Hasliza and Warul decide untuk main bowling....patutnyer semalam tapi tunda ke hari ni...kami telah menerjah Ampang Superbowl di Times Square....sebelum main ktorg sempat makan di food court times square....lepas dah kenyang and dapat tenaga....baru gerak untuk main....since ktorang dh lama tak main bowling..so decide la untuk main dua game....but lenguh jgak la tangan nak habiskan dua game tu....masuk game ke-2...prestasi masing-masing dah menurun....hehehehe.....game pertama aku menang......hahahaha......kononnyer mcm terror je main....game kedua telah dimenangi oleh Hasliza.....whatever....kalah ke menang ke....yang penting adalah ktorg enjoy.....banyak jugak gelak ketawa especially bila banyak balingan yang masuk longkang.....lepas jer habis main ktorg jalan-jalan sekejap then terus balik....x sempat nak buang masa lama-lama kt Times Square tu since ktorg ade meeting plak untuk Bakti Siswa petang tu....kalau tak...memang lama lagi la melepak kat situ....xpe la...lain hari time boring ktorg datang lagi....

lieza and warul (warul selaku photographer tak rasmi coz die die tak nak main)


tiga bowler beraksi... liza,hasliza and me



gaya seorang bowler ;-p



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

22 tahun dulu

Tanggal 6 november.... 22 tahun dulu tepat jam 10.30 pm, lahirlah aku puteri sulung buat penyeri ayah dan ibu....merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Allah buat Mohd Yusof dan Umi Kalsom....padaku disandarkan harapan agar aku akan menjadi contoh kepada adik-adikku kelak.....oleh itu asuhan demi asuhan...didikan serta belaian kasih sayang diberikan....diajarkan segala kepayahan dan kesusahan agar aku menjadi anak yang bersyukur...



Begitu pantas masa berlalu....kini genaplah usiaku 22 tahun....Alhamdulilah...berkat didikan dan asuhan dari kedua orang tuaku...aku berada di tahap seperti sekarang....terima kasih buat keduanyer kerana telah berjaya mendidik dan mengasuhku..... Walaupun usiaku telah menjangkau 22 tahun...perhatian mereka tidak pernah pudar terhadapku....masih terasa kehangatan kasih sayang mereka....moga aku dan kedua ibu bapaku dipanjangkan usia agar dapat kucurahkan segala bakti....Syukur dipanjatkan juga ke hadrat Allah s.w.t kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini.....untuk menyambut hari lahir ke 22.....tanpanya siapalah aku insan yang serba kekurangan ini....





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, November 4, 2008

Mengisi kebosanan


Dah beberapa hari ni asyik buat aktiviti yang sama je setiap hari...bangun tido, makan, tgk movi, tido...so untuk mengisi kebosanan me n my rumate decide la untuk kuar hari ni...tujuan utama adalah untuk menyelesaikan bil broadband...but dah alang-alang kuar tu ktorg pn decide la untuk tgk wayang di times square....x byk pilihan movie untuk ditonton...xtau nak tgk movi ape...but last2 lpas pening2 pikir...ktorg pn decide la untuk tgk "Bangkok Dangerous"...not bad la cite ni...at least dapat mengubat kebosanan kami berdua....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, November 3, 2008

Jiwa Kebosanan

Hattanyer apabila assignmnet telah berjaya disiapkan...
Aku berasa amat bahagia....
NAmun Kebahagiaan itu hanyalah sementara....
KErana sekarang ini aku dalam kebosanan...
Tidak tahu ape yang perlu dilakukan...
terutama sekali apabila masih berada di dalam sangkar ini....
Ketika orang lain sibuk mentelaah untuk peperiksaan...
Aku termanggu-manggu...
Xtau ape yg perlu dilakukan...
Segala mcm movie telah ditonton...
Ape lg yg belum aku lakukan untuk menghilangkan kebosanan...
Namun hati kecilku tetap mengucapkan syukur dengan keadaan ini...
Dengan takdir aku ditempatkan dalam kursus ini...
Tambahan apabila melihat orang lain masih berhempas pulas...
Sedangkan aku sudah mampu untuk tersenyum dengan kelapangan ini....
Kepada rakan-rakan yang akan menjalani peperaiksaan...
Selamat menempuh peperiksaan dan semoga berjaya!!!

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, November 2, 2008

Bersyukurlah

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.
Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.
Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu.
Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, November 1, 2008

Quote

Education is what remains after one has forgotten everything he learned in school
-Albert einstein-
Imam al-Ghazali berkata:
"RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa."


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Aduhai November

November menjengah lagi...
Aku gembira....
Kerana November membawa bersama detik gembira...
Juga membawa bersama permulaan cuti...
Indahnya bersama November...
tidak dapat diungkapkan dengan kata....
Kuharapkan Yang Maha Esa akan memanjangkan usiaku...
untuk terus bersama November....
~Amin~





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.