Sunday, September 13, 2009

Semuanya

Lama sudah dibiarkan blog ni tanpa update. ALhamdulilah..tanpa kita sedari hari ni dah masuk 23 hari kita berpuasa. Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Apa agaknya yang berlaku kepada aku sepanjang minggu lepas:

  1. Isnin 7 September adalah cuti Nuzul Quran bagi yang bekerja dan belajar di Selangor.. Setelah hampir lima tahun aku tidak bercuti sempena Nuzul Quran...akhirnya tahun ni disebabkan praktikum di sekolah di Ampang, Selangor..dapat la bercuti Nuzul Quran...Jadi hujung minggu lepas adalah sedikit panjang...tiga hari bercuti..
  2. Selasa, Rabu dan Khamis adalah hari perjuangan untuk murid-murid tahun 6...manakala semua murid tahun 1-5 direhatkan...waktu ni adalah waktu berehat bagi guru-guru...namun berehat bukanlah berehat sepenuhnya...hanya berehat dari mengajar namun masih perlu menyiapkan kerja-kerja perkeranian yang perlu dilakukan oleh seorang guru...aku pun sempat la mengisi buku ADAB BELAJAR untuk kelas yang aku ajar... apa-apa pun berada di sekolah tanpa suara murid-murid memang terasa lain suasananya..
  3. Memandangkan tiada murid di sekolah selama tiga hari...Guru-guru SKTM telah menjalankan solat hajat dan baca yasin untuk murid tahun 6 yang menduduki UPSR...
  4. ALhamdulilah..tahun ni aku berkesempatan untuk menyertai program tadarus di SKTM selama murid tahun 1-5 direhatkan tiga hari...
  5. Berpeluang mendengar ceramah agama dari seorang ustaz yang dijemput oleh pihak sekolah pada hari khamis 10/9...ceramah yang bukan sahaja penuh dengan pengisian namun juga tidak langsung membosankan....ceramah yang sangat santai dan menarik...
  6. Jumaat 11/9 sepatutnya ada observation oleh pensyarah pembimbing...namun dek kerana jumlah murid yang hadir ke sekolah setelah bercuti 3 hari sangat sedikit...terpaksa la dibatalkan observation tersebut...maka aku simpan la senjata yang telah aku sediakan untuk isnin ni...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

4 comments: