Monday, February 9, 2009

Memilih atau dipilih

Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi di mana rakyatnya berhak memilih namun dalam sesetengah perkara kita mungkin tidak mempunyai kuasa memilih sepenuhnya.. Sebagai seorang perempuan mungkin kita tidak mempunyai kuasa memilih pasangan sepenuhnya kerana kuasa memilih tersebut adalah sepenuhnya dikuasai lelaki. Mungkin kita hanya boleh menetapkan ciri-ciri pasangan yang kita ingini namun kita mungkin tidak menjadi pilihan lelaki dengan ciri-ciri tersebut. Sesetengah orang pula boleh berkata bahawa jika seorang perempuan telah menemui lelaki yang menepati ciri-ciri untuk menjadi suami yang boleh memimpin keluarga, wanita tersebut boleh mengikut contoh Saidatina Khatijah dan Rasullullah namun sebagai seorang wanita Melayu perkara tersebut adalah agak mustahil.

Oleh kerana trend sekarang di mana ramai wanita berkerjaya masih membujang mungkin membuatkan keluarga atau saudara mara risau jika mempunyai anak dara yang masih tidak mempunyai pasangan. Bagi aku perkara tersebut masih terlalu awal untuk difikirkan kerana walaupun umur memungkinkan aku untuk berkahwin namun aku masih mempunyai perjalanan yang panjang untuk mencapai cita-cita. Namun apabila ke mana saja pergi semua membicarakan tentang hal tersebut, sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan mungkin sedikit sebanyak perkara tersebut akan mengganggu fikiran. Jikalah mencari pasangan semudah membeli ikan di pasar...pastilah masalah tersebut tidak akan wujud.....masalahnya sebagai wanita kita menjadi orang yang dipilih bukan yang memilih.

Mungkin juga ada yang akan berkata wanita terlalu memilih apabila masih tidak mempunyai pasangan. Namun sebagai wanita kita juga masih perlu mencari pasangan yang setaraf agar tidak timbul masalah di kemudian hari kerana perkahwinan bukanlah hanya untuk sehari dua tetapi seumur hidup. Jika sudah terang-terang lelaki tersebut tidak boleh memimpin keluarga dengan baik adakah kita masih perlu menerimanya?? Sebaliknya jika ada lelaki yang menepati ciri namun tidak boleh menerima kita, semestinya kita tidak boleh memaksanya untuk menerima kita sebagai pasangan. Namun sebagai manusia kita perlu percaya jodoh, pertemuan adalah di tangan Allah. Sebagai makhluk dan hambanya kita perlu menerima segala qada' dan qadar-Nya dan percaya segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, February 6, 2009

Madu dibalas tuba

Kata pepatah buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali mungkin perlu disematkan dalam fikiran sebaik-baiknya kerana kadang kala kebaikan yang kita taburkan namun kejahatan yang akan orang lain nampak. Sebagai manusia kita mungkin tidak sanggup melihat seorang yang dalam kesusahan yang datang kepada kita pulang dengan hampa tanpa apa-apa bantuan daripada kita. Kita akan seboleh mungkin akan membantu sekadar yang mampu. Namun dalam pada kebaikan yang diberikan masih ada yang tidak berpuas hati atau marah. Sebagai manusia biasa kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang dalam satu masa. Manusia yang diberi pertolongan juga kadang kala membalas madu yang telah diberikan dengan balasan tuba atau racun yang sangat mampu membunuh. Mungkin manusia seperti ini boleh diibaratkan seperti kacang lupakan kulit. Jika tidak berkemampuan untuk membalas kembali dengan kebaikan cukuplah sekadar ingatan tentang kebaikan tersebut disematkan difikiran mereka. Bagi aku manusia seperti ini sebenarnya lebih bisa dari ular kerana mereka ini tanpa kita sedari akan menikam kita dari belakang. Sebagai langkah berhati-hati elakkanlah diri dari golongan seperti ini dan simpanlah kebaikan kita untuk orang yang lebih memerlukan dan mengenangnya dari mencurahkan kebaikan kepada golongan seperti ini.


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Unic - Ke makam bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria

Wangi berseri puspa kemboja

Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri

Dua nisan terkapar mati

Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat

Mesra kasih bonda menatap

Sedang lena di dalam rahap

Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu

Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami

Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan

Tiada sama bonda melahirkan

Kasih bonda tiada sempadan

Kemuncak murni kemuliaan insan





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Cuti dan Assignment lagi


Agak lama juga aku tak update blog ni. Penuh sawang dah gamaknya. Selain baru balik dari bercuti di kampung aku juga sibuk menyiapkan assigment. Jadi, mood untuk update pn memang tak berapa nak ada. Tentang balik kampung. Apa yang aku buat? Tentunya sepanjang cuti tu aku mengadap assignment. Nasib baik la mak aku bercuti seminggu masa aku balik kampung. Jadi aku tak perlu la buat banyak sangat kerja rumah. Paling tidak pun aku hanya tolong sapu sampah dan kemas rumah atau sidai dan lipat kain. Masak tu ada dalam sekali dua. Lega sikit la rasanya sebab aku boleh tumpukan untuk buat assigment yang agak memeningkan tu. Apa-apa pun sekarang ni dah rasa ringan sikit sebabnya satu assigment dah hantar. Tinggal satu je lagi yang nak kena edia apa-apa yang patut. Actually, dah hantar tapi dipulangkan balik untuk murnikan lagi. Jadinya sempena cuti hujung minggu dan disambung pula dengan cuti thaipusam ni aku masih lagi akan mengadap assignment.



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, January 22, 2009

Cuti dan tugasan


Perkataan cuti merupakan satu perkataan yang mungkin boleh mengubah mood seseorang. Namun jika cuti hadir bersama-sama tugasan, apakah ertinya perkataan cuti lagi kerana ianya mungkin tidak akan memberikan apa-apa makna. Mungkin cuti hanya akan membolehkan aku untuk pulang ke kampung namun tugasan masih lagi perlu aku lakukan. Mungkin aku terpaksa melupakan televisyen dan tidur awal apabila aku pulang bercuti untuk tahun baru cina kali ini. Dan mungkin juga aku terpaksa melupakan beberapa lagi aktiviti yang mungkin boleh dilakukan sepanjang cuti. Tumpuan sepenuhnya harus diberikan untuk menyiapkan tugasan yang bakal dihantar apabila pulang dari bercuti kelak. Mungkin boleh dianggap bebanan namun itulah pengorbanan yang harus aku lakukan demi segulung ijazah yang diimpikan. Mungkin tekanan akan membuat aku berhalusinasi namun aku tidak sepatutnya berputus asa kerana perjuangan aku sudah melebihi separuh jalan. Perjalanan aku di sini bukan hanya untuk menggalas tanggungjawab yang telah disandarkan oleh ibu bapa namun bangsa dan negara. Harapan aku adalah semoga aku terus tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang bakal tiba demi menjadi seorang pendidik yang berguna kepada bangsa dan negara.



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, January 20, 2009

Sesi interview robotic di sekolah

Oleh kerana salah satu assigment dalam subjek robotic memerlukan aku membuat research. Maka dengan rasa berat hati dan terpaksa, aku tlh pn menjalankan interviewh dengan guru robotic daridua buah sekolah pada hari isnin yang lalu bersama-sama 3 lagi ahli kumpulan aku. Kami telah menjalankan kajian di SK Seri Bintang Utara dan SMK Seri BIntang Selatan. Pada fikiran aku kumpulan kami amat bernasib baik kerana guru robotic di SK Seri Bintang Utara merupakan senior kepada salah seorang ahli kumpulan aku. Jadi ini sedikit sebanyak membantu kami dan memudahkan lagi kerja kami. Menjejakkan kaki ke SK Seri BIntang Utara membuatkan aku kagum dengan kemudahan yang disediakan di sana. Walaupun aku mungkin tidak berpeluang melawat seluruh sekolah namun kekaguman itu adalah daripada pemerhatian aku kerana kemudahan di sana mungkin lebih baik dari institut perguruan sendiri yang melahirkan guru-guru.

Sesi interview bersama guru robotic di SK Seri Bintang Utara telah membuka mata kami bahawa robotic hanyalah merupakan kelab di sekolah bukanlah salah satu komponen pelajaran seperti yang kami fikirkan. Oleh itu, robotic masih lagi bukan merupakan salah satu komponen yang berkembang jika ianya hanyalah menjadi salah satu aktiviti ko-kurikulum pelajar di mana waktu untuk mempelajarinya adalah terhad. Bakat dan prestasi pelajar dalam mempelajari robotic hanyalah terhad kepada kelompok kecil yang terpilih dan penilaiannya adalah melalui pertandingan yang diadakan antara sekolah-sekolah yang mendapat peruntukkan pembelajarannya iaitu Lego Mindstrom. Selain itu juga tidak terdapat silibus yang khusus untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga hanya bergantung kepada manual yang telah sedia ada di dalam set lego tersebut. Guru hanya akan mengajar pelajar asas iaitu pemasangan dan penggunaan software. Selebihnya pelajar akan meneroka dan menjelajah sendiri melalui pengalaman dan kreativiti mereka sendiri.

Oleh kerana itu, tidak banyak data yang dapat kami kumpul. Keadaan tersebut juga sama apabila kami melakukan kajian di SMK Seri Bintang Selatan. Kami berjaya mendapatkan temujanji untuk interview guru tersebut adalah di atas bantuan guru robotic yang telah kami interview di SK Seri Bintang Utara. Selagi kami bernasib baik. Mungkin cara pembelajaran bagi robotic ini di SMK Seri Bintang Selatan masih lagi menggunakan pendekatan yang sama seperti di SK Seri Bintang Utara namun kelebihan bagi pelajar di sekolah menengah adalah kerana mereka lebih kreatif dan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada pelajar di sekolah rendah. Dan kerana itu sekolah ini telah memenangi beberapa pertandingan.

Temuramah yang bermula sekitar jam 10.30 di Sk Seri Bintang Utara berakhir pada 1.30 petang di SMK Seri Bintang Selatan. Walaupun data dan maklumat yang dikumpulkan tidak banyak namun ianya akan sedikit sebanyak membantu kami bagi menulis laporan kajian kami nanti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah membantu kami dalam kajian kami ini.

Set lego yang sama digunakan di sekolah


Litar untuk pertandingan


Sesi interview bersama guru robotic SK Seri Bintang Utara


Guru yang bertanggungjawab terhadap robotic di SK Seri Bintang Utara


Sesi interview bersama guru robotic SMK Seri Bintang Selatan

National Robotics Competition (SIlver) 2007 yang dimenangi oleh SMK Seri BIntang Selatan


NAtional Robotic Competition 2007 (Gold) yg tlh dimenangi oleh SMK Seri BIntang Selatan


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, January 19, 2009

Misi yang telah berjaya

Semalam akhirnya setelah beberapa kali misi gagal, akhirnya dapat juga aku mengumpulkan beberapa org dormate yg sgt rapat dengan aku ms di sekolah teknik dl...aida, elia and tiqah....ak plng lama x jmpa elia...dlm 5 thn kot..dia ni plng jauh la kirenyer...skrg kebetulan die wat praktikal kt kl so dpt la jmpa.....aida plak even dekat je kt pandan indah tapi dh 2 thn xjmpa....minah ni skrg busy dengan kerjaya and impian membina keluarga x lama lg kot...hehehe...tiqah plak sthn jgak la even die blajar kt UM je pn....plannyer berkumpul di mid pkl 11.30.....tapi ak org yg pertama sampai pd pkl 11.45.....tunggu sorg2 akhirnya pkl 2 br dpt kumpul 3 org...
Then gerak gi kajang di mana aida tgh menunggu dengan kete di sana sbbnyer ari ahad die kn keje kt kajang.....ktorg smpai di kajng lebih kurang pkl 3.15 bersama perut yang lapar....smpai2 jer terus gerak ke alamanda untuk makan....smbil makan sembang2 and mengimbau balik kenangan zaman sekolah dl....rs mcm nk kembali ke alam persekolahan plak....walaupun masing2 dh ade jalan masing2 tapi bl jmpa masih sama mcm dl...happening and gila2.....really enjoy this moment wif them.......lama jgak la spend time dgn diorg ari ni...even kena tunggu lama kt mid tu...tapi berbaloi la dgn keseronakan jmpa dgn diorg ni....release segala tension aku yg tgh tension dgn dua research paper aku sem ni....lepak and jalan-jalan kt alamanda...then ktorg dihantar pulang sorg2 oleh cik aida yg berkereta....

elia, me, tiqah and aida













.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.