Sunday, April 26, 2009

Diari praktikum: Kem Bestari Solat SKTM

Murid tahun 3 dan 4 tengah senaman pagi

Hari sabtu... aku ke sekolah sebabnyer ada Kem bestari solat untuk tahun 3 dan 4. anjuran j-Qaf SKTM.. dan aku kena jadi fasilitator..... cikgu praktikum kena hadir pun sebab tak cukup fasilitator... mungkin ramai cikgu yang ada hal... aku tak kisah sangat datang sekolah hari sabtu...yang penting tak kena buat lesson plan dan ABM....



Lebih kurang pukul 7.15 aku dah sampai kat sekolah...sempat sarapan dulu sementara tunggu murid-murid mendaftar...lebih kurang pukul 7.40 ada sikit senaman pagi dan pukul 8 murid-murid dah mula masuk kumpulan masing-masing.....aku jadi fasi untuk kumpulan 3 kelas 3 Karisma.... Tugas aku cuma ajar bacaan solat dan dengar budak-budak tu baca...lepas tu tanda kat borang kalau diorang dah boleh baca.....



Dalam kumpulan tu ada la 2-3 orang yang sangat cepat hafal...sejam sebelum habis kem tu dah boleh hafal semua bacaan yang diorang kena hafal.... dan ada juga yang lambat... dan tak lancar membaca.... jadi aku lebihkan sikit kepada murid-murid ni....kena selalu tengok...kalau tak asyik off-task je....nasib baik jugak kumpulan aku ni hanya ada 9 orang..... even dah ajar baca tapi sampai habis kem ada 2 orang yang tak boleh lagi nak hafal...tak pe...ni bari siri pertama....lepas ni akan ada lagi siri ke 2,3 dan 4.....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, April 25, 2009

Pesta buku 2009 di PWTC

Hari jumaat aku gi pesta buku di PWTC....mulanya tak de rancangan pun nak gi pesta buku tahun ni...even sebelum ni tiap-tiap tahun semenjak aku belajar kat KL memang tak pernah tak pergi.... Tapi hari selasa tiba-tiba dapat mesej dari my cousin ajak gi...pikir-pikir....gi je la...mana la tau ada yang menarik.....yang terpikir novel je la.... kalau buku kerja untuk latihan murid-murid aku dah beli kat Minerva Jalan TAR dua minggu lepas....lupa ada pesta buku...tambahan plak memang nak guna sangat dah masa tu....



Hasil dari terjahan ke Pesta buku aku telah membeli atau boleh juga kata terbeli...hehehe....3 buah novel.....mula-mula pikir macam tak nak beli...tapi bila kira-kira balik...aku untung RM10 berbanding biasa...alang-alang dah datang pesta buku...beli je la.... Bila aku ada waktu nak baca pun tak tau la.... hari-hari mengadap lesson plan dengan ABM....simpan je la dulu...mungkin cuti hari buruh ni abiskan satu dulu...dua lagi tunggu cuti sekolah bulan 6..... tunggu habis praktikum...


Novel hasil dari terjahan ke pesta buku



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, April 21, 2009

Takziah


Hari ahad baru je aku melawat mak classmate aku kat hospital...hari ni dapat berita bondanya telah kembali ke rahmatullah. Sebak jugak aku bila dengar berita tu tadi.
Takziah diucapkan kepada classmate aku, Azwan serta keluarga di atas pemergiaan bonda yang tercinta ke Rahmatullah pagi tadi... Semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan ini....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, April 20, 2009

Diari praktikum: Murid hyperactive yang menguji kesabaran


Aduh...geram betul aku hari ni...Hari ni aku diberi relief kelas tahun 1 Maju yang ada budak hyperaktif yang memang terkenal di kalangan semua guru-guru, KUHAN RAAJ....sebelum ni hanya dengar cerita je... Kawan-kawan praktikum yang lain dah pernah masuk kelas ni.... Aku ni baru pertama kali.... Sebelum aku relief....Liza masuk relief.... Waktu aku masuk muka Liza dah tension... Aku tanya dia cakap nanti dia cerita.... Jadi, aku pun masuk.... 5 minit yang pertama tu dah start tension kan aku....

Kuhan langsung tak nak dengar apa aku cakap.... Siap melawan semua cakap aku dengan kata-kata yang sangat kurang ajar.... Sebab dia seorang terus satu kelas kena marah.... dah la tak mau dengar cakap.... siap menjerit-jerit dalam kelas... Bila aku tegur langsung dia buat tak tau.... nasib baik aku ni waras lagi.... kalau tak rasanya mau aku penampar je budak tu tadi.... memang betul-betul menguji kesabaran aku.... nasib baik satu masa je aku kena relief...tu pun dah rasa macam dua jam kat dalam kelas tu....lepas satu masa aku habis relief ...dalam bilik guru dengar ada salah seorang cikgu cerita.... KUhan conteng baju sorang budak pompuan ni dengan pensil warna.... Aduh macam-macam perangai budak KUHAN ni...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sunday, April 19, 2009

Please pray for her



Pagi tadi dalam pukul 4 pagi macam tu aku dapat mesej ni from one of my classmate.. Azwan or nama gelarannya Wak Sarai....


"My mom is dying. Please for her. I am begging"

Tersentak kejap aku.... tambahan baru terjaga dari lena.... fikiran tengah dok analisis balik maklumat.... Pulak tu dia ni dah la memang kaki lawak but dalam kes ni aku pikir-pikir tak kan la dia nak bergurau...nak reply aku tak tau nak cakap apa... ye la mesti la dia tengah sedih kan... so aku pun sambung balik tidur.... Dalam pukul 10 pagi macam tu aku pun telefon one of my classmate yang rapat dengan dia... Bila tanya...memang betul mak dia tengah sakit.... sekarang ni ada kat hospital Serdang.... dalam CCU... So, terus decide untuk pergi melawat....


Kami gerak dua buah kereta dari institut lebih kurang pkl 12.30.... dan sampai kat sana lebih kurang pukul 1 lebih...terus ke CCU.... dan dia memang ada kat sana...kwalaupun kami tak boleh masuk nak mellawat... tapi harapan kami dengan kehadiran kawan-kawan kat sana akan memberikan semangat untuk dia menghadapi dugaan ni.... sepanjang berbual tu boleh nampak la mata dia dah macam bergenang.... siapa tak sedih kan... masa ni bolah nampak la he's totally different dari diri dia yang sebenar...Lama jugak la berbual-bual kat depan CCU tu... sampai la dia nak masuk untuk jaga maknya menggantikan kakak dia yang mungkin dah lama kat dalam....sempat la jumpa ayah dia sebelum balik.. Harapnya mereka sekeluarga akan tabah menghadapi dugaan ni.... Semoga his mom cepat sembuh....





.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Saturday, April 18, 2009

Ujian KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia)


Hari ni aku telah menduduki ujian KOAM... Tak tahu la ape yang aku jawab... Sepanjang dua minggu lepas memang tak sempat nak study.. Hanya ingat sikit-sikit fakta yang diberikan masa kursus 4-5 april....Mana nak sempat kalau hari-hari mengadap rancangan pengajaran harian (RPH) dan juga siapkan alat-alat bantu mengajar... Demi untuk membuatkan murid-murid aku lebih faham... Aku hanya sempat la mentelaah sedikit pagi tadi... Bila masuk dewan dan dapat kertas soalan... Ya Allah...susahnya soalan... Patut la dengarnyer ramai yang tak lulus ujian ni.... Apa-apa pun tunggu je la keputusan 10 Mei ni... Hanya nasib yang baik sahaja yang memungkinkan aku lulus :-p


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, April 13, 2009

Diari praktikum: Projek elektronik

Kit projek tahun 5

Lukisan skematik yang tiada kena-mengena dengan projek- sekadar untuk set induksi

Hari ni aku ada kelas Kemahiran Hidup dengan kelas 5 Karisma...Minggu ni dah mula buat projek elektronik....tentunya awal-awal lagi aku dah pun cuba buat projek tu...kalau tak maunya malu aku kat depan murid-murid aku nanti kalau ada benda yang aku tak tau...Alhamdulilah....percubaan aku bersama liza membuat projek tu semalam berjaya ... Aku buat projek mengawal dua litar.....mudahnya sebab sekolah ni dah siap-siap ada kit projek elektronik....jadi aku hanya menggunakan bahan-bahan yang ada tanpa perlu bersusah payah... Langkah kerja pun dah siap-siap ada.... Senang kerja aku...



Litar yang telah aku dan liza siapkan


Dan hari ni dengan bangganya aku bawak projek tu ke sekolah dan jadikan contoh waktu aku bagi penerangan.... Teruja juga la budak-budak tu tengok hasil yang aku buat bersama dengan Liza.... Selain tu diorang ni jugak sangat teruja nak buat projek...sampaikan tak nak aku bercakap banyak-banyak... diorang ni pun cepat paham...aku terang sikit je.....bila suruh buat...aku cuma tengok dan terang sikit-sikit je.....nasib baik jugak projek ni dalam kumpulan...jadi tak ada masalah la aku nak tengok setiap kumpulan....


Hari ni setiap kumpulan berjaya memasang dua komponen dan bahan di papan litar plastik tu....jadinya..objektif aku hari ni tercapai.....minggu depan akan sambung buat lagi projek ni....sayang aku dengan budak-budak 5 karisma hari ni....diorang sangat behave dan tak membuat perangai yang pelik-pelik...apa-apa yang diorang nak buat pun akan tanya aku dulu....Harapnya bila pensyarah nak observe nanti pun diorang akan berperangai macam ni....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.