Thursday, April 2, 2009

Diari praktikum: Telah bermula detiknya

Aku seorang guru

Hari ni dengan rasminya telah bermula praktikum atau internship bagi semua pelajar B.ed-QUT IPTKL yang akan berjalan selama 8 minggu atau
dua bulan. Maka pagi tadi aku telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang. Jaraknya dari institut tidaklah berapa jauh...lebih kurang 15 minit perjalanan dengan motosikal.

Hari pertama di sekolah ternyata memberikan aku 'first impression' yang sangat positif terhadap sekolah ni....Ternyata kedatangan kami disambut dengan senyuman mesra warga sekolah...ditambah pula dengan keramahan pihak pentadbiran yang tanpa ragu-ragu menawarkan bantuan jika kami mengalami sebarang kesulitan sepanjang berada di sekolah tersebut. Ini mmbuatkan hari pertama memberikan aku keselesaan untuk berada di sana...



Hasil dari perbincangan dengan PK Pentadbiran, aku t
elah diberikan 4 waktu kelas Kemahiran hidup dan 7 waktu kelas Matematik...ini agak terbalik daripada sepatutnya di mana aku sepatutnya mengajar 8-10 waktu bagi Kemahiran Hidup dan hanya 1-2 waktu bagi Matematik atau PJ. Dek kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dimana sekolah ini mempunyai dua sesi dan terdapat juga beberapa cikgu praktikum...maka waktu yang boleh diambil oleh aku dan rakan-rakan agak terhad...maka kami menerima apa yang telah diberikan ini dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif...

Cabaran bagi aku adalah terhadap subjek Matematik di mana aku telah diberikan kelas paling hujung kerana hanya itu yang tinggal buat sementara waktu ni...mula-mula agak gentar la jugak dengan pengalaman mengajar yang masih cetek...namun aku terima ini sebagai salah satu proses pembe
lajaran.....mungkin ada hikmah disebaliknya.....aku mungkin akan dapat tukar kelas lain apabila cikgu praktikum yang ada sekarang di mana majornya adalah Matematik habis pada 17/4...harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar....


Hari pertama telah berakhir dengan jayanya...moga hari-hari yang bakal dilalui seterusnya akan terus disinari dengan kejayaan....jika berkesempatan akan kucoretkan pengalaman praktikum ku di sini...jika tidak terpaksa la aku membiarkan blog ni bersawang buat sementara waktu sehingga adanya waktu untuk mencoret itu....


Selamat menjalani praktikum dan semoga menjadi guru yang terbaik dan cemerlang kepada semua rakan-rakan




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, April 1, 2009

Sepetang di Bukit Tinggi

Oleh kerana baru lepas beban assigment, rakan-rakan aku telah merancang untuk terjah ke Bukit Tinggi. Disebabkan rancangan yang mengejut jadi kami gerak ke sana selepas Zohor. Mungkin juga ini akan menjadi aktiviti sempena akan bermulanya praktikum pada 2/4 ni. Mungkin selepas ni masing-masing akan lebih sibuk dengan tugasan-tugasan menyiapkan rancangan mengajar dan alat bantu mengajar. Agak lama juga kami menghabiskan masa di sana. Aku agak seronok dan teruja melihat struktur binaan....cantik. Kami bermula dengan berjalan-jalan di Colmar Tropicale.


Setelah puas bergambar dan rehat jap sambil makan-makan makanan yang dibawa, kami pun gerak ke Japanese Garden. Ternyata nasib kami kurang baik kerana Japanese Garden akan ditutup dalam 10 minit lagi semasa kami tiba. Namun tetap juga kami terjah ke dalam garden tu...dapat la jugak berjalan-jalan dalam 20 minit dan bergambar. Lepas turun dari Bukit Tinggi pula kami telah terjah Seoul Garden di Bangsar...agak kenyang dan sendat perut makanan pelbagai makanan yang dihidang secara buffet...Akhirnya pulang dengan penuh keletihan dan kekenyangan.


Colmar Tropicale






Penjelajah Bukit Tinggi

Japanese Garden



Makan-makan di Seoul Garden

Aktiviti makan yang hampir ke penghujung


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, March 29, 2009

Ramai guru sakit jiwa


Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental


Bebanan kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan erdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga bole membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerengah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

(Dipetik dari akhbar Kosmo)


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, March 25, 2009

Dilema posting

Amat sukar sekali membuat keputusan terutama sekali apabila keputusan tersebut bakal melibatkan orang lain. Bukan hanya perlu memikirkan diri sendiri tetapi juga orang-orang yang terlibat. Memandangkan tahun ni merupakan tahun akhir pembelajaran aku di maktab, jadinya sudah tentu aku perlu memikirkan tempat atau negeri untuk posting. Mungkin ada yang berkata tak semestinya kita akan mendapat negeri yang kita pilih, namun sekurang-kurangnya aku telahpun berusaha. Yang lain-lainnya berserah dan tawakal saja. Dalam hal posting ni aku perlu memikirkan mak dan abah kerana sebagai anak sulung sudah tentunya aku punya tanggungjawab terhadap keluarga. Kiranya aku diposting ke Sabah Sarawak, aku memikirkan bagaimana jika sakit atau demamnya mereka kerana mereka semakin tua dan berusia. Tentunya sukar untuk pulang walaupun dengan adanya AirAsia 'Everyone can fly'. Namun aku redha andainya aku dihantar ke sana nanti kerana sebagai kakitangan kerajaan aku perlu terima keputusan itu....bak kata pak njangku yang juga seorang guru. Selain itu rasanya aku pun belum cukup kuat mental dan fizikal untuk hidup terlalu jauh di perantauan di Malaysia timur sana. Akhirnya, hasil dari perbincangan dengan keluarga aku membuat keputusan untuk mengisi Perak sebagai negeri pilihan. Moga pilihan aku ini adalah yang terbaik untukku dan diperkenan oleh-Nya. Amin.



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, March 24, 2009

Earth Hour


Misi utama kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran untuk mengurangkan pemanasan global. Marilah bersama kita memberikan sokongan terhadap usaha murni ini. Semoga dengan sokongan kita yang mungkin kecil ini akan menyelamatkan bumi...yang perlu kita lakukan hanyalah menutup lampu-lampu dan peralatan elektrik yang mungkin tidak diperlukan pada waktu tersebut hanya selama sejam...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Kembali kepada rutin seorang pelajar


Setelah seminggu bercuti aku kembali semula ke institut untuk memulakan rutin harian sebagai seorang pelajar. Semalam satu assignment telah pun selamat dihantar...alhamdulilah. Sekarang ni tinggal satu lagi assignment...Memandangkan kelas pun dah tak ade... jadinya aku akan punya banyak masa untuk menyiapkan assignment tersebut. Tambahan pula assignment kumpulan...ringan sikit la beban kerja. Selain itu...aku juga sekarang ni sedang membilang hari untuk memulakan praktikum mengajarku ataupun internship...segala macam perasaan timbul dalam diri.....segalanya berbaur-baur....harapnya aku akan dapat menghadapinya dengan tenang dan berjaya....


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, March 13, 2009

Selamat bercuti


Hari ni aku akan balik ke kampung... Kerana cuti sekolah selama seminggu akan bermula esok... Jadi aku akan meninggalkan sebentar kesesakan Kuala Lumpur... Untuk menikmati ketenangan dan kedamaian kampung... Mungkin untuk merehatkan sebentar fikiran... Dan menyiapkan tugasan yang bakal dihantar selepas bercuti... Selain melakukan beberapa perkara wajib apabila balik ke kampung... Aduh...sungguh tak sabar rasanya mahu berada di kampung.... Nak menatap wajah-wajah kesayangan hamba....

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN YANG BERCUTI...





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.