Wednesday, April 1, 2009

Sepetang di Bukit Tinggi

Oleh kerana baru lepas beban assigment, rakan-rakan aku telah merancang untuk terjah ke Bukit Tinggi. Disebabkan rancangan yang mengejut jadi kami gerak ke sana selepas Zohor. Mungkin juga ini akan menjadi aktiviti sempena akan bermulanya praktikum pada 2/4 ni. Mungkin selepas ni masing-masing akan lebih sibuk dengan tugasan-tugasan menyiapkan rancangan mengajar dan alat bantu mengajar. Agak lama juga kami menghabiskan masa di sana. Aku agak seronok dan teruja melihat struktur binaan....cantik. Kami bermula dengan berjalan-jalan di Colmar Tropicale.


Setelah puas bergambar dan rehat jap sambil makan-makan makanan yang dibawa, kami pun gerak ke Japanese Garden. Ternyata nasib kami kurang baik kerana Japanese Garden akan ditutup dalam 10 minit lagi semasa kami tiba. Namun tetap juga kami terjah ke dalam garden tu...dapat la jugak berjalan-jalan dalam 20 minit dan bergambar. Lepas turun dari Bukit Tinggi pula kami telah terjah Seoul Garden di Bangsar...agak kenyang dan sendat perut makanan pelbagai makanan yang dihidang secara buffet...Akhirnya pulang dengan penuh keletihan dan kekenyangan.


Colmar Tropicale






Penjelajah Bukit Tinggi

Japanese Garden



Makan-makan di Seoul Garden

Aktiviti makan yang hampir ke penghujung


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

5 comments:

  1. wau, bestnyer....
    btol btol mcm Disney. HuHuHU
    nk g nk g gak

    ReplyDelete
  2. xajak aku pown..majok r mcm nie..
    isk..isk...isk..

    ReplyDelete
  3. ~beth---> mmg best...bangunan mcm ala2 ada kt luar negara...hehehe...jom cuti-cuti Malaysia...

    ~eazy---> macam mana nak ajak kami pun buat plan last minute tu...xpe2...len kali kt g ek..wat trip satu kelas...hehehe

    ReplyDelete
  4. best yer ke Bkt tinggi nieh .. aman jer rasa ,, cuma fods sana agak mhl sket .. ha..ha.. kalau ramai2 pegi kena siap2 bawak bekal ;-)

    ReplyDelete
  5. ~kak diana---> btl...btl...mmg best..dgn udara yang nyaman..jauh dr segala kebisingan...kami mmg bwk bekalan makanan...

    ReplyDelete