Monday, April 20, 2009

Diari praktikum: Murid hyperactive yang menguji kesabaran


Aduh...geram betul aku hari ni...Hari ni aku diberi relief kelas tahun 1 Maju yang ada budak hyperaktif yang memang terkenal di kalangan semua guru-guru, KUHAN RAAJ....sebelum ni hanya dengar cerita je... Kawan-kawan praktikum yang lain dah pernah masuk kelas ni.... Aku ni baru pertama kali.... Sebelum aku relief....Liza masuk relief.... Waktu aku masuk muka Liza dah tension... Aku tanya dia cakap nanti dia cerita.... Jadi, aku pun masuk.... 5 minit yang pertama tu dah start tension kan aku....

Kuhan langsung tak nak dengar apa aku cakap.... Siap melawan semua cakap aku dengan kata-kata yang sangat kurang ajar.... Sebab dia seorang terus satu kelas kena marah.... dah la tak mau dengar cakap.... siap menjerit-jerit dalam kelas... Bila aku tegur langsung dia buat tak tau.... nasib baik aku ni waras lagi.... kalau tak rasanya mau aku penampar je budak tu tadi.... memang betul-betul menguji kesabaran aku.... nasib baik satu masa je aku kena relief...tu pun dah rasa macam dua jam kat dalam kelas tu....lepas satu masa aku habis relief ...dalam bilik guru dengar ada salah seorang cikgu cerita.... KUhan conteng baju sorang budak pompuan ni dengan pensil warna.... Aduh macam-macam perangai budak KUHAN ni...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

8 comments:

  1. aduhh sabar yer noor .. asa member bgtau murid2 hyper nie dorg kena special treatment oleh pakar ... noor sabar yer

    ReplyDelete
  2. sungguh m'uji kesabo di situ.. dat's y la leez xqualified jadik teacher. leez mmg xbley face mende2 camnie, mula la hangen kus2 1 badan! huuu..

    ReplyDelete
  3. oopppsss..! bkn 'kesabo', tp 'kesaboran'. heh3..

    ReplyDelete
  4. ~kak diana---> nasib baik memang tengah sabar lg..

    ~areleez---> memang sangat menguji...sbb dia sorang habis tempias satu kelas

    ReplyDelete
  5. dik, i personally have a special & hyper son. Can imagine how you feel. But, take this as your experiance coz we dont know yet, apa ujian yg Allah akan turunkan kat kita dgn our own kids. Should we act like them? Allah bagi ujian ini for us to manage them.
    p/s Rasanya budak ni sepatutnya dimasukkan ke kelas khas.

    ReplyDelete
  6. Salam adik Noor Syafiqah, I masuk blog ni tadi tak perasan nama adik .. sama dgn nama anak kedua akak.
    Harap adik tak ambil hati dgn komen akak di atas. Sebenarnya semasa single, akak seperti kbykan insan lain berfikiran bahawa anak yg nakal adalah anak yg tersalah didikan ibubapa. Hanya setelah merasai nikmat menjadi ibu, barulah terasa tanggungjawab sebenar, tambahan pula anak keempat yang terlalu istimewa. Awalnya, sepertimana adik, akak memarahinya malah pernah menampar beliau. Terkesima kami seketika bila 3 thn lepas diberitahu keistimewaan beliau. Seterusnya kami cuba mendekati beliau dengan kasih sayang terus ke hatinya.. kerana semakin kita marah padanya semakin dia memberontak. Syukur, berkat usaha dan ikhtiar, hypernya dah 50% kurang.
    Akak salute adik dan kawan2 kerana memilih perguruan sebagai profesion .. n akak yakin adik akan menjadi pendidik yang berjaya. You are still young, jalan anda masih panjang. Laluilah ia dengan fikiran yg positif, insyaAllah ia akan menjadi pengalaman yg amat istimewa.
    I tak byk cerita abt my son dlm my blog, a little bit here n there bcoz i believe he will recover very soon n this will be history to us.

    ReplyDelete
  7. ~me---> thanks sgt utk komen akak tu...byk bnda saya sedar sejak baca komen akak tu...insyaallah komen2 tu akan menjadi jalan utk saya perbaiki apa yang patut...lgpun sy masih baru dalam bidang perguruan ni

    ReplyDelete
  8. huhuuhu..
    hampir sama dengan apa yg aku lalui dis week

    masa kena observe dengan cikgu pembimbing..
    satu kelas kena marah dengan aku..
    sapa suh nakal dengan aku kan..
    menjerit aku dalam kelas..
    last2 kena warning dengan aku..
    kalau dah aku marah xleh dah nak cakap apa..
    time sabau tue leh lagi sabau..
    kalau dah tak dengar kata sangat..
    tengok la apa jadik..

    tapi aku dah janji pada diri aku..
    xnk sentuh pun murid2 aku..
    sayang wooo..

    ReplyDelete