Monday, September 7, 2009

Majlis berbuka puasa SMTTPG

Hari Sabtu yang lepas aku berpeluang join majlis berbuka puasa dengan budak sekolah menengah teknik aku dulu iaitu SMT Taiping...Tempatnya?? Di Chop and Steak Kg baru...thanks to organizer yang bersusah payah merancang dan melaksanakan event ni... hampir-hampir jugak aku tak jadi pi... nasib baik akhirnya membuat keputusan untuk pi...kerana sangat enjoy dan seronok dapat berjumpa dengan mereka yang dah lama aku tak jumpa...ada yang dah lost contact...ramai jugak ex-classmate aku yang datang....dan tak sangka rupanya ramai jugak budak SMTTPG kat KL ni....


AKu sampai sangat awal...dalam pukul 5 dah tercegat kat Kg baru...orang lain belum sampai...sempat la jalan di bazar...pukul 6 lebih baru la ada orang lain yang sampai....nasib baik aku dan Elia gerak awal...kalau tak nasib jadi macam mereka jugak kot...tersekat dalam jam dan memusing nak cari parking....


Bila dah semua sampai...keriuhan pun mula la memenuhi ruang dewan kat Chop and Steak tu...sambil makan pun mulut tak henti bercakap....macam-macam perkara jadi topik perbualan...lama jugak kami lepak kat situ....dalam pukul 9 lebih plak gerak ke dataran merdeka...tapi aku lepak kejap jer kat situ....balik awal...memandangkan aku dok hostel dan ada limit masa untuk masuk plus mata aku yang mengantuk....so, tinggal la mereka-mereka yang masih tak mahu meninggalkan kawan-kawan... harapnya akan ada la next event dan harap lagi ramai dapat join....










.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

3 comments:

  1. Salam ziarah,

    Blog yang menarik teruskan berkarya. Ada masa singgah ke blog IP.

    ReplyDelete
  2. terima kasih sudi jengah di sini...nanti ada masa saya jengah ke sana ;-)

    ReplyDelete