Friday, April 3, 2009

Diari praktikum: Hari kedua di SK Taman Muda

Tak banyak yang berlaku hari ni...Awal-awal pagi aku telah masuk kelas di waktu pertama bagi menggantikan cikgu yang tak datang...Kesempatan menggantikan ni aku gunakan untuk membantu rakan aku untuk edarkan survey untuk kajiannya kepada murid-murid kelas tu....Kelas yang aku gantikan adalah 5 Tekun...kelas yang ke-3...

Sepanjang dalam kelas alhamdulilah keadaan dalam kelas terkawal...tiada kebisingan yang melampau... Yang ada cuma perangai sesetengah murid yang sedikit nakal namun masih mampu dikawal....aku cuba bersikap sedikit tegas agar menimbulkan rasa hormat mereka kepada aku...lagipun kelas ni merupakan salah satu kelas yang akan ajar.... Pandangan pertama mereka kepada aku bagi aku sangat penting....

Dua waktu juga la aku dalam kelas tu...selepas habis mengisi survey...aku mengarahkan mereka menyiapkan latihan yang telah diberikan awal-awal diberikan oleh cikgu yang aku ganti...kelas yang aku ganti merupakan subjek Bahasa Melayu...makanya aku telah menjadi cikgu Bahasa Melayu secara tak rasmi dengan membantu menerangkan beberapa perkataan yang kurang difahami...

Hari kedua ni aku masih tak berkesempatan bertemu dengan guru pembimbing aku...semalam dia berkursus...hari ni plak nampak macam sedikit sibuk...jadi aku dan rakan aku, Liza mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya pada minggu depan...

Alhamdulilah hari kedua masih lagi berjalan dengan lancar.... Hari jumaat waktu persekolahan berakhir awal... Selepas menyelesaikan beberapa perkara sebaik tiba di asrama...aku tidur dalam kepenatan...hampir 4 jam jugak aku tidur...dah agak lama aku tak tidur siang selama tu... Esok dan lusa cuti tapi aku akan mengikuti kursus Kepegawaian Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)... Minggu ni minggu yang sedikit sibuk namun masih punya masa untuk mencoret...Moga hari-hari seterusnya aku masih punya masa untuk itu...



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

2 comments: