Wednesday, September 16, 2009

Segala macam persiapan

Lebih kurang tiga hari lagi InsyaAllah umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri... Kebanyakan umat islam sedang rancak membuat persiapan... bagi aku pula?? Persiapan raya?? Tahun ni seperti tahun-tahun yang sebelumnya...sederhana sahaja...untuk baju raya...aku beli ready made sepasang dan tempah sepasang... semuanya aku dah sedia beli sebelum puasa lagi sebab malas nak bersesak ke jalan TAR...tudung aku recycle guna tudung yang ada...dan sepasang sandal...cukup la rasanya...kalau agak perlu pakai lebih baju kurung...aku akan pakai je yang lama...masih elok dan baru....

Itu untuk diri sendiri...untuk family pula...tahun ni aku hanya berpeluang membeli kain pasang untuk mak aku...itu pun aku beli untuk hadiah hari lahirnya pada bulan 7 yang lalu...adik perempuan aku pun belikan mak aku kain pasang...jadi mak aku dah ada dua pasang baju kurung untuk raya...tudung pula adik lelaki aku dah belikan....untuk abah aku...adik lelaki aku dah ambil tanggungjawab tu...dia dah belikan abah aku dua pasang baju...dan yang paling mengujakan aku...entah apa mimpi...tahun ni dengan baik hatinya dia dah tukar sofa baru rumah aku yang dah bertahun tak bertukar...rasanya lebih 10 tahun kot...

Kononnya nak buat surprise untuk aku...sekali abah aku dah bocorkan rahsia.... tak sangka pula aku dia baik hati nak beli sofa baru...sebab waktu aku balik cuti sambut puasa...kami dah berbincang dan sepakat tak nak tukar sofa baru.... bak kata mak aku...baik simpan duit untuk siapkan teratak kami yang dah lama terbengkalai tu...tapi mungkin adik aku dah mempunyai simpanan yang berkepuk di bank kot memandangkan gaji pun dah ribu-riban hingga membolehkan dia membeli sofa baru tu...Langsir pula recyle guna tahun lepas punya...Aku tambah beli bunga sebagai penyeri dan balang kuih.

Biskut raya?? Mak aku kata dia dah buat dalam 2-3 jenis. Ak pun tak pasti biskut apa. TApi yang pasti biskut kegemaran aku haruslah ada iaitu biskut makmur.. InsyaAllah kalau sempat bila balik nanti aku akan tambah buat beberapa jenis termasuk la biskut wajib kami sekeluarga setiap tahun iaitu cornflakes madu.

Dalam pada kerancakan persiapan raya, aku juga masih sibuk membuat persiapan untuk diobserve oleh pensyarah dan juga guru pembimbing. Aku cuba buat apa yang termampu. Puasa dan raya tahun ni agak sibuk dengan segala yang berkaitan dengan praktikum. Aku lebih teruja nak bercerita tentang raya berbanding praktikum. Alhamdulilah...Nasib baik jumaat cuti...dapat la aku balik awal sikit...ikut perancangan aku akan bertolak balik ke kampung pada hari jumaat selepas sahur...

Untuk persiapan balik ke kampung...Setakat ni aku dah check keadaan kereta...alhamdulilah rasanya tiada apa yang menggusarkan sangat...Maklum la perjalanan jauh...tambahan musim perayaan ni..aku kena pastikan kereta betul-betul dalam keadaan baik...Tahun ni pengalaman pertama balik raya dengan memandu sendiri...rasa sedikit lain kerana tahun sebelum ni sebelum puasa lagi aku dah sibuk membeli tiket...walau apa pun yang penting dapat balik berhari raya....

Yang paling aku tunggu raya ni adalah untuk berkumpul ramai-ramai di rumah nendaku yang hanya beberapa pelaung dari rumah aku...alangkah indahnya...harapnya ramai la yang ada di sana pagi raya nanti...masing-masing bawak juadah yang dah disediakan....tak sabar nak tengok aneka macam juadah di sana.....dikesempatan ni aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan dan taulan...semoga lebaran berseri dengan saling bermaafan....





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

5 comments:

  1. Selamat hari raya. Maaf Zahir je, batin xde kot. Hehehe....

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya noor & Family ... Mohon maaf semua salah silap jika ada yer .. selamat bercuti & hati2 di jalanraya ;-)

    ReplyDelete
  3. sedap tu biskut makmur... hehehehe.. selamat hari raya. nezha tanya duit raya takde ke utk dia? hehehehee...

    ReplyDelete