Thursday, September 3, 2009

Puasa yang berbeza

Tahun ni dah masuk tahun ke 6 aku berpuasa di KL... tak terasa masa berlalu dan ini mungkin akan menjadi tahun terakhir aku berpuasa di KL.... dan tahun terakhir ni menjadi sedikit berbeza dari tahun-tahun sebelum ni... kenapa aku kata berbeza...sebabnya:

  1. Awal puasa aku dah habiskan lebih kurang 9 hari bersahur dan berbuka bersama keluarga...yang aku rasakan sangat indah...sebab selalu hujung puasa baru dapat sahur dan berbuka dengan keluarga....
  2. Di samping menjalani ibadah puasa aku juga menjalani praktikum mengajar aku...baru dapat rasai perasaan cikgu-cikgu aku dulu mengajar masa bulan puasa...
  3. Disebabkan sekolah petang, jadi lepas balik sekolah je aku kena terus bergegas ke bazar Ramadhan...nasib baik masa bulan puasa ni sekolah petang balik awal...dari 6.20...dapat balik pukul 5.30...
  4. Aku terpaksa menempuh kesesakan jalan raya dari sekolah sampai ke institut...perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit sebelum ni...sekarang dah jadi hampir 30 minit....
Walau apa pun pengalaman aku tahun ni...aku mahu menikmatinya sebaik-baiknya kerana mungkin aku tak dapat lagi merasai suasana seperti ini di ramadhan akan datang...


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tag

1) Anda rase anda hot?
~ Ntah....no komen...hehehe

2) Upload gambar2 kesayangan anda.
~ Kalau tidak sayang...tidak la saya menyimpan gambar-gambar tu... Kalau hilang or terdelete mau menangis kekesalan....hehehe












3) Nape anda sker gambar ini?
~Aku suka gambar-gambar ni sebab semua gambar ni menunjukkan hidup aku yang dikelilingi ramai orang....family, kawan-kawan, anak murid yang akan menghiasi kehidupan aku.... dan aku rasa sangat gembira dan bahagia memiliki keluarga yang besar...yang sentiasa menyokong dan membantu di kala diperlukan... dan mengenali kawan-kawan sama ada semasa aku masih belajar di sekolah atau di institut perguruan...kerana merekalah pengganti keluarga di kala aku keseorangan di perantauan....

4) Bile kali t'akhir anda xpose?
~ Yang ni pun nak kena jawab ke?? perempuan tak puasa mestila bersebab kan...

5) Lagu t'akhir yg anda dengor.
~ Lagu 'Hakikat bahagia' dari kumpulan UNIC...

6) Ape yg anda wat sambil selesaikan tag nie?
~ Buat RPH untuk ajar KH hari ni

7) Selain dari name anda sendiri, anda sker dipanggil dgn name ape?
~ along, kak long.... kalau kat rumah tak berapa suka dipanggil dengan nama sendiri...sebab nanti macam-macam nama keluar dari mulut sedara-sedara aku....

8) Tag lagik 5 org tanpa rase kekesalan.
~ Disebabkan bulan puasa...aku dengan baik hatinya malas nak tag sesiapa ;-)



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Tuesday, September 1, 2009

September menjelma

Sedar tak sedar hari ni dah masuk bulan September... lama jugak aku tak mencoret kat sini... bila dapat balik kampung..benda lain dah tak ingat... tambahan kat kampung tiada talian internet....lama jugak aku berada di kampung...dapat berpuasa lebih kurang 10 hari bersama keluarga...memang indah...sangat indah bila dapat bersahur dan berbuka dengan makanan dari air tangan mak....Dan bila sampai masanya...semalam mahu tak mahu aku bertolak pulang ke KL untuk meneruskan rutin harian sebagai guru pelatih....

Bertolak dari rumah lebih kurang pkul 9 pagi...Aku menjangkakan mungkin akan berlaku kesesakan...namun alhamdulilah...nampaknya perjalanan lancar...cuma kenderaan di lebuh raya lebih banyak dari biasa...dan aku pun tak berani nak memecut laju....syukur jugak semalam tak banyak lori yang berada di lebuh raya PLUS...dan alhamdulilah...kami selamat sampai di KL lebih kurang pukul 2 petang....dan hari ini bermula la semula rutin aku di sekolah....bestnya masa puasa ni...sesi petang akan dapat balik awal 40 minit....jadi masa aku berada di sekolah menjadi singkat....Moga Ramadhan kali ini akan memberikan seribu keberkatan...


p/s: Walau dah beberapa hari umat islam berpuasa namun aku nak mengambil kesempatan ni untuk ucapkan SELAMAT BERPUASA.... DAN SELAMAT HARI MERDEKA KE 52 MALAYSIA.....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, August 19, 2009

Diari praktikum: Kelas pendidikan jasmani pertama


Semalam dengan rasminya aku dah mula mengajar Pendidikan Jasmani (PJ) untuk kelas 4D...kelas pertama untuk PJ sebab praktikum yang pertama aku mengajar matematik... kebetulan waktu PJ untuk kelas 4D sama dengan waktu kelas 4S yang diajar oleh Liza....jadi kami gabung kedua-dua kelas... mula-mula ingat nak buat chicken dance dan senam si tommy...tapi speaker tak cukup kuat la pulak...nak buat dalam dewan risau murid-murid kami tu bising dan mengganggu kelas yang tengah belajar.... jadi kami pun buat la simple game yang dah kami belajar di kelas Performance Skills dulu.... nak tunggu budak-budak tu turun dan berkumpul di padang pun dah hampir 15 minit.... jadi tinggal lebih kurang 45 minit je lagi nak buat aktiviti....

Aktiviti berjalan lancar....cuma budak-budak nampak macam susah nak dengar arahan...mungkin sebab sebelum ni...waktu PJ mereka dibenarkan untuk main apa saja...sebab ada yang bawak raket la..... bola la..... dah la gabung dua kelas....nampak macam kecoh sikit la...sebab masing-masing nak bercakap....


Lebih kurang 30 minit buat aktiviti....tiba-tiba hujan plak....Sekarang ni asal petang je mesti hujan.... jadi kami pun arahkan mereka masuk ke dewan.... bila dah masuk ke dewan....Ya Allah...bising ya amat....masing-masing berlari...menjerit....bila aku jerit suruh duduk baru nak duduk.... bila dah duduk....mulut masih bercakap....aku suruh letak jari di bibir.... tak jadi jugak...masih ada yang bercakap.....last-last....aku warning....sape bercakap....aku kan panggil ke depan untuk bercerita....aku bagi satu perkataan....bercerita la sampai aku suruh berhenti.... terus semua sekali senyap....berjaya jugak bagi diorang senyap akhirnya.... baru la tenang sikit keadaan dalam dewan.....dari kelas hari ni...kami simpulkan memang tak boleh nak gabung dua kelas....walau ada dua orang cikgu nak kawal.... budak-budak jadi excited nak bergembira bila gabung kelas....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Monday, August 17, 2009

Diari praktikum: Minggu pertama selesai..... minggu kedua menjelma

Alhamdulilah..minggu pertama praktikum sudah pun berlalu. Tinggal lagi 11 minggu...lama lagi tu...dan hari ni dah masuk ke minggu yang kedua... minggu ni aku agak bersemangat dari minggu lepas....


Kenapa aku bersemangat?? Kerana hujung minggu ni cuti sekolah seminggu akan bermula.... jadinya mesti la aku tak sabar nak balik kampung.... uish...aku memang jenis yang tak sabar kalau sebut pasal balik kampung ni.... bagi aku...selagi mak abah aku masih ada plus aku masih belum kahwin ni la nak menikmati keseronokan balik ke kampung sendiri....lagi pun cuti kali ni aku akan terus dapat sambut Ramadhan dengan family.... menyambut awal ramadhan bersama keluarga sangatlah indah....




Rasanya terlebih la plak bercerita pasal balik kampung...padahal ada lagi 4 hari aku nak habiskan masa di sekolah tanpa buat apa-apa (buat masa sekarang la) selain dari relief.... Tapi rasanya hari ni kami akan dapat jadual kot... baru nak dapat padahal orang lain dari minggu lepas dah dapat jadual.... tu pun tak tahu la akan mula mengajar ke tak.... buku RPH aku kosong lagi ni...harap baru berbalut jer....


Lupa plak...nampaknya kami akan kekal di sesi petang.... setelah dinilai dari segala sudut....mungkin ada baiknya kami kekal di sesi petang sahaja... mungkin dengan keputusan ni kami akan dapat membantu meringankan kesusahan beberapa pihak.... Sesi petang pun ok jer setakat ni.... rilek je.....sekarang ni bangun pagi tak la aku kelam kabut....boleh rilek-rilek....sambung tidur semula ke.... cuma mungkin malam lepas balik dari sekolah jer penat sikit.... penat macam mengajar je gayanya padahal bukan aku buat apa kat sekolah....selain dari masuk kelas untuk relief.... Penat tetap penat kerana tenaga tetap digunakan...hehehe....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Wednesday, August 12, 2009

Diari praktikum: Bertukar sesi

Lupa plak aku....sekarang ni dah masuk bulan Ogos.... dalam bulan Ogos ni....selain daripada bulan kemerdekaaan...bulan ogos juga adalah bulan aku akan memulakan sesi praktikum aku yang kedua....masuk hari ni dah 3 hari aku mula praktikum kedua ni..... mood nak menulis baru datang... makanya baru hari ni aku rasa nak bercerita tentang praktikum..... praktikum kali ni sangat berbeza....hari ni dengan rasminya aku telah memulakan praktikum di sesi petang persekolahan....walau masih di sekolah yang sama...tapi aku dan praktikum mate aku menjadi seperti baru nak kenal dan biasakan semula dengan keadaan ni.... ye la dah sedap-sedap di sesi pagi....kena tukar ke sesi petang....makanya banyak la rutin yang nak kena ubah... semalam macam nak berjuang untuk dapatkan sesi pagi.... hari ni plak datang sekolah dengan keinginan nak cuba rasa berada di sesi petang...lepas ni tak tau la apa keputusan bakal dibuat oleh kami berdua....sama ada kekal di sesi petang atau berjuang untuk ke pagi.... tapi aku rasa macam ada hikmah je aku diberi sesi petang ni.... adakah aku cuba untuk berfikiran positif di situ?? tak tau la..... sekarang ni jadual tak dapat lagi.... sebabnya kami kena tunggu junior opsyen KH yang tengah praktikum jugak ni abis minggu depan....jadi sekarang ni agak rilek berada di sekolah...hanya dapat relief beberapa waktu...... owh...nikmatnya buat sementara waktu ni... RPH pun tak perlu tulis lagi.....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

Sesudah Asar

Dapat ni dari email seorang rakan..... untuk renungan bersama....

I
ni adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya..


TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....



.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.