Thursday, May 7, 2009

Kejamnya peragut


Sehari selepas seorang wanita hamil maut dalam satu kes ragut di Johor, negara dikejutkan dengan dua lagi kematian tragis akibat jenayah yang sama di Pulau Pinang dan Kelantan.

Di Kota Bharu, seorang wanita hamil empat bulan yang juga ibu kepada lima anak, maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal akibat diragut dua lelaki bermotosikal di Kampung Padang Raja,Jalan Melor, Ketereh.

Di Pulau Pinang, seorang nenek berusia 86 tahun mati akibat ditumbuk ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya berusia 58 tahun daripada menjadi mangsa ragut di rumahnya di Kampung Besar, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara kelmarin.

Saya sekeluarga tidak akan memaafkan dua lelaki yang meragut nyawa ibu saya.

Kalau bukan kerana mereka, pasti hari ini ibu saya masih bernafas

(Utusan Malaysia)


Dalam masa 48 jam tiga orang wanita meninggal dunia kerana peragut...dan dua orang daripadanya adalah wanita mengandung....Kejam betul....langsung takde perikemanusiaan......jiwa dan hati peragut-peragut tu dah memang dah gelap....langsung takde perasaan...agaknya ape perasaan mereka kalau benda tu terjadi kepada keluarga mereka...atau mungkin juga peragut-peragut tu tak kisah pun kalau benda tu terjadi kepada ahli keluarga mereka..... langsung tak kisah dan tak ambil peduli pun..... Sebabnya dalam jiwa mereka tu dah takda perasaan kasih sayang....Patutnya kenakan hukuman yang betul-betul berat....mereka ni bukan setakat meragut tapi membunuh.... buat dua jenayah dalam satu masa....




.::Perfection is death because learning and changing means making mistakes::.

5 comments:

  1. betol la..kurang ajar betol..napa la ada manusia kt dunia ni perangai camtu?kalah binatang..ALLAH bg akal fikiran tapi napa tapi kenapa tak guna?yg wat aku lagi panas dgn peragut ni nk tau apa..dorg ada tenaga nk dorg nk sedar..skg kte berdoa mudah2an org wat dajal ni diberi balasan yang setimpal...klu tak didunia...semestinya diakhirat kelak..

    ReplyDelete
  2. takziah kepada keluarga mangsa.. satu petisyen harus dilaksanakan. jangan asyik nak pikir rebut kerusi parlimen saja tapi buta mata buta hati tentang masalah rakyat. kalo perlukan undang2 diktator untuk menghukum golongan itu, laksanakan saja, biar jadi pengajaran kepada semua.

    ReplyDelete
  3. Innalilah...peragut2 ni baget org2 lemah plak skrg ni. perempuan tua perempuan mengandung. Patut kena rejam dgn batu klw dpt tgkp peragut2 tu. biar jd pengajaran kat org lain supaya jgn meragut lg.

    ReplyDelete
  4. leez rase nak siat2 jer kulit peragut tuh! geram sesgt coz dia bkn bunuh 2 org jer, tp 2 d unborn baby yg xb'dosa pon jadik mangsa! huh!!

    ReplyDelete
  5. salam..TEACHER OF SOMEONE,

    pertama sekali tkasih kerana sudi lawat dan meninggalkan ulasan dalam anak laut,

    kedua, n3 yang anda paparkan, sangat memilukan..gara-gara mat rempit, insan yg x berdosa menjadi mangsa..
    hukuman berat perlu seperti sebatan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ni.

    ReplyDelete