Wednesday, April 8, 2009

Diari praktikum: Tiada kelas

Pagi tadi aku sampai agak awal ke sekolah sebabnya aku dan rakan-rakan kena uruskan aktiviti PPSMI untuk tahun 5 masa perhimpunan...
Apa yang kami buat adalah mengedarkan handout soalan decimals...
Esok kena sambung lagi...bincang jawapan pulak...
Hari rabu memang dalam jadual aku langsung tiada kelas untuk mengajar...
Tapi tadi aku ada la jugak kena relief....agama lagi tu...tapi aku guna untuk berkenalan dengan murid-murid kelas tu sebab aku akan ajar KH untuk kelas 5 Karisma tersebut...
Jadinya hari ni memang aku gunakan untuk persediaan pengajaran untuk hari khamis..
Tambah-tambah hari khamis aku ada dua kelas iaitu Mathemetics dan Kemahiran hidup...
Di kala ni...aku baru je siapkan lesson plan utk Mathematics kelas 5 Dedikasi (kelas akhir ni) dan RPH untuk Kemahiran Hidup kelas 5 Tekun (kelas pertengahan)...dan aku jugak telah siapkan segala alat bantu belajar untuk digunakan hari esok...
Esok aku ada masa lagi untuk buat persediaan serba sikit sebab kelas 5D aku akan masuk waktu ke 4 dan 5 manakala 5T plak dua masa yang akhir sebelum balik...
Harapnya murid dua-dua kelas tu tak menunjukkan kenakalan tahap maksimum esok...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

No comments:

Post a Comment