Friday, April 10, 2009

Diari praktikum: Bersiaran dari sekolah


Aku bersiaran dari sekolah menggunakan wireless sekolah.....sementara nak tunggu relief kelas pukul 9.35...hari ni aku cuma mengajar satu waktu saje...kelas 5D untuk MAth....jadinya rilek sikit la...alhamdulilah...segalanya masih berjalan lancar walaupun ada juga beberapa masalah yang membingungkan namun masih dapat diselesaikan...
Semalam adalah hari paling penat sepanjang praktikum setakat ni...
ada dua kelas aku kena ajar selama 2 waktu atau 1 jam...
Sejam lagi aku kena relief untuk English tahun 5...
untuk relief aku suruh budak-budak kelas 5S buat karangan dalam English tentang Myself...
rasa perit tekak bercakap dan menjerit kat budak-budak...
Untuk kelas plak...KH dan Math...banyak lagi aku nak kena improve...
Lepas balik sekolah plak jumpa dengan supervisor...Pn Normah..
Puan tengok RPH KH tadi...ada la benda-benda yang nak kena improve...
selama ni memang ada buat RPH tapi dalam Bahasa Inggeris...
Lain macam sikit la gayanya....rasa macam ayat Bahasa Melayu aku nak kena dibetulkan lagi.



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, April 8, 2009

Diari praktikum: Tiada kelas

Pagi tadi aku sampai agak awal ke sekolah sebabnya aku dan rakan-rakan kena uruskan aktiviti PPSMI untuk tahun 5 masa perhimpunan...
Apa yang kami buat adalah mengedarkan handout soalan decimals...
Esok kena sambung lagi...bincang jawapan pulak...
Hari rabu memang dalam jadual aku langsung tiada kelas untuk mengajar...
Tapi tadi aku ada la jugak kena relief....agama lagi tu...tapi aku guna untuk berkenalan dengan murid-murid kelas tu sebab aku akan ajar KH untuk kelas 5 Karisma tersebut...
Jadinya hari ni memang aku gunakan untuk persediaan pengajaran untuk hari khamis..
Tambah-tambah hari khamis aku ada dua kelas iaitu Mathemetics dan Kemahiran hidup...
Di kala ni...aku baru je siapkan lesson plan utk Mathematics kelas 5 Dedikasi (kelas akhir ni) dan RPH untuk Kemahiran Hidup kelas 5 Tekun (kelas pertengahan)...dan aku jugak telah siapkan segala alat bantu belajar untuk digunakan hari esok...
Esok aku ada masa lagi untuk buat persediaan serba sikit sebab kelas 5D aku akan masuk waktu ke 4 dan 5 manakala 5T plak dua masa yang akhir sebelum balik...
Harapnya murid dua-dua kelas tu tak menunjukkan kenakalan tahap maksimum esok...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, April 7, 2009

Diari praktikum: Cikgu...cikgu...

Hari ni aku relief kelas pra sekolah... Jangkaan aku ada la dalam 30 orang...
rupanya hanya 12 orang.....sebab sekolah ni ada 3 kelas pra kalau tak silap...
jadi agak senang la nk handle 12 orang tu...
Masa aku masuk ke kelas diorang tengah mewarna dalam buku mewarna....
Jadi aku cuma tengok dan pantau apa yang diorang buat...
Bila ada yang dah siap...aku bagi kertas dan suruh lukis apa-apa..
dalam pada tu...mulut masing-masing tak berhenti nak bercakap...
"Cikgu...cikgu...kakak saya kan....."
"Cikgu...cikgu...hari jumaat hari tu kan...."
Aduh...layankan je la...
Budak-budak pra ni kena lain sikit pendekatannya...
Nanti kalau aku marah-marah...risau pulak ada yang takut nak datang sekolah...
Nasib baik ada 12 orang saja...kalau ramai lagi rasanya pengsan aku kat situ...
Tapi yang bagusnya...bila aku nak keluar..semuanya nak bersalam sedangkan masa tu bukannya masa balik...siap pesan suruh aku datang lagi...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, April 6, 2009

Diari praktikum: Kehujanan di hari ke 3


Penatnyer hari ni...mengajar kelas waktu yang terakhir di bengkel KH...
Kelas alhamdulilah terkawal walaupun ada beberapa murid lelaki yang agak nakal dan asyik bersembang dan berjenaka....sakit juga hari bila ditegur namun tak diendahkan...
Dah habis garang dah rasanya tadi...kena lebih garang agaknya...
Balik sekolah hari ni habis kuyup dek kerana hujan yang sangat lebat ditengah jalan...
Ditambah pulak air yang bertakung disepanjang jalan...jadinya beberapa kali kami basah apabila kereta melanggar air yang bertakung...begitulah nasib penunggang dan pembonceng motosikal :-(
Hari ni baru berpeluang berjumpa dengan Guru Besar yang baru hadir ke sekolah setelah dua hari cuti sakit..... Hari ni aku bernasib baik kerana tidak diberi tugas menggantikan guru yang tak hadir... jadinya boleh la buat kerja yang sepatutnya....
Namun esok aku perlu menggantikan cikgu pra sekolah....tak terbayang rasanya masuk ke kelas pra sekolah...budak-budak...apalah yang mereka tahu selain daripada bermain....harap-harap segalanya berjalan lancar....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Friday, April 3, 2009

Diari praktikum: Hari kedua di SK Taman Muda

Tak banyak yang berlaku hari ni...Awal-awal pagi aku telah masuk kelas di waktu pertama bagi menggantikan cikgu yang tak datang...Kesempatan menggantikan ni aku gunakan untuk membantu rakan aku untuk edarkan survey untuk kajiannya kepada murid-murid kelas tu....Kelas yang aku gantikan adalah 5 Tekun...kelas yang ke-3...

Sepanjang dalam kelas alhamdulilah keadaan dalam kelas terkawal...tiada kebisingan yang melampau... Yang ada cuma perangai sesetengah murid yang sedikit nakal namun masih mampu dikawal....aku cuba bersikap sedikit tegas agar menimbulkan rasa hormat mereka kepada aku...lagipun kelas ni merupakan salah satu kelas yang akan ajar.... Pandangan pertama mereka kepada aku bagi aku sangat penting....

Dua waktu juga la aku dalam kelas tu...selepas habis mengisi survey...aku mengarahkan mereka menyiapkan latihan yang telah diberikan awal-awal diberikan oleh cikgu yang aku ganti...kelas yang aku ganti merupakan subjek Bahasa Melayu...makanya aku telah menjadi cikgu Bahasa Melayu secara tak rasmi dengan membantu menerangkan beberapa perkataan yang kurang difahami...

Hari kedua ni aku masih tak berkesempatan bertemu dengan guru pembimbing aku...semalam dia berkursus...hari ni plak nampak macam sedikit sibuk...jadi aku dan rakan aku, Liza mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya pada minggu depan...

Alhamdulilah hari kedua masih lagi berjalan dengan lancar.... Hari jumaat waktu persekolahan berakhir awal... Selepas menyelesaikan beberapa perkara sebaik tiba di asrama...aku tidur dalam kepenatan...hampir 4 jam jugak aku tidur...dah agak lama aku tak tidur siang selama tu... Esok dan lusa cuti tapi aku akan mengikuti kursus Kepegawaian Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)... Minggu ni minggu yang sedikit sibuk namun masih punya masa untuk mencoret...Moga hari-hari seterusnya aku masih punya masa untuk itu...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Thursday, April 2, 2009

Diari praktikum: Telah bermula detiknya

Aku seorang guru

Hari ni dengan rasminya telah bermula praktikum atau internship bagi semua pelajar B.ed-QUT IPTKL yang akan berjalan selama 8 minggu atau
dua bulan. Maka pagi tadi aku telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang. Jaraknya dari institut tidaklah berapa jauh...lebih kurang 15 minit perjalanan dengan motosikal.

Hari pertama di sekolah ternyata memberikan aku 'first impression' yang sangat positif terhadap sekolah ni....Ternyata kedatangan kami disambut dengan senyuman mesra warga sekolah...ditambah pula dengan keramahan pihak pentadbiran yang tanpa ragu-ragu menawarkan bantuan jika kami mengalami sebarang kesulitan sepanjang berada di sekolah tersebut. Ini mmbuatkan hari pertama memberikan aku keselesaan untuk berada di sana...



Hasil dari perbincangan dengan PK Pentadbiran, aku t
elah diberikan 4 waktu kelas Kemahiran hidup dan 7 waktu kelas Matematik...ini agak terbalik daripada sepatutnya di mana aku sepatutnya mengajar 8-10 waktu bagi Kemahiran Hidup dan hanya 1-2 waktu bagi Matematik atau PJ. Dek kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dimana sekolah ini mempunyai dua sesi dan terdapat juga beberapa cikgu praktikum...maka waktu yang boleh diambil oleh aku dan rakan-rakan agak terhad...maka kami menerima apa yang telah diberikan ini dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif...

Cabaran bagi aku adalah terhadap subjek Matematik di mana aku telah diberikan kelas paling hujung kerana hanya itu yang tinggal buat sementara waktu ni...mula-mula agak gentar la jugak dengan pengalaman mengajar yang masih cetek...namun aku terima ini sebagai salah satu proses pembe
lajaran.....mungkin ada hikmah disebaliknya.....aku mungkin akan dapat tukar kelas lain apabila cikgu praktikum yang ada sekarang di mana majornya adalah Matematik habis pada 17/4...harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar....


Hari pertama telah berakhir dengan jayanya...moga hari-hari yang bakal dilalui seterusnya akan terus disinari dengan kejayaan....jika berkesempatan akan kucoretkan pengalaman praktikum ku di sini...jika tidak terpaksa la aku membiarkan blog ni bersawang buat sementara waktu sehingga adanya waktu untuk mencoret itu....


Selamat menjalani praktikum dan semoga menjadi guru yang terbaik dan cemerlang kepada semua rakan-rakan




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, April 1, 2009

Sepetang di Bukit Tinggi

Oleh kerana baru lepas beban assigment, rakan-rakan aku telah merancang untuk terjah ke Bukit Tinggi. Disebabkan rancangan yang mengejut jadi kami gerak ke sana selepas Zohor. Mungkin juga ini akan menjadi aktiviti sempena akan bermulanya praktikum pada 2/4 ni. Mungkin selepas ni masing-masing akan lebih sibuk dengan tugasan-tugasan menyiapkan rancangan mengajar dan alat bantu mengajar. Agak lama juga kami menghabiskan masa di sana. Aku agak seronok dan teruja melihat struktur binaan....cantik. Kami bermula dengan berjalan-jalan di Colmar Tropicale.


Setelah puas bergambar dan rehat jap sambil makan-makan makanan yang dibawa, kami pun gerak ke Japanese Garden. Ternyata nasib kami kurang baik kerana Japanese Garden akan ditutup dalam 10 minit lagi semasa kami tiba. Namun tetap juga kami terjah ke dalam garden tu...dapat la jugak berjalan-jalan dalam 20 minit dan bergambar. Lepas turun dari Bukit Tinggi pula kami telah terjah Seoul Garden di Bangsar...agak kenyang dan sendat perut makanan pelbagai makanan yang dihidang secara buffet...Akhirnya pulang dengan penuh keletihan dan kekenyangan.


Colmar Tropicale






Penjelajah Bukit Tinggi

Japanese Garden



Makan-makan di Seoul Garden

Aktiviti makan yang hampir ke penghujung


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.