Friday, May 29, 2009

Cuti....yahooooooooooo


Aku akan mula bercuti esok...30/5 hingga 21/6....
Seminggu lebih daripada budak sekolah.....
Leganyer..... dapat berehat sementara menanti untuk menghabiskan semester yang terakhir....
Tambahan lagi apabila baru jer selesai praktikum.....
Aku akan balik kampung esok pagi...
Jadi mungkin selepas ni tiada update selama 3 minggu....
Rumahku di kampung tak de internet.....
So aku ucapkan...SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG BERCUTI....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, May 27, 2009

Diari praktikum: Hari terakhir di SKTM

Hari ni hari terakhir praktikum.....macam-macam benda yang nak kena settle hari ni.... kelas hari ni plak dengan 5 Semangat....kelas terakhir aku dengan diorang....rasa sedih pulak nak tinggalkan diorang..... tiada lagi gelagat diorang mengisi hari-hari aku. selepas ni... Disebabkan kelas terakhir maka tadi tak belajar la budak-budak tu.....nasib baik satu waktu je..... aku menitipkan beberapa pesanan terakhir.... dan jugak bergambar dengan diorng....satu-satunya kelas yang aku takda kelas minggu terakhir ni adalah 5 Tekun....nasib baik sempat masuk waktu praktikum mate yang lain...sempat jugak la bagi hadiah dan menitipkan beberapa pesanan....cuma x sempat nak bergambar dengan murid-urid aku 5 Tekun tu......sebelum balik jumpa GB dan cikgu-cikgu yang memberikan kerjasama yang baik..... ada kesempatan bertemu lagi yeee...Maka tepat jam 12.55 tadi tamatlah sudah praktikum aku untuk semester ini....


girls- 5 semangat

boys-5 Semangat








.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, May 26, 2009

Diari praktikum: Kelas terakhir bersama 5 Karisma

Minggu ni merupakan minggu terakhir praktikum...hari rabu ni akan tamatlah praktikum selama 2 bulan...jadinya semalam adalah kelas KH terakhir bersama 5 Karisma....sedih plak nak tinggalkan diorng...walau macam-macam ragam diorang...ada yang nakal, ada yang mencuit hati dan macam-macam lagi...namun semua tu la yang mengisi hari-hari aku selama 2 bulan ni.... Kelas terakhir ni harus la tak tension-tension sangat....aku siap ajak diorang bergambar lagi....apa-apa pun aku kena la terima setiap pertemuan ada perpisahan.....Moga hari-hari yang berlalu bersama mereka akan menjadi antara detik terindah dalam perjalanan aku menjadi seorang guru....








.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, May 25, 2009

Engku Aleesya Engku Emran

Akhirnya setelah hampir dua bulan.. penantian ramai orang untuk menatap wajah puteri kesayangan Erra dan Engku Emran berakhir pada 23 Mei..... aku sendiri pun antara yang tak sabar nak tengok....bukan sahaja sebab Engku Aleesya adalah anak Erra tapi sebab aku pun memang suka baby.... sebelum ni kalau ada kawan-kawan or sedara yang bersalin aku tak lepaskan peluang untuk pergi melawat dan melihat bayi yang baru dilahirkan tu.....kecomelan seorang bayi tu bisa menambat hati sesiapa sahaja yang melihat....





gambar: Berita Harian dan Harian Metro



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, May 24, 2009

Belajarlah dari asas

Belajarlah dari asas dan beramallah dari asas, nescaya kamu akan menjadi insan yang istiqamah. Amal yang sedikit tetapi berterusan akan melahirkan natijah-natijah yang baik dan bermanafaat...


Aku bertanya: Bagaimana ingin menjadi orang yang dekat dengan Tuhan?
Guru menjawab: Dekatilah Dia...

Aku bertanya: Bagaimana mahu mendekati Dia?
Guru menjawab: Dekatilah apa yang disukaiNya dan tinggalkan apa yang mnjadi kebencianNya......

Aku bertanya: Perlukah seorang hamba mengenal dirinya?
Guru menjawab: Mengenal dirimu itu adalah salah satu cara pengenalan kepadaNya, setiap sesuatu dijadikan berpasangan dan Yang Tidak Dijadikan bertentangan keadaanNya dengan segala yang dijadikan...

Aku bertanya: Perlukah kita berteman dalam pencarian dan perjalanan menuju kepadaNya?
Guru menjawab: Berteman lebih baik dari bersendiri, semoga rohani kamu bertemu dengan rohani yang tidak bertentangan...

Aku bertanya: Bolehkah kita marah?
Guru menjawab: Boleh, kerana ianya fitrah. Cuma, letakkan kemarahan atas tempatnya...

Aku bertanya: Bagaimana mahu meletakkan kemarahan atas tempatnya?
Guru menjawab: Marahlah kerana Dia bukan kerana nafsu.

Aku bertanya: Bukankah marah itu sendiri adalah nafsu, bagaimana mahu marah tanpa nafsu?
Guru menjawab: Itulah dia fitrah, nafsu itu adalah kehendak dan fitrah kita hidup bersamanya atas dasar alat, nafsu itu hanya alat bukan matlamat.

Aku bertanya: Bagaimana mahu mengetahui yang kita marah kerana Allah?
Guru menjawab: Kenalilah nafsu...

Aku bertanya: Bagaimana mahu mengenali nafsu?
Guru menjawab: Tiliklah hatimu dengan ilmu...


diambil dari http://anakmelayu.com

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, May 20, 2009

Sakit tekak


bangun pagi tadi rasa tekak semacam jer....
Sakit tekak la plak....
praktikum dah hampir ke penghujung pun....
minggu ni plak ade observation...
Harapnya ok la suara aku....
Suara tu aset seorang guru.....
Harus la aku minum air masak banyak-banyak....
sebelum ni pun banyak...
tapi sekarang kena lagi banyak....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, May 17, 2009

Dugaan menguji ketabahan

Hari jumaat tayar motor pancit ketika kami sudah separuh perjalanan ke sekolah..... Terpaksa la menyusahkan praktikum mate kami yang mungkin ketika itu baru jer tiba di sekolah..... terpaksa la die berpatah balik untuk mengambil kami dengan keretanya.....Sebelum tu dia dah menolong beritahu guru besar (GB) yang kami lambat sebab tayar motor pancit.... Oleh sebab dah lambat...terpaksa tinggal motor kat tepi jalan dulu....lepas solat jumaat baru settle kan motor tu dengan sekali lagi menyusahkan praktikum mate kami....


Memang tu antara dugaan sepanjang praktikum yang telah kami lalui....sebelum ni dah pernah basan kuyup ketika pulang dari sekolah....dan dah tiga kali jugak pergi sekolah dalam keadaan hujan.... mungkin ni dugaan untuk menguji ketabahan hati seorang bakal guru seperti kami....mungkin dugaan-dugaan ni tak besar jika nak dibandingkan dengan guru-guru yang terpaksa meredah sungai dan rimba untuk mendidik..... harapnya kami akan selalu mengingati saat kesusahan ni walau setelah mengecapi kemewahan agar kami tak lupa diri.....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.