Tuesday, October 13, 2009

Pengalaman berharga yang sangat memenatkan

Alkisahnya pada hari jumaat yang lepas, aku dan 80 orang murid tahun 4 dan 5 telah bertolak ke Kuala PAngsun untuk perkhemahan unit uniform. Tapi bukan la perkhemahan dalam erti kata yang sebenar kerana murid-murid tidur dalam asrama.

HARI PERTAMA

Sebaik sampai je kami disambut oleh seorang pakcik yang pada tanggapan aku adalah ketua fasilitator. Lepas sedikit taklimat, murid diarahkan makan, solat dan seterusnya tukar baju untuk aktiviti mandi di sungai. Sehingga saat tu aku masih tak nampak seorang pun fasilitator melainkan pakcik tersebut. Sampailah murid dah siap mandi. Selain daripada pakcik tu...makanya aku dan liza la yang menjaga dan mengawasi murid-murid tu masa mandi. Dah la banyak batu...aku pula yang risau sedangkan murid-murid aku selamba je berdiri atas batu tu...

Malam pula ada night walk...laluan untuk night walk ni boleh aku katakan sebagai agak jauh untuk murid sekolah rendah. Dengan titi yang berlubang...sangat bahaya. Tapi alhamdulilah...tiada sebarang kecederaaan atau kemalangan berlaku sepanjang aktiviti tersebut...

Malam tu...budak-budak tu sangat la bising. Sedangkan masa night walk masing-masing diam membisu sambil mulut terkumat kamit berzikir disebabkan takut.




HARI KEDUA

Tidur aku dikejutkan oleh kekecohan pada pukul 5... aku terdengar ada murid lelaki seperti mencari kawan mereka yang hilang.. Kelam kabut aku sarung baju dan tudung mana yang sempat. Sekali bila aku dah keluar rupanya murid perempuan yang sengaja mengecohkan keadaan sedangkan kawan mereka yang disangka hilang tu ada dalam bilik air.

Alang-alang dah bangun terus aku kejutkan semua sekali untuk ambil wuduk dan sedia untuk solat subuh...Bila dah kumpul dalam surau mulut masing-masing masih tak berhenti bercakap. Aku dan liza pun suruh berzikir sampai la ustaz datang untuk mengimamkan solat subuh.

Lepas solat subuh, terus arahkan semua murid bersedia untuk senaman pagi. Sampai ke saat tu aku masih tak nampak seorang pun fasilitator. Sehinggalah senaman pagi selesai. Baru la datang seorang pembantu dan arahkan murid bersedia untuk mandi di sungai... Tiada fasilitator perempaun yang aku nampak setakat ni...makanya tugas menyelia murid-murid perempuan tersandar ke bahu aku dan liza...

Lepas mandi murid bersiap pula untuk jungle tracking...laluan untuk jungle tracking ni pun boleh dikatakan agak jauh untuk murid sekolah rendah. dengan aku langsung tak bawa kasut sukan. Nasib baik la yang aku pakai adalah kasut getah yang agak mencengkam...Kalau tidak aku rasa memang aku dah malu beberapa kali dek kerana jatuh tergelincir macam nangka busuk.

Setelah agak lama berjalan, kami berhenti di sebuah kawasan lapang untuk aktiviti memasak dalam buluh. Setelah selesai kami berjalan pulang ke chalet pada pukul 12.30 tengah hari.








Petang selepas solat zuhur dan makan tengah hari pula adalah sesi pertolongan cemas. Dan selepas solat asar dan minum petang murid-murid bermain sayang si buta. Sesi sayang si buta ni aku dan liza tak join pun. Disebabkan penat sangat kami telah tertidur dalam bilik lepas solat asar.


Waktu makan malam untuk hari kedua ni adalah dimasak dalam buluh. Ada ikan keli, ayam, telur, pisang dan nasi goreng. Kecuali nasi goreng....yang lain adalah dimasak dalam buluh. Agak sedap makanan pada malam tu ditambah pula makan di tepi sungai beramai-ramai. Siap ada murid yang bertambah makanan lagi...Lepas makan budak-budak pun masuk tidur. Selepas dah pastikan semuanya ok aku dan liza pun sambung la lepak di tepi sungai. Tak sampai setengah jam dengar bunyi bising dan ada murid perempuan datang menangis-nangis...dan waktu tu aku telahpun menjadi ahli pecut secara tak langsung. Berlari ke asrama murid perempuan...rupanya ada yang semput...keadaan agak mencemaskan juga la...namun alhamdulilah selepas beberapa minit keadaan murid tu kembali ok.

Selepas dah pastikan semuanya selamat...guru-guru dibawa mandi sauna. Indah sungguh saat tu dapat berehat. Dan malam tu dapat tidur dengan nyenyaknya.






Untuk hari terakhir selepas solat subuh, makan dan mandi...sekali lagi murid-murid dibawa jungle tracking. dan aku sendiri sudah tak mempunyai banyak tenaga di hari terakhir ni. Kami bergerak balik ke sekolah lebih kurang pukul 11 pagi...











Ini merupakan pengalaman pertama aku membawa murid mengikuti perkhemahan. Banyak yang telah aku perolehi dan pelajari sepanjanjang 3 hari 2 malam tersebut. Badan adalah sangat penat namun segala pengalaman yang diperolehi mungkin tidak dapat dibeli di mana-mana....


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

4 comments:

  1. terigt zaman2 sekolah plk ... cikgu2 yg bagus nieh organize benda2 cam ginie ;-)

    ReplyDelete
  2. mmg memerlukan byk kesabaran nk organize bnda mcm ni...dgn bdk yg sgt byk tnya smpi msk hutan segala mcm bnda semua nk tegur...

    ReplyDelete
  3. masaklm buluh mmg uniklah! normally, lemang & umai jer org masak lam buluh.

    ReplyDelete