Tuesday, September 29, 2009

Seperti biasa

Masuk hari ni sudah dua hari aku kembali menjalani rutin harian di sekolah dan institut. Aku bertolak balik ke KL pada pagi ahad. Syukur lebuh raya masih belum sesak dengan kenderaan. Walau bagaimanapun had laju masih tidak melebihi 100 km/j kerana kereta agak banyak. Alhamdulilah kami sampai dengan selamat di institut tengaharinya. Bila di kampung fikiran terasa lapang walau masih ada beberapa kerja yangmasih perlu diselesaikan. Tapi tatkala kaki jejak ke institut saja bayangan kerja-kerja yang ada mula membayangi diri aku. Nasib baik kerja yang perlu diselesaikan tidaklah banyak disebabkan hari isnin aku tiada kelas untuk diajar.



Apa ceritera raya aku? Mungkin dah basi pun sebab orang lain dah berpusu-pusu menceritakan kisah raya masing-maisng. Hari raya Aidilfitri tahun ni bagi aku sekeluarga adalah yang paling meriah. Dari segi persiapan memang segalanya agak sederhana. Yang paling banyak menyumbang duit untuk persiapan raya tahun ni adalah adik lelaki aku. Aku dan dua orang adik aku yang lain hanya menyumbangkan tenaga. Kenapa aku katakan raya aku meriah? Sebabnya rumah aku tak henti-henti dikunjungi tetamu sehinggakan biskut raya di rumah aku memang hampir licin. Biskut raya yang aku bawa balik ke KL pun adalah ehsan dari tok aku yang sangat banyak kuih rayanya. Mula dari raya pertama sehingga ke 5...ada jer tetamu yang datang. Aku sekeluarga hanya sempat beraya ke Penang pada raya pertama.


Tahun ni juga menjadi tahun terakhir aku menerima duit raya kerana tahun depan insyaallah aku mungkin sudah mampu untuk menjadi pemberi duit raya pula. Tekad aku tahun ni memang tak mahu terima lagi dah duit raya....tapi pak dan mak sedara semua pakat paksa terima. Akhirnya aku terima juga dengan menganggap mungkin sudah rezeki aku...Apa-apa pun terima kasih pada mereka yang masih sudi menghulurkan duit raya kepada aku tahun ni dan tahun-tahun sebelumnya. Kepada adik-adik sepupu dan anak-anak sedara...doakanlah sepupu dan mak sedara kamu ni murah rezeki tahun depan untuk menghulurkan duit raya kepada kamu semua pula....


Untuk kisah raya selanjutnya...sila layan gambar di bawah je la...sudah malas nak mengarang...
Raya pertama di rumah tok yang hanya beberapa pelaung dari rumah aku...jimat belanja tak payah balik kampung beraya ;-)...seronok juga kan ada ramai sedara yang tinggal dekat-dekat...senang nak pergi beraya....dan dapat aku pau kuih raya mereka untuk bawa balik ke KL...setinggi penghargaan kepada tok aku yang menyumbangkan biskut raya untuk aku bawak balik ke KL memandangkan biskut raya kat rumah aku dah habis...


Sesi mohon maaf dan kumpul duit raya bagi yang masih sah menerima

idea sapa la ajak aku posing kat tingkap ni

Anak dara serta mak dara

Dua bakal pendidik dalam keluarga Hajah Chik...insyaallah


Mereka menyerbu rumah aku di hari raya dan terjadilah pelbagai aksi di hari raya

Macam-macam cerita ni

Rakyat jelata sebelah mak aku...ni baru sikit...ramai lagi rakyat jelata belum tiba

Rakyat jelata sebelah abah aku...juga baru beberapa orang

Anak-anak sedara pupu @ anak kepada sepupu-sepupu aku....


budak kecik yang sangat suka gelak
....Adam Danish

tembam pipinya sampai tersepit mulut kat tengah ;-)... Muhd Adam Mikail

Cik kak ni aku tak ingat namanya

Ni budak paling aku geram...sepanjang dia kat rumah aku...memang aku jadi babysitter dia kejap...


Ni saya punya la


Sedia....

Askar kenit yang baru belajar pegang pistol



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

1 comment: