Tuesday, May 5, 2009

Diari praktikum: Ujiantara

sebelum acara bermula

selepas acara

Pagi tadi telah berlangsungnya ujiantara atau kalau kat maktab dipanggil sukantara..... hari ni adalah untuk tahun 5... jadi aku dan kawan-kawan praktikun yang lain selaku guru yang mengajar tahun 5 harus la turun padang.... aku telah ditugaskan sebagai hakim penamat untuk acara 100 meter...



Macam-macam ragam budak-budak ni semasa dan jugak selepas berlari....ada yang nak tahu dapat tempat ke berapa la...berapa catatan masa la....mana la aku nak tengok semua tu....aku cuma ditugaskan untuk tengok berapa orang yang sampai ke penamat dalam masa yang ditetapkan....





Yang bestnyer acara 100 meter la yang habis dulu....yang paling lambat adalah lompat jauh.... lucu bila tengok murid-murid tahun 5 tu melompat... walau aku pun tak la hebat dalam lompat jauh.... semua acara tamat lebih kurang dalam pukul 10 pagi....budak yang bersukan...cikgu plak yang penat....ape cerita tu????....dalam bilik guru....terkelip-kelip mata aku menahan mengantuk....nasib baik hari ni tak ada kelas......




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

No comments:

Post a Comment