Tuesday, October 27, 2009

Diari praktikum: Mari berdikir barat

Minggu lepas Kak Ita...salah seorang cikgu kat SKTM bagitau aku bahawasanya aku dan liza kena prepare satu persembahan sempena hari kanak-kanak 30 Oktober ni...Ingatkan nak buat la koir ke ape ke..sekali dia bagitau semula...kami kena buat dikir barat...ambik kau....aku dan liza dah la dua-dua orang utara...aku pernah la masuk dikir barat...tapi tu dah berapa tahun yang lepas...memang ingat-ingat lupa la...


Disebabkan dua-dua macam bingung dan bengong je nak mulakan rentak...akhirnya surf internet dan cari dalam youtube macam mana orang berdikir...dan hasilnya kami berjaya buat lirik dengan menggunakan melodi lagu wau bulan....dan kelas yang malang yang telah jadi pilihan kami adalah 4 Semangat...nasib baik ada dua orang yang sukarela nak jadi tukang karut nak mengarut menggunakan bait-bait lirik yang ntah apa-apa yang kami cipta tu...


Walau mula-mula rasa macam...eh..boleh ke ni??...tapi lama-lama kami cuba je la buat yang terbaik...latih murid-murid 4S mana-mana yang patut...yang lain nanti terserah la pada diorang waktu atas pentas...nak berdikir ke berzikir ke...kami cuma cuba latih diorang mana yang patut...


Berdebar jugak aku nak tengok performance diorang setelah berhempas pulas tapi lebih banyak main-main aku rasa....tepuk pun tak sama...macam tahi lembu jatuh je...aku yang dengar pun jadi pening....tapi tak pe...ada lagi dua hari nak perah diorang berlatih bersungguh-sungguh...lepas ni siapa-siapa yang suka main-main agak-agaknya kena la ketam batu aku kot...Walaupun agak tension kena melatih budak-budak ni yang kadang-kadang sangat tidak mendengar kata...tapi aku anggap ni sebagai pengalaman....yang mungkin akan berguna pada masa akan datang....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

5 comments:

  1. huhu kat sini k.erin dah naik pning dgar dikir huhu.....

    klo nak slamat namakan dikir klam kabut so, klo salah tu~ dah mg kelam kabut heheeh

    ReplyDelete
  2. bagus jgak cadangan tu kak erin..hehehe

    ReplyDelete
  3. huiii..best tu.. takpe..pengalaman tu. bdk2 tu happy je nanti dont worry la semua ok je nanti tu.

    ReplyDelete
  4. areleez--> yes...btl tu...experience is the best teacher ;-)

    saya-->harap-harapnyer la..

    ReplyDelete