Saturday, October 3, 2009

Minggu yang penat

Amali solat Kem Bestari Solat


Minggu ni adalah minggu yang paling memenatkan rasanya. Kenapa minggu ni menjadi minggu yang paling memenatkan?? Sebabnya adalah kerana
  1. Hari ahad baru balik dari kampung...jadi isnin menjadi hari untuk mengembalikan mood setelah bercuti hari raya...
  2. Rabu, khamis dan jumaat adalah hari observation oleh pensyarah dan guru pembimbing...
  3. Hari rabu mungkin menjadi hari paling melucu dan mencuakkan sepanjang praktikum kerana aku dikunci dalam blok sekolah dengan pensyarah kerana turun lewat lepas habis observation...Nasib baik penyelia petang belum balik....agaknya diingatnya semua cikgu dah turun...
  4. Selain itu, hari rabu juga aku dah terpacak di sekolah pukul 10 pagi kerana ada kokurikulum....
  5. Aku berpuasa enam...walau penat tapi seronoknya adalah waktu sangat pantas berlalu dek kerana kesibukan aku di sekolah...
  6. Hari khamis pensyarah datang observe pendidikan jasmani yang mana aku sangat penat menjerit di padang nan luas itu...rasanya seperti rumput-rumput dan pokok di padang boleh jadi pekak dek jeritan aku....padahal murid aku boleh buat tak dengar dengan jeritan aku yang bagai nak putus urat kerana kenakalan mereka itu....
  7. Hari jumaat aku ada dua kelas masing-masing dua waktu dan setengah jam kelas relief...selalunya jumaat aku takkan ada relief....
  8. Hari ni iaitu sabtu pula...aku ke sekolah lagi...untuk Kem Bestari Solat.....
  9. Lepas balik dari Kem Besteri solat...aku ke Istana Budaya...niatnya nak membeli tiket Cuci The Muzikal...malangnya orang yang menjual tiket baru je balik...yang ada hanya orang yang menjual tiket teater GAMAT...itu pun kerana pementasan masih berjalan pada hari ni....terpaksa la datang semula hari isnin ni...
  10. Ahad??? Hari aku nak berehat dan menyiapkan kerja berkaitan sekolah....

Pameran di Istana Budaya


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

No comments:

Post a Comment