Sunday, May 24, 2009

Belajarlah dari asas

Belajarlah dari asas dan beramallah dari asas, nescaya kamu akan menjadi insan yang istiqamah. Amal yang sedikit tetapi berterusan akan melahirkan natijah-natijah yang baik dan bermanafaat...


Aku bertanya: Bagaimana ingin menjadi orang yang dekat dengan Tuhan?
Guru menjawab: Dekatilah Dia...

Aku bertanya: Bagaimana mahu mendekati Dia?
Guru menjawab: Dekatilah apa yang disukaiNya dan tinggalkan apa yang mnjadi kebencianNya......

Aku bertanya: Perlukah seorang hamba mengenal dirinya?
Guru menjawab: Mengenal dirimu itu adalah salah satu cara pengenalan kepadaNya, setiap sesuatu dijadikan berpasangan dan Yang Tidak Dijadikan bertentangan keadaanNya dengan segala yang dijadikan...

Aku bertanya: Perlukah kita berteman dalam pencarian dan perjalanan menuju kepadaNya?
Guru menjawab: Berteman lebih baik dari bersendiri, semoga rohani kamu bertemu dengan rohani yang tidak bertentangan...

Aku bertanya: Bolehkah kita marah?
Guru menjawab: Boleh, kerana ianya fitrah. Cuma, letakkan kemarahan atas tempatnya...

Aku bertanya: Bagaimana mahu meletakkan kemarahan atas tempatnya?
Guru menjawab: Marahlah kerana Dia bukan kerana nafsu.

Aku bertanya: Bukankah marah itu sendiri adalah nafsu, bagaimana mahu marah tanpa nafsu?
Guru menjawab: Itulah dia fitrah, nafsu itu adalah kehendak dan fitrah kita hidup bersamanya atas dasar alat, nafsu itu hanya alat bukan matlamat.

Aku bertanya: Bagaimana mahu mengetahui yang kita marah kerana Allah?
Guru menjawab: Kenalilah nafsu...

Aku bertanya: Bagaimana mahu mengenali nafsu?
Guru menjawab: Tiliklah hatimu dengan ilmu...


diambil dari http://anakmelayu.com

.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

No comments:

Post a Comment