Saturday, May 2, 2009

Diari praktikum: ABM yang sangat membantu

ABM terbesar sepanjang praktikum

Alkisahnya masa aku mengajar tajuk elektronik aku telah membuat ABM yang sangat besar iaitu bersaiz A2... actually ni untuk murid-murid aku buat projek....mulanya aku bercadang nak buat saiz A3 tapi risau plak ada murid aku yang komplen tak nampak....jadinya aku pun buat la saiz A2...oleh kerana aku ni kureng sikit skill melukis makanya aku tekap gambar suis dan pemegang mentol tu dalam saiz A4...yang hanya aku lukis adalah pemegang bateri.... dah siap lukis aku pi photostat saiz A2....mahal gak beb....RM5.... tapi sebab kekurangan skill. melukis walau gambar tu agak senang nak lukis...kalau aku lukis takut murid aku tak paham plak ape yang aku lukis...hehehe..lantak la...buat je la....balik plak aku pulun warnakan gambar tu dan lekatkan atas mountain board dan aku balut dengan plastik....



HASILNYA....dengan ABM tersebut....murid-murid 5 Tekun....5 kumpulan telah berjaya menyiapkan projek tersebut dengan jayanya iaitu menyala keempat-empat mentol.... manakala baki 4 kumpulan lagi tinggal 20 peratus nak siap.... aku sangat gembira.... nak bandingkan dengan kelas 5 Karisma yang mana aku hanya guna powerpoint...hanya 1 kumpulan siap...tu pun dua mentol tak menyala....berbaloi usaha aku....


.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

2 comments: