Tuesday, January 6, 2009

Permulaan yang baik

Alhamdulilah....aku masih dipanjangkan umur untuk melangkah ke tahun 1430 Hijrah dan 2009 Masihi....masih sempat kiranya untuk mengucapkan selamat tahun baru Hijrah dan Maisihi....dan masih lagi diberi peluang untuk update blog yang dah lama tak diupdate ni....boleh dikatakan 2008 meninggalkan macam-macam nostalgia dan kenangan... tirai 2008 ditutup dengan agak cemerlang kerana alhamdulilah bagi semester lepas aku berjaya mendapat keputusan yang agak di luar jangkaan... alhamdulilah.... Segala pahit dan ranjau yang telah dilalui sepanjang 2008 mahu kutinggalkan jauh kebelakang agar ianya tidak mengganggu langkahku untuk maju di tahun 2009 ini... tirai 2009 dibuka agak baik dengan kejayaan aku lulus dalam ujian memandu kelas D..... Permulaan yang agak baik bagi tahun 2009 namun disambut pula dengan musibah food poisoning....syukur kerana tidak terlalu serius....selain itu aku juga telah kembali ke bumi institut perguruanku untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar....semestinya semester tahun ini menjanjikan lebih cabaran untukku kerana aku bakal menjalani praktikum mengajar....harapnya 2009 akan meninggalkan seribu kenangan manis kerana aku bakal menamatkan pengajianku tahun ini......Moga ditabahkan hati untuk terus mengharungi segala dugaan....Amin...

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

No comments:

Post a Comment