Tuesday, September 1, 2009

September menjelma

Sedar tak sedar hari ni dah masuk bulan September... lama jugak aku tak mencoret kat sini... bila dapat balik kampung..benda lain dah tak ingat... tambahan kat kampung tiada talian internet....lama jugak aku berada di kampung...dapat berpuasa lebih kurang 10 hari bersama keluarga...memang indah...sangat indah bila dapat bersahur dan berbuka dengan makanan dari air tangan mak....Dan bila sampai masanya...semalam mahu tak mahu aku bertolak pulang ke KL untuk meneruskan rutin harian sebagai guru pelatih....

Bertolak dari rumah lebih kurang pkul 9 pagi...Aku menjangkakan mungkin akan berlaku kesesakan...namun alhamdulilah...nampaknya perjalanan lancar...cuma kenderaan di lebuh raya lebih banyak dari biasa...dan aku pun tak berani nak memecut laju....syukur jugak semalam tak banyak lori yang berada di lebuh raya PLUS...dan alhamdulilah...kami selamat sampai di KL lebih kurang pukul 2 petang....dan hari ini bermula la semula rutin aku di sekolah....bestnya masa puasa ni...sesi petang akan dapat balik awal 40 minit....jadi masa aku berada di sekolah menjadi singkat....Moga Ramadhan kali ini akan memberikan seribu keberkatan...


p/s: Walau dah beberapa hari umat islam berpuasa namun aku nak mengambil kesempatan ni untuk ucapkan SELAMAT BERPUASA.... DAN SELAMAT HARI MERDEKA KE 52 MALAYSIA.....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

3 comments: