Sunday, May 17, 2009

Dugaan menguji ketabahan

Hari jumaat tayar motor pancit ketika kami sudah separuh perjalanan ke sekolah..... Terpaksa la menyusahkan praktikum mate kami yang mungkin ketika itu baru jer tiba di sekolah..... terpaksa la die berpatah balik untuk mengambil kami dengan keretanya.....Sebelum tu dia dah menolong beritahu guru besar (GB) yang kami lambat sebab tayar motor pancit.... Oleh sebab dah lambat...terpaksa tinggal motor kat tepi jalan dulu....lepas solat jumaat baru settle kan motor tu dengan sekali lagi menyusahkan praktikum mate kami....


Memang tu antara dugaan sepanjang praktikum yang telah kami lalui....sebelum ni dah pernah basan kuyup ketika pulang dari sekolah....dan dah tiga kali jugak pergi sekolah dalam keadaan hujan.... mungkin ni dugaan untuk menguji ketabahan hati seorang bakal guru seperti kami....mungkin dugaan-dugaan ni tak besar jika nak dibandingkan dengan guru-guru yang terpaksa meredah sungai dan rimba untuk mendidik..... harapnya kami akan selalu mengingati saat kesusahan ni walau setelah mengecapi kemewahan agar kami tak lupa diri.....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru






Selamat hari guru kepada semua warga pendidik....terutama guru-guru dan pensyarah yang pernah mendidik aku sehingga bakal bergelar seorang guru.... juga kepada rakan-rakan yang sedang menjalani praktikum yang hampir sampai ke penghujung....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, May 13, 2009

Saya sukaaaa

Kata-kata yang boleh dijadikan panduan untuk menyedar dan memotivasikan diri

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk
menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-
kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

“Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.”

“Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul.”

“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, May 12, 2009

Diari praktikum: Komen pensyarah pembimbing

Minggu lepas adalah minggu yang penuh dengan kesibukan untuk aku...sebabnyer....3 hari aku ade observation oleh pensyarah pembimbing.... untuk subjek major, Kemahiran Hidup dan jugak minor aku, Matematik.....agak tertekan sikit la...tapi nasib baik aku masih boleh handle......aku anggap observation tu adalah salah satu langkah untuk aku mengetahui kelemahan dan kekuatan aku seterusnya memperbaiki mana-mana yang perlu.....

Untuk ketiga-tiga observation tu...alhamdulilah aku menerima komen yang agak positif dari pensyarah......cuma ade beberapa aspek yang masih aku perlu beri perhatian dan perbaiki..... aku bersyukur dapat pensyarah yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar terutama sekali matematik..... ye la dah la tak da pengalaman ajar matematik....then kena ajar dalam English plak.... tergapai-gapai jugak la.....


Minggu ni agak rilek sikit....sebabnyer peperiksaan pertengahan tahun akan bermula 13/5 - 19/5...... jadi tiada observation selama seminggu.....



Komen untuk observation pertama...KH

Komen observation kedua...KH


Komen observation subjek minor...matematik


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, May 10, 2009

Selamat hari ibu






Anda perlu membaca...sebesar mana pengorbanan anda kepada ibu anda....sebagai renungan bersama:

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak



Selamat hari ibu kepada my mom...

dan juga semua ibu, mama, mummy, mak, umi dan ami


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Selamat bertunang

Semalam aku sempat menghadiri majlis pertunangan kawan aku yang sama-sama belajar di sekolah teknik dulu...nama kawan aku tu...Aida... rumahnya kat Ampang...dekat je dengan sekolah tempat aku buat praktikal...jadi dah alang-alang dekat... aku lapangkan jugak masa untuk pergi....walau sebenarnya aku ada banyak kerja bertimbun.... tak pe la...bukan selalu pun kan....


Aku sampai rumah Aida agak awal...dalam pukul 10.45 pagi macam tu.... rancangannya dia akan bertunang lepas zohor.... aku saje jer gi awal....takda la ramai sangat orang masa tu.... aku pun tak segan...dah la gi sorang-sorang.... sampai je aku kat umah dia....mak dan sedara mara dia tengah masak kat depan rumah....aku pun salam dengan mak dia.... mak dia langsung tak cam aku....bila Aida bagitau baru dia perasan.... sebabnya???.... kata mak Aida aku dah kurus berbanding masa aku jumpa dengan dia beberapa tahun dahulu.....hehehehe....ye ke??


Oleh kerana aku sampai awal....jadinya aku jadi peneman Aida la....teman dia make-up dan bersiap.... pihak lelaki plak tibe-tibe sampai awal...jadi sebelum zohor dah mula majlis.... nasib baik aku datang awal.....


Lepas sarung cincin segala.... aku pun terus serbu khemah untuk makan...nasib baik masa ni ada dua orang kawan kolej dia dah datang...aku pun join diorang la....klu tak agak keseorangan aku di situ.... dan masa makan ni...aku telah terjumpa dengan orang yang kalau boleh aku nak elakkan dari jumpa....Actually orang tu tak cam pun aku.....sebabnya peampilan aku pun dah sedikit berubah berbanding dulu.....4 tahun lepas.....tapi disebabkan kepandaian cik Aida....makanya telah membuat orang tu cam la aku.... agak geram aku di situ.... tapi terlajak perahu bolah diundur...terlajak kata???? lu pikir la sendiri...


Lepas makan dan borak-borak kejap...aku pun balik....terima kasih kepada dua kawan Aida yang sudi menghantar aku sampai ke maktab....walau baru je kenal....thak you very much....kepada kawan-kawan yang tak dapat datang tu....layan je la gambar-gambar ni ek....ada banyak lagi...tapi malas aku nak upload...sape-sape nak tengok meh r datang jumpa aku....hehehehe....atau tunggu la Aida upload dalam FS dia....










p/s: SELAMAT BERTUNANG AIDA DAN KAMAL

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, May 9, 2009

Cinta sejati


Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”


p/s: Cinta sejati memang sukar dicari....


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.